Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Sunday, November 16, 2014

Kelam Bulan Tanpa Bintang 4

KAU nampak pucat.” Ayat pertama yang keluar dari bibir Naqin sebaik saja dia dan Amal mengambil tempat di sudut hujung kedai mamak.
            Laptop diletak atas meja dan dionkan. “Bila stress amat macam ni, kalau tak pucat aku pun pelik,” balas Amal sarkastik. Beg kanvas pada bahu ditarik dan diletak di kerusi kosong di sebelah. “Let’s make it fast.I’ve no time to waste.”
            Amal yang gigih melarikan tetikus di tangan kanan ditenung. Naqin menggeleng melihat kekalutan si sahabat masa ni. “Cool Amal. Kau janganstress macam ni. Benda boleh handle apa.”
            “Gila apa nak cool waktu genting cenggini? Aku dah nyawa-nyawa ikan kau tahu?” Amal masih dengan perbuatan dia. Mata merenung padacoding dalam software MATLAB di skrin laptop.

            “Amal. Kau boleh tak jangan...” Kata-kata Naqin terhenti bila meja mereka didatangi seorang pelayan lelaki. “Bhai, Teh tarik, kopi O ais, murtabak ayam.” Naqin buat order dulu sebelum pelayan itu sempat bertanya.
            Pen berlari atas kertas order. “Murtabak satu ka dua ka?” Tanya pelayan itu bila Naqin dirasakan pesanan Naqin tergantung.
            “Satu saja, bhai. Buat sedap-sedap tau. Kawan saya ni nak makan.”
            Pelayan itu angguk dua kali. “Wokeyh! Pasti sedap. Murtabak ayam sini number one hai... Number one hai...” Kata dia lagi dengan muka palingconfident dalam dunia.
            Berkerut dahi Naqin dengan reaksi pelayan. Nak tergelak pun ada. “Hindustan mari? Number one hai?”
            “Bangladesh mari. Muslim.”
            “Oh. Arjun Rampal kenal?” Naqin mula buat sesi beramah mesra.
            “Arjun Rampal? Sapa tu?”
            “Her boyfriend.” Dia muncungkan bibir pada Amal. Niat di hati nak tarik perhatian Amal. Biasanya kalau ada apa-apa perkataan yang berkaitan dengan Arjun Rampal, mood Amal yang merudum ke tanah, terus naik mencanak ke langit. Berubah tiga ratus enam pulu darjah terus. Jadi ceria tiba-tiba.
            Amal yang tak berikan apa-apa respons langsung, buat Naqin julingkan mata ke atas barang dua saat. Nafas dihela lemah. Cuak tahap apa entah budak ni?
            “Banyak handsome ka?”
            Naqin tengah buat analisis pasal perangai Amal bila dia diterjah soalan itu. “Saya handsome lagi.”
            “Ya ya. Awak baaaanyak handsome,” kata pelayan dari Bangladesh itu sambil tunjuk thumbs up pada Naqin. Bukan satu tapi dua thumbs up okey. “Itu saja order?”
            “Yup. Thank you,”ucap Naqin sebelum pelayan itu berlalu. Jadi kembang dibuatnya si Naqin bila dapat pujian macam tu. Senyum melebar di bibir. “You heard that?” Naqin sepak perlahan kaki Amal di bawah meja.
            Amal hanya buat tak tahu. Malas nak layan. Kang kerja tak siap.
            “Moody cukup ah. Tapayah la nak PMS sekali,” omel Naqin. Dia bawa mata ke muka Amal balik. Gadis itu masih dengan tenungan mata pada skrin laptop. “Bak lappy sini.” Tetikus tanpa wayar yang digenggam Amal dirampas. Dia menarik laptop menghadap ke arahnya. “Kau fokus jurnal. Biar aku recheck then tambah-tambah apa yang patut. Semput aku tengok kau cuak macam ni.”
            Sungguh! Itulah yang Naqin rasa. Melihat Amal yang dah tak normal seperti biasa, Naqin jadi semput. Amal yang dia kenal, jarang nak stresssebenarnya. Paling teruk sahabatnya itu alami tekanan masa paksu Amal dimasukkan ke hospital sebab mengalami kemalangan di tempat kerja kira-kira tujuh tahun lepas.
            Naqin ingat lagi waktu itu. Dia dengan Amal sedang berada di pusat tuisyen semasa dia terima panggilan daripada Fawwaz abang kedua kepada Amal. Fawwaz tak terus telefon Amal sebab dia tahu, bila Amal yang dapat berita itu dulu, dia mungkin tak boleh nak terima.
            “Okay, angah. Naqin bawak Amal pergi hospital sekarang,” kata Naqin mematikan talian. Cikgu Riyanti yang merupakan guru pusat tuisyen itu dihampiri. Selepas diberi  keizinan untuk pulang awal bersama Amal, Naqin terus menapak ke arah Amal yang masa tu tengah berbincang soalan matematik dengan Suhada dan Fatah di meja belakang dalam kelas. Bahu Amal dicuit. “Amal. Jom balik sekarang?”
            “Eh dah habis kelas ke?” Jam tangan dikerling. “Satu jam lagi kot. Kelas belum habis la.”
            “Jom ah. Aku ada hal ni. Urgent.”
            “Ikut kau je ada hal nak terus blah? Tak nampak cikgu dekat depan tu?”
            “Aku dah informed cikgu. Dah dapat permission untuk both of us balik awal hari ni.”
            “Apa benda yang urgent? What’s going on?”
            “We’re going to hospital. So, hurry up please.” Beg kanvas Amal yang berada di tangan terus dihulur pada Amal. Hujung lengan t-shirt Amal dia tarik sehingga gadis itu terpaksa bergerak bangun dari kerusi.
“Sorry guys. We need to go.”
Pandangan pelik daripada Suhada dan Fatah buatkan dia bersuara.
            “Kita sambung soalan tadi next week ea.” Sempat Amal berkata kepada Suhada dan Fatah yang masih tak berkelip sebelum dia hilang di balik pintu.
Kedua-dua mereka hanya mengangguk dengan muka bingung.
“Memang perlu rush macam ni ke?” Dia menyergah Naqin. Pegangan tangan Naqin pada hujung baju direntap.
            “Indeed.” Naqin keluarkan handphone dari poket seluar. “Since we have to be there in a hurry, we may take a taxi.” Nombor telefon pakcik teksi yang dia biasa hubungi untuk menjemput dia dan Amal dari pusat tuisyen tiap-tiap hari Sabtu didial. “Assalamualaikum Pak Mus...”
            Amal tunggu dengar perbualan Naqin dengan Pak Mus sampai habis dengan sabar. Hati dah tak tertahan nak bertanya kenapa Naqin bersikap macam tu.
“Tell me now. Apa yang urgent?”
            “Kita nak pergi hospital.”
            “Melawat siapa?”
            “Someone yang aku kenal.”
            “Siapa someone tu? Aku kenal tak?”
            “Aku tak sure kau kenal atau tak. Sampai sana dulu lah baru tahu.” Naqin cuba atur ayat tak bagi kantoi. Kang kalau dia tahu paksu masuk hospital mahu meraung dia dekat sini. Silap-silap tak perlu tunggu teksi dia dah pecut ke hospital dulu.
            Lebih kurang dalam sepuluh minit macam tu, teksi yang ditunggu pun tiba. Tak menunggu lama, Naqin terus tolak Amal masuk ke tempat duduk belakang. Manakala dia mengambil tempat di sebelah pemandu.
            “Awal habis kelas hari ni Naqin, Amal?” Pak Mus yang dah biasa dengan dua sahabat itu bertanya mesra.
            “Kitorang nak pergi hospital Pak Mus. Tu sebab keluar awal. Pak Mus tolong hantarkan ke hospital besar ea,”maklum Naqin pada Pak Mus.
            “Nak melawat siapa?”
            “Sedara.”
            “Kenapa dengan sedara kamu tu?” Pak Mus memang macam ni. Suka sangat berborak.
            “Kemalangan masa kerja.”
            “Mudah-mudahan tak ada apa yang serius lah ea.”
            “Harap macam tu la Pak Mus,” sambung Naqin.
Dia toleh ke belakang. Amal tengah tekan-tekan punat telefon. Main game la tu. Teka Naqin. ‘Amal, aku harap kau tak meraung dekat hospital kejap lagi,’ desis hati Naqin sebelum dia kembali menghadap ke depan.
            Turunnya mereka di hadapan pintu masuk hospital, Naqin dan Amal berlari mencari bilik kecemasan. Dalam lima minit jugaklah proses pencarian terjadi sebelum mereka berjaya menemui bilik kecemasan.
            “Maksu? Angah?” Langkah Amal berubah rentak. Makin perlahan apabila wajah isteri paksunya, Maksu Hana dan angahnya Fawwaz menjengah di ruang mata.
            Naqin di sebelah dah mula risau. “Jom pergi dekat diorang.”
            Namun langkah Amal terus mati di situ. “Tell me honestly Naqin. What’s going on?”
            “Kita pergi sana dulu. Then kita tanya maksu dengan angah. I’ve no idea how to tell you.” Untuk mengelak  tembakan soalan daripada Amal, Naqin terus tolak belakang Amal yang sedang menggalas beg kanvas menuju ke arah maksu dan angah.
            “Uyin!” Sebaik saja melihat muka Amal, Hana terus berlari merangkul tubuh yang kaku itu. Uyin adalah nama panggilan yang keluarga Amal berikan padanya. “Paksu ada dekat dalam.”
            “Paksu?”
            “Sabar ea Uyin.” Fawwaz turut mendapatkan adiknya. Kepala Uyin yang tersarung tudung digosok lembut.
            “Kenapa dengan paksu, maksu?”Terketar-ketar bibir Amal mengungkap soalan itu.
            “Paksu kemalangan dekat site. Perancah runtuh then jatuh atas paksu.”
            “Ya Allah...” Tubuh Amal terkulai di dada Fawwaz.
Beberapa saat selepas itu, bunyi sedu sedan mula keluar dari bibir Amal. Air mata laju mengalir di pipi macam air paip. Naqin yang melihat keadaan Amal itu, ikut jadi sebak. Nafas dihela berkali-kali. Sesungguhnya, dia memang tak sanggup tengok Amal dalam keadaan yang macam ni.
“Naqin, paksu... paksuuuu...”Tersekat-sekat suara Amal apabila dia cuba bercakap dengan Naqin. Terkapai-kapai tangan dia untuk mencapai pergelangan tangan lelaki itu.
“Sabar, Amal. Kita berdoa moga paksu tak serius.”Naqin bergegas mendapatkan Amal. Bahu gadis itu ditepuk
“Paksu mesti sakit. Paksu mesti tengah jerit kat dalam tu. Paksu mesti nak tengok kita sekarang ni. Paksu... paksu mesti tengah cari aku. Macam mana kalau paksu...”
“Amal stop talking nonsense!” Tekan Naqin bila dilihatnya Amal mula rasa tertekan. Sepanjang dia mengenali Amal, inilah pertama kali dia melihat Amal jadi macam ni. “Insya-Allah, everything's gonna be okay. Allah ada.”
            Kenangan itu berlalu pergi. Naqin pandang Amal bersama keluhan nafas berat. Dia berharap sangat yang Amal takkan rasa tertekan dengan apa yang dia lalu sekarang ni macam peristiwa tujuh tahun lepas. Alhamdulillah paksu Dizwan tak mengalami kecederaan yang serius. Hanya kaki kiri dia saja yang mengalami retakan. Lepas dua bulan, paksu dah boleh berjalan seperti biasa. Amal aje yang cuak dan tensi terlebih. Ya, dia memang macam tu. Kalau hal-hal kecelakaan yang melibatkan orang-orang yang dia sayang, dia akan jadi stress dan cuak tak bersempadan. Itu yang Naqin faham sangat pasal Amal.
            “Kau recheck. Nanti bagitahu aku apa yang nak tambah. Aku nak settlereport dulu.”
            “Okey. Leave it to me. You can quit caring about these matters. Let me resolve this,” balas Naqin dengan muka beriya nak menolong dan dia kupas senyum bila melihat Amal dah mula hela nafas lega. Riak muka gadis itu pun dah tak seketat tadi. “It’s okay buddy. Your hero is here.”
            Ada senyuman nipis di bibir Amal. “You know something?”
            “What?”
            “Aku sayang kau giler!”
            “To the moon and back tak?”
            Angguk sungguh-sungguh. “To the stars and back jugak.”
            “Me too. Bintang, your bulan is  here for you. Always.”
            
            “Yeah...Bulan. I knew it. So well.”     

3 comments:

  1. best. igt td amal tu lelaki. hehe. terus lompat baca bab 4.

    ReplyDelete
  2. melompat2 jantung bace die punye caring tuh..huhuhu..

    ReplyDelete
  3. kunjungan sore gan,,sukses selalu.

    ReplyDelete

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta