Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Thursday, November 6, 2014

Kelam Bulan Tanpa Bintang 3

“KAU nak pergi makan tak, Mal?” Asrama perempuan Pauh Putra yang bernombor A4-C-10 bergema dengan suara Shadah. Dah dua semester dia dengan duduk Amal sebilik di tingkat paling atas. Tingkat empat. Jihan pulak awal-awal sem lepas dah pilih nak huni di bilik paling bawah. Disebabkan kaki kanan dia pernah mengalami patah akibat kemalangan empat tahun lepas, dia memang tak mampu nak turun naik panjat tangga.
            “Kalau aku tak pergi, kau ada orang tak nak ajak teman?” Amal yang tengah gigih menaip tesis untuk projek final menyoal balik tanpa angkat muka daripada skrin laptop. “Nak ajak Jihan pun, dia balik rumah mak sedara dia.”
            “Budak tadika sangat ke aku ni sampai nak berteman?” Tudung bawal bunga warna pink dia capai dari dalam almari. “Aku nak tapau je kot. Bila tengok kau tekun menghadap benda alah tu sampai nak tembus, maka aku si sahabat ni faham sangat yang kau memang takkan berganjak dari situ.”
Tudung bawal yang berkerut seribu itu dilipat dua. Lepastu diletak atas kepala. Dua bahagian tudung dibahagi dua. Sebelah kiri agak singkat dan sebelah kanan dibiar labuh sampai ke perut. Kemudian dililitnya pembahagian tudung sebelah kanan tadi melalui atas kepala sebelum hujungnya dipinkan dengan kerongsang dibawah dagu. Dan tadaaa!!! Tak sampai setengah minit, tudung bawal yang kedut tak bersempadan itu dah tersisip kemas di atas kepala dengan gaya selendang. Kalau nak tahu, inilah tips utuk perempuan yang nak pakai tudung bawal tak beriron dengan pantas. Bawal ekspress katanya. Eheh! “Nak tapau apa-apa tak?”
            “Tolong tapaukan aku murtabak ayam dengan kopi ais.”
            “Okeh! Aku gerak dulu. Tak bawak fon tau. Tengah charge. Apa-apa kau bukak tingkap jerit aje nama aku ke bawah tu.” Kata Shadah sambil ketawa dengan lawak sendiri.
            Amal ikut gelak sama. “Sorry. Aku tak suka glamour.”
***
DIA tengah sedut milo ais di meja hujung kafe masa mata menangkap kelibat Shadah di muka pintu masuk kafe. Tak menunggu lama, terus nama temannya itu disebut. “Shadah!”
            Shadah merupakan seorang manusia punyai deria pendengaran yang sangat tinggi. Sekali saja nama dia disebut, kepala terus toleh ke kanan kafe. Melihat Naqin yang beriya menggamit dia, langkah terus diatur ke arah lelaki itu. “Apa kau nak?”
            “Uih! Soalan... Macam nak ajak gaduh pun ada.” Naqin mula tunjuk sengih-kambing-gurun. “Lek ah, beb. Mana Amal?”
            “Dekat atas. Siapkan tesis.” Soalan Naqin dijawab. “Aku tengah lapar ni. Tak ada mood nak melayan kau.” Mata dijegil garang buat Naqin.
            “Kau orang kedua yang guna teori tak logik tu lepas Amal. Tengah lapar sebab tu tak ada mood nak melayan orang. Selalunya manusia normal... bila tengah marah tu yang tak ada mood. Pelik-pelik korang ni kan?”
Well...” Shadah jungkit bahu. “Kau ada benda penting nak dicakapkan atau kau sengaja panggil aku untuk buang masa aku?”
Naqin sengih-kambing-gurun lagi. “Panggil kawan sendiri dekat kafe pun salah ke?”
            “Salah! Sebabnyaaaa...” Ayat Shadah mati di situ sebaik saja mata dia terhala ke arah gerai masakan panas. “Ni semua sebab kau tahu tak?”
            Naqin terkedu. Shadah yang tiba-tiba membentak sambil tuding jari ke muka dia, buatkan dia jadi hairan. “Apa aku dah buat?”
            “Tadi masa aku masuk kafe aku tengok tak ada orang pun dekat kedai tu. Sekarang kau tengok!” Jari yang dituding ke muka Naqin tadi bertukar arah. Tertuding pulak ke gerai masakan panas di hujung kafe. “Dah berbaris-baris manusia yang nak buat order. Kalau macam ni, bila makanan aku nak siap? Kau ni memang la kan...eeiii!!!” Tak boleh nak habiskan ayat bila barisan giginya diketap kuat. Geram betul dia pada Naqin.
            “Jangan nak gelabah sangatlah, weh. Cuba kau tengok siapa yang tengah beratur dekat sana tu?”
            Dalam marah, dia ikut jugak cakap Naqin. Shadah menoleh balik ke arah gerai yang sama. Dipicing matanya mencari manusia mana yang dimaksudkan.
“Okey, ada Ad di situ.” Adha yang sedang berada dibarisan nombor dua dipandang. “Dan soalan aku sekarang, apa kaitan Ad dengan aku yang dah susah nak buat order awal?”
            Berdecit Naqin dengan soalan bendul daripada Shadah. “Takkan kau tak dapat fikir macam apa yang aku fikir sekarang ni?”
            Angkat kening sebelah. “No.”
            Blur tak bersempadan betul roomate Amal ni pun. “Call Ad sekarang.”
            “Motif aku nak call dia?”
            Allah! Ni bukan setakat blur. Dah tahap bendul dah ni. Shadah oi... Shadah. “Kau. Call. Ad. Mintak. Tolong. Dia. Belikan. Kau. Apa. Yang. Kau. Nak. Makan. Oleh. Itu. Kau. Tak. Payah. Nak. Tunggu. Lama. Lama.” Sepatah-sepatah perkataan disusun untuk buat satu ayat supaya Shadah faham. “Dah boleh tangkap maksud aku?”
            “Hah! Kau cakap betul!” Terjah Shadah dengan muka teruja sebaik saja cadangan Naqin dia dapat hadam dengan sempurna. “Bak fon! Fon aku dekat bilik.” Shadah terus capai smartphone Naqin tanpa ada rasa nak tunggu jawapan keizinan daripada lelaki itu.
            “Suka hati kau aje kan?” Omel Naqin dengan aksi tak-tahu-nak-segan si Shadah. Pakai main rembat aje. Tapi dia tak kisah sebenarnya. Kawan sendiri kot.
            “Ad! Aku nak nasi putih dengan padpet ayam. Tapau tau.” Tanpa mukadimah, Shadah terus buat order sebaik saja panggilan dia dijawab Adha.
            “Huh?” Adha jadi pelik. Dikerlingnya skrin smartphone. “Memang nombor Naqin tapi kenapa macam suara...” Adha dihujung sana laju lipat kepala ke arah Naqin. Dan tanda tanya dia berakhir bila tengok Shadah yang berada di sebelah roomate dia. “Nak makan beratur la sendiri.” Sengaja dia buat ayat mengusik.
            “Kau tapayah nak berkira sangat dengan aku, Ad! Ada yang nak kenabackhand sampai pengsan dekat kafe ni karang.” Ugut Shadah sambil tayang siku pada Adha dari jauh.
            Naqin yang mendengar dan melihat perbualan diantara Shadah-Adha tergelak kuat. Nak –nak lagi bila tengok riak muka Adha lepas dapat ugutan keras daripada Shadah.
            “Kau belikan! Kalau tak...” Sengaja Shadah tak habiskan ayat sebelum talian dimatikan. Sempat lagi dia tunjuk penumbuk dekat Adha hinggakan lelaki itu mengangguk tanda bersetuju untuk membelikan apa yang dipinta gadis itu. “Thanks.”
            “No hal.”
            Smartphone yang dihulur Shadah diambek. “Klon Amal dah kau ni. Perangai memang tak tumpah. Si Jihan tak lama lagi pun menjadi jugak la.” Kritik Naqin tentang apa yang dia nampak.
            “Baru tahu ke?” Jeling Shadah. “Alamak... Tutup pulak pakcik tu.” Pintu besi yang menutup rapat gerai roti canai diperhati.
            “Pakcik mana?”
            “Amal pesan murtabak ayam. Tapi Pakcik Hasan tak bukak kedai pulak hari ni.”
“Susah apanya? Beli makanan lain lah untuk dia.” Naqin tolong kasi cadangan.
“Kau tolong SMS Amal. Cakap murtabak tak ada malam ni. Dia nak pesan makanan lain tak?” Suruh Shadah yang sedang memperkemaskan letakkan tudung bawal berkedut seribu di atas kepala.
Call terus ah. Aku tak main lah taip-taip SMS ni. Penat jari tahu?” Kata Naqin sambil pegang smartphone mendail nombor Amal.
“Aku sibuk! Jangan kacau!”
Dua ayat penyata yang disertakan dengan tanda seru di belakang, dia dengar sebaik saja panggilan dia dijawab. “Whohoaa... macam tebuan kot,” usik Naqin dengan tawa.
“Tebuan tak tebuan. Aku tengah busy amat ni. Kau nak apa?”
“Laju kemain kau menaip?” Naqin seronok... Makin seronok menyakat bila telinganya dapat menangkap bunyi keyboard daripada laptop Amal. Tap! Tap! Tap!
Amal merengus geram. Terhenti sekejap taipan dia. “Naqin... Esok aku nak kena submit first draft tesis dekat supervisor okey. Aku tak ada masa nak main polis-pencuri dengan kau.”
Lagi kuat tawa Naqin. “Beb, chill sesaat boleh tak? Jangan stress. Aku cuma nak bagitau yang Pakcik Hasan tak bukak kedai. Shadah tanya kau nak pesan benda lain tak?”
“Alaaa... Kenapa pakcik tak bukak malam ni? Aku tengah lapar kot sekarang.” Nada kecewa Amal jelas kedengaran.
Order la makanan lain?”
“Tapi aku teringin nak makan murtabak ayam je waktu-waktucenggini.”
“Apehal ni? Kau stress sangat ea?” Soal Naqin dengan penuh prihatin.
Dia faham sangat dengan sikap Amal. Amal bukan normal macam budak perempuan yang lain. Asal stress aje nak kena cari aiskrim. Tak pun blueberry cheesecake. Atau coklat-coklat yang gempak dekat iklan tv. Amal bila dah stress dia akan cari murtabak ayam. Tak kisahlah waktu bila, dekat mana, tengah buat apa, murtabak ayam pasti ada depan mata. Dia akan cari sampai jumpa. Selalunya si Naqinlah yang akan jadi mangsa. Dia akan diseret Amal ke mana-mana kedai mamak atau pasar malam yang ada jual murtabak.
Progress report aku tak siap lagi. Esok petang sv dah nak tengok. Tu tak dikira dengan coding aku yang tak boleh nak compile lagi. Esok petang pukul dua dah nak kena submit.” Nafas dihela berat. Sv tu singkatan daripada perkataan supervisor. “Naqinnn... aku stress.”
Suara sayu Amal menghasilkan kerutan di dahi Naqin. “Sejak bila kau pandai buat kerja lastminute ni?”
Amal yang dia kenal bukan jenis buat kerja di saat akhir. Amal yang dia kenal... kalau hari tu dia dapat tugasan apa-apa, hari tu jugaklah dia akan buat sampai habis. Sesusah macam mana pun assignment atau tutorial, dia akan cuba buat sampai selesai.
“Sejak aku terjebak dengan tajuk final projek serupa ini.” Nada suara Amal lebih kepada sarkastik. “Atau, aku dah salah pilih tajuk projek sebenarnya? Atau aku memang tak ditakdirkan untuk siapkan this projectdengan sempurna? Atau mungkin... aku dah salah pilih kos? Atau...”
“Amal!” Sangkal Naqin bila dia sedar Amal dah mula merepek. “Kau tinggal kerja kau tu barang satu jam. Kita pergi cari murtabak ayam. Kau kena makan murtabak baru kau boleh buat kerja dengan tenang. Ya, aku faham tu. Turun sekarang!” Tegas arahan itu. Naqin dah mula tak sedap hati. Risau jadinya dengan kondisi Amal sekarang ini.
I can’t. Kalau aku nak, dari tadi aku dah turun cari makan sendiri. Aku sibuk gila sekarang ni. Nak keluar makan pun tak sempat. Banyak jurnal yang aku nak kena digest.”
“Turun sekarang bawak laptop sekali. Aku nak recheck kau punyacoding. Apa lagi yang tak kena. Hari tu bukan dah boleh compile ke?”
“Hari tu punya sv cakap coding simple sangat. Nak yang lagi rarekatanya. Bagi setaraf dengan tajuk.” Suara Amal tenggelam timbul bila dia bercakap sambil sembamkan muka atas meja.
“Kalau macam tu, kau jangan degil. Zureen Amalin... Sila turun sekarang dengan segala mak nenek yang berkaitan dengan FYP. I’ll help you. I swear,” pujuk Naqin sungguh-sungguh.
Dia harap sangat Amal akan dengar cakap dia. Tapi kalau Amal berdegil jugak macam mana? Sini asrama kot. Bukannya rumah dekat Ipoh sana tu. Yang membolehkan bila-bila masa saja dia boleh naik ke bilik Amal dan buat ketukan kuat mengalahkan guruh berkali-kali sampai budak tu bukak pintu dan akhirnya akur dengan permintaannya. ‘Kalau aku buat macam tu dekat dekat sini, confirm aku kena kecam dengan sadis sekali oleh warga-warga asrama yang terdiri daripada warden, pakcik makcik jaga, pelajar-pelajar segala. Lagi haru kalau aku kena pergi hadap naib canselor. Uih! Jangan kot,’getus Naqin sendiri.
“Ak...”
Now!”
Suara tegas Naqin buatkan Amal jadi geram. “Perlu ke?”
“Untuk kau turun sekarang... memang sangat perlu.”
“Halah-halah. Aku turun sekarang. Kalau kau tak dapat tolong aku untuk siapkan FYP malam ni, siap kau!” Akhirnya Amal terpaksa mengalah.
Ye... Aku tolong. Turun sekarang lah Amal. Nak pergi cari murtabak ayam kau lagi ni.”
Amal jadi lega. Sangat lega sebenarnya. Dia tahu, Naqin boleh tolong dia untuk buat coding. Tapi sengaja dia nak test diri sendiri. Nak tengok samada dia mampu atau tak untuk siapkan kerja tanpa bantuan daripada sesiapa.  Awal-awal je dia ada semangat macam tu. Tapi bila akhir, Naqin jugak yang dia cari untuk ‘bersandar’. “Bagi aku lima minit.”
Deal. Aku tunggu dekat car park,” balas Naqin sebelum matikan talian.
“Kau nak pergi mana?” Laju Adha tembak soalan sebaik saja dia mendekati meja. Naqin yang berkira untuk melangkah dari situ buatkan dia hairan.
“Keluar dengan Amal.”
“So sudden?”
“Amal tengah stress. Dia nak makan murtabak ayam. So, kau ada masalah ke dengan perkara ni?” Shadah yang mendengar perbualan telefon antara Naqin-Amal tadi, sukarela  tolong jelaskan pada Adha.
“Oh. Tadi aku ajak pergi mamak kau cakap malas nak keluar. Bila Amal ajak...”
Correction. Naqin yang ajak Amal. Bukan Amal yang ajak Naqin. Harap kau faham situasi,” perbetul Shadah.
“Sama la tu. Pokoknya Naqin tiba-tiba jadi rajin nak keluar disebabkan Amal.” Adha mencebik bibir.
Sorry, bhai. Kau tahu kan aku kalau dengan Amal macam mana?” Serba salah pulak dia rasa dekat Adha. Tapi tu la... dia memang tak boleh nak duduk diam bila ada apa-apa perkara yang melibatkan Amal. Nak-nak lagi Amal tengah terjebak dengan masalah. Sungguh aih dia tak boleh nak duduk diam.
            “Naa...” Adha gelengkan kepala. “Konsep Amal-Naqin antara korang, aku faham sangat.”
            “Me too.” Shadah kupas senyum. Siapa yang tak tahu hubungan akrab antara Naqin dengan Amal? Bukan setakat budak-budak universiti saja. Pensyarah-pensyarah pun faham. Faham yang Amal-Naqin memang tak boleh nak dipisahkan. Sahabat sampai mati.
            “Aku gurau je kot. Nevermind. Kau takde, Shadah ada je boleh temankan aku makan. Kan Shadah kan?” Adha gigih buat muka comel depan Shadah. Sengaja dikelip-kelipkan mata sepetnya itu sambil letak simbol ‘peace’ dekat tepi pipi.
            “Kau jangan nak bajet kpop sangatlah. Terasa macam dikelilingi puaka tahu tak? Boleh hilang selera aku.” Riak paling keji Shadah pamer di muka. Tak cukup dengan tu, sengaja bahu dia dijungkit geli.
            Tergelak meriah Naqin dengan gelagat dua sahabat yang dia kenal hampir empat tahun. Tu tak termasuk dengan Amal, Affan dengan Jihan lagi. Kalau dah semua ada dekat sini, boleh bergegar kafe dengan lawak ketawa yang meraka cipta. “Aku gerak dulu geng,” pamit Naqin sebelum berlalu dari situ.
            Lepas bayang Naqin hilang dari mata, Adha pandang balik muka Shadah. Aura nak mengusik tu masih tebal. “Bukan kau suka kpop ke?”
            “Itu Jihan. Aku layan anime je. Kau nak buat muka macam tu pergi buat depan Jihan. Kalau tak dapat puji,  mesti dapat penyepak. Antara dua,” jawab Shadah dengan selamba.
            “Eleh! Tak layan kpop konon.” Kerusi dibetulkan hingga dada dia rapat pada meja. “Aku pernah tengok satu drama korea ni. Boleh tahan best jugak lah. Tapi tajuk dia aku tak ingat pulak.”
            “Storyline dia macam mana?” Dalam dok mengaku tak minat tadi tu tapi bila Adha bukak topik pasal drama Korea terus bersinar mata tu.
            ‘Heheh! Umpan mengena,’ desis Adha dalam hati. Bukan apa, saja dia nak buat bagi Shadah mengaku yang dia juga macam perempuan tipikal yang lain. Perempuan tipikal yang minat atau tak mesti tengok jugak drama korea. Banyak atau pun sikit. “Cerita ni dah lama dah... yang hero dia...”
            “Winter Sonata?” Tak menyempat, Shadah terus meneka.
            “Tu cerita dah lama betul. Zaman kakak aku sekolah rendah lagi. Drama yang baru sikit daripada tu.” Dia boleh tahu pasal kewujudan drama Winter Sonata pun sebab dulu mak dengan kakak dia hari-hari menghadap cerita tu dengan kusyuk. Lepas tu yang dia paling tak boleh lupa, ada la dua tiga episod yang buatkan mak dengan kakak dia menangis sambil berebutkan tisu. Naik pening dia dengan abah melihat telatah dua beranak itu.
            “Dah tu?”
            “Cerita pasal hero dia mintak heroin ni menyamar jadi adik sepupu dia sebab atuk dia yang tengah sakit. Heroin ni kerja dia tourist guide. Diorang jumpa masa...”
            “Hah! My Girl. Yang hero dia handsome tak mati tu? Lee Dong Wook nama dia. Handsome gila kan? Aku suka dia.” Dah tak mampu nak tunggu Adha habis bercerita, dia terus potong line. Bertubi-tubi ayat yang keluar dari bibir Shadah. Muka teruja ketara nampak.
            “YesThat drama. My Girl. Betul la tuh.” Adha mengiyakan bahawa tekaan Shadah tu memang tepat. “Tapi... how do you know? Kau bukan tak minat kpop ke? Gaya teruja tu nampak macam dah fanatik sangat je.”
            Soalan serkap jarang daripada Adha itu, buatkan senyum di bibir Shadah terus lesap. Sedaya upaya dia tarik muka cover line.
            “Gotcha!” Tepuk meja dua kali. “See? Kau pun tak terkeluar daripada kelompok tipikal perempuan yang addicted dengan Korean drama. I knew it. Tak minat kpop konon. Menipu benar.”
            “Aku bukan tak layan langsung drama-drama Korea ni. Ada jugak yang aku tengok. Tapi tak adalah sampai nak kena provide tiga hardisk semata-mata untuk buat simpanan drama-drama alah tu. Yang menarik macam My Girl tu aku ikut la,” terang Shadah.
“Tu bukan K-pop. Tu K-drama. Yang K-pop tu idol groups yang dok menyanyi sambil menari bajet comel tu ha,” sambung dia lagi. ‘Ni kalau Jihan dengar aku mengutuk pasal kpop mahunya dia bahas habis-habisan. Kalau dengan budak Jihan tu logik la kalau nak digelar perempuan tipikal yang fanatik dengan kpop. Aku ni memang tak ah. Tapi... CN Blue okey apa? Eheh!’ “Entah-entah kau yang minat kpop tak?” Kalau tadi Adha sengaja nak uji dia, kali ni dia pulak nak menguji Adha.
            “Aku tak berapa minat sebenarnya. Tapi kalau drama yang tak bajetcute tu, mampu jugak la aku nak habiskan sampai ke ending. Nak-nak lagi yang ada banyak konflik. Boleh lagi aku nak terima.” Cerita Adha dengan mimik muka yang bertukar-tukar. “Aku yang boleh terjebak tu bukannya apa, si Dina tu yang selalu paksa aku suruh tengok drama-drama yang dia rasa best. Nak bagi aku rasa best macam dia jugak katanya.”
            Melebar senyum di bibir Shadah. “Patutlah pun. Awek yang suruh. Gila tak ikut?” Ketawa dia diakhir ayat.
Wajah lembut Wardina Wafi, awek kepada Adha muncul di ruang mata. Gadis yang berasal dari Johor Bharu itu pernah dikenalkan kepada dia dan kawan-kawan yang lain pada cuti semester dua tahun lepas. Gadis itu sebaya dengan mereka dan merupakan  seorang yang peramah, mesra dan yang paling penting tak bersikap cemburu buta tentang persahabatan Adha dengan Shadah, Jihan dan Amal. Wardina merupakan cinta pertama Adha dari zaman sekolah rendah sampailah sekarang.  Dan doa Adha, moga-moga jodoh dia dengan Wardina tu akan kekal sampai ke syurga. Shadah dan kawan-kawan yang lain turut mendoakan perkara yang sama. Amin Ya Allah...
            “Oi! Order kita dah siap,” kata Adha sebaik saja kedengaran nama dia diseru oleh makcik tukang jaga kaunter kedai masakan panas. “Kau tunggu sini. Biar aku je yang pergi ambik. Kau teman aku makan tau. Yang tapau tadi tu aku suruh makcik pindah masuk pinggan. Cool?”

            “Yelah, Ad. Anything for you,” balas Shadah. Lagipun kalau nak makan dekat bilik, Amal bukannya ada pun. Ingat best ke makan sorang-sorang? 

No comments:

Post a Comment

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta