Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Sunday, November 2, 2014

Kelam Bulan Tanpa Bintang 2

PAPAN putih yang diconteng Doktor Riana di depan kelas ditenung lama. Setiap ayat yang keluar dari bibir dan setiap perkataan yang ditulis oleh pensyarah itu cuba difahamkan. Walaupun kadang kala mata dia terasa kabur, dia tetap memberi fokus pada pembelajaran. Topik Electrostatic Sensing and Actuation yang diterangkan di depan berjaya menarik perhatian dia untuk terus fokus. Dia memang gemar subjek ini. Dia juga suka dengan pensyarah yang mengajar. Cara pembelajaran disampaikan dengan bagus dan teliti.
            “Ada sweets tak?” Penerangan Doktor Riana dicelah dengan suara Naqin di sebelah.
            Amal merengus perlahan apabila fokus dia diganggu. Tangan diseluk ke dalam kocek kecik beg kanvas. Dua biji gula-gula Hudson warna ungu diletak di depan Naqin.
Lect tengah happening mengajar dekat depan, kau boleh mengantuk?” Bisik Amal perlahan. Faham sangat kalau Naqin buat perangai mintak gula-gula masa tengah belajar dalam kelas, itu bermaksud yang kawannya itu tengah tahan kantuk yang teramat sangat.
            “Doc banyak cakap sangat. I feel sleepy. Pening tahu tak tengok formula yang berjela dekat depan tu. Serius aku rasa bosan dengan subjek ni.”
            “Sebab subjek ni tak ada coding kan?”
            “Tahu pun. Kau kan tahu aku aku lemah dengan subjek yang adacalculation. Nak-nak lagi calculation yang punya formula berjela nak dihafal. Tu tak termasuk dengan teori yang pelik-pelik lagi.”
            “Kau mana boleh main pilih suka tak suka. Final nanti kau kena hadap jugak tahu?” omel Amal seraya membuat memek wajah serius.
            “Eleh, kata aku. Kau tak minat subjek yang kena buat coding boleh pulak?” balas Naqin jelas tidak puas hati.
            “Dulu. Tapi bila kau dah ajar baru aku celik sikit dengan coding.Thanks to you. Tapi..”
            “Kau pun boleh ajar aku calculation right?” Pantas Naqin mencelah, tak membiarkan Amal terus membebel.
“Takkan kau nak biar  aku bengap subjek ni sampai ke sudah? Aku ajar kau coding. Kau ajarlah aku calculation pula. Dalam hidup yang indah ni, mestilah ada give and take. Tak ke macam tu?” sambung Naqin lagi.
            “Muzzalnaqin, could you please tell us the three of the major advantages of electrostatic sensing and actuation?”
            Gulp! Naqin telan liur bila nama dia tiba-tiba disebut Doktor Riana dari depan kelas. Terpinga-pinga dia dengan soalan yang diterjah.
“Err... ermm...” Dia jadi mati akal. Macam mana nak jawab kalau dah dari awal dia tak kasi perhatian. Dibelek-belek nota printed-slides depan mata.
            Melihat Naqin yang gelisah yang teramat sangat itu, Amal terus menggeleng. Perlahan-lahan jari dia bergerak ke atas nota Naqin. Diketuk-ketuk jari dia pada slide nombor empat. Depan mata je pun. Tu pun tak nampak.
            “Simplicity, low power and fast response.” Lancar dia menjawab dan dengan penuh keyakinan. Semangat datang tiba-tiba bila jawapan dah ada depan mata.
            “Good. Guys, please focus while I am teaching in the class. These things are very important for your final exam. I don’t want anyone to get B minus and below in my subject. Do highlight what I am saying. Do you hear me?”
            “Yes, Doctor.” Satu kelas bergema dengan suara enam puluh lima orang pelajar.    
            Naqin picit dahi. Muka terasa panas. Memang kata-kata pensyarah itu ditujukan kepada umum, tapi dialah satu-satunya insan yang paling terasa. Terasa disindir sebenarnya.. dan jugak terasa bersalah. Dah la tak fokus bila pensyarah mengajar, buat bising pulak tu.
            Doktor Riana sudah mula berkemas. Laptop dimasukkan ke dalam beg. Pen marker diselit ke dalam pencil case.
“That’s all for today. Any question, do come and see me at my office.Assalamualaikum,” ucap Doktor Riana sebelum berlalu meninggalkan dewan kuliah.
            “Waalaikumussalam.” Sekali lagi dewan kuliah bergema. Lepas saja bayang pensyarah muda itu hilang dari pintu, masing-masing berkemas untuk keluar dari dewan kuliah. Tamatnya subjek itu bermakna tamatlah pembelajaran pada hari ini.
            “Datang kelas untuk belajar. Bukan menyembang. Apedaaa....” Affan di sebelah menyindir.
            “Amal ni hah... dia yang ajak aku borak. Aku bukan main fokus apa tadi tu,” ujar Naqin sambil tangan mencapai test pad lalu dimasukkan ke dalam beg sebelum pen dikutip dan disumbat ke dalam kocek beg.
            “Tak payah nak propa. Fokuslah sangat kan. Subjek calculation tapicalculator pun tak bawak keluar langsung daripada beg, fokus tang mananya?” Amal bidas balik. Calculator dimasukkan ke dalam pencil case.
            “Tahulah bosan Naqin.At least berlakonlah sikit,” selit Jihan yang duduk di baris depan. Dia dah siap berkemas menunggu Amal dan yang lain.
“Dengan satu habuk pun nota tak bersalin.”
            “No problem la. Nota Amal nota aku jugak. Nothing to worry about.” Yakin habis aura suara Naqin. Dia percaya yang Amal takkan biarkan dia terkontang-kanting untuk dalam apa pun masalah yang dia ada. Macam sekarang ni... masalah dia, tak faham langsung subjek Doktor Riana dan semestinya Amal akan ajar dia sampai faham nanti. Dia yakin itu.    
            “Wei, faham tak? Aku tak faham langsung apa yang kita belajar kejap tadi,” sapa Adha yang baru datang dari depan kelas. Lelaki itu tengah tayang muka stress. Tadi masa masuk kelas, dia minta diri nak pergi duduk dekat baris depan sekali. Target dia nak faham dan hadam apa yang bakal lecturermengajar. Sekarang apa jadi?
            “Kau yang duduk paling depan pun tak faham?” Shadah di sebelah kiri Amal tunjuk muka tak percaya.
            Adha mencebik sambil menggeleng.
            “Tak payah gelabah sangat  Ed. Selagi kita ada Amal, Jihan dengan Shadah, tak adanya kita nak bengap sampai ke sudah. Lagipun bro, Apan kita kan pro subjek ni.” Bahu Adha ditepuk Naqin sebelum lengan Affan disiku.
            “Apa yang aku tau itu je yang aku boleh ajar. Insya-Allah,” balas Affan.
            Amal, Jihan dan Shadah yang berdiri di sebelah hanya tunjuk cebik.
            “Okay, now I’m cool.” Adha tayang sengih lega.
“Makan jom. Aku lapar tahap nak telan orang dah ni.”
            Naqin dijeling. “Tak sempat breakfast la tu,” duga Amal seraya menggeleng kepala. Lantas dia menyambung kembali katanya. “Kau ni selalu macam tu. Lain kali...”
            “Tepat sama sekali.” Potong dia laju bila Amal sudah berkira nak bukak kelas bebelan Mak Limah.
“Aku bangun lewat pagi tadi. Tapi...” Naqin tekan perkataan tapi bila dilihatnya muka Amal dah berubah. “Aku tak tinggal Subuh.”
            “Good.” Amal rasa lega. “Jomlah.”
            Jihan lipat tudung.
“Mana?” soal Jihan setelah puas hati wajah tidak beriak.
            “Mamak?” Suara Affan dan Adha hampir serentak.
            “Kita memang sejiwa betullah.” Nampak sangat Naqin setuju dengan cadangan itu.
            “Hailah!” Tiga suara gadis bergabung, mengeluh.
            “Korang ni memang takde port lain lagi ke? Asyik nak mamak je.” Ayat Shadah nampak macam nak menolak.
            “Dah mual tekak ni tahu tak?” Amal memintas.
            “Tapi... aku macam lapar nasi kandar jugak.”
            Amal dan Shadah dah menjeling tajam pada Jihan. “Seriously beb?”
            Adha bertepuk suka. “Yeaahhh. Two versus four. So the result is...”
            “Apa-apa jelah.” Shadah tunjuk muka redha.

            “Mamak lerrr...” Amal dah buat muka pasrah.

1 comment:

  1. jd rindu zman bljr. ingt bab ajak2 mkn, aku la org paling pyh nk d ajk mkan . member kata diet, tp x sbnarnya. aku jnis cpt knyg lps mkan skali dan ckup utk shari . hohohoo :p

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta