Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Saturday, November 22, 2014

Kelam Bulan Tanpa Bintang 5

JUMAAT depan kot paksu,” maklum Amal lepas disoal tentang hari kepulangan dia dan Naqin ke Ipoh oleh Dizwan di seberang talian sana.
            “Kenapa Jumaat? Khamis kan Uyin tak ada kelas? Balik hari khamis laea? Paksu rindu Uyin sangat ni.”
Dizwan sememangnya ambil tahu pasal jadual kelas Amal. Daripada Amal sekolah rendah sampailah sekarang tahun akhir di universiti. Dari Isnin sampai Jumaat. Dia boleh hafal semua. Masa awal semester pertama Amal di universiti, hampir setiap pagi Dizwan akan menghubungi anak buah perempuannya itu kononnya nak memperingatkan tentang jadual kelas Amal. Sampailah satu masa tu, Amal dapat meyakinkan paksunya itu bahawasanya dia boleh handle hidup dia dekat sini dan paksu seharusnya tak perlu nak risaukan dia. Sebab dia bukan budak sekolah lagi. Dah besar panjang kot.
“Tak boleh paksu. Khamis tu Uyin kena jumpa supervisor.”
“How’s your FYP?”
Alhamdulillah. Everything’s okay.”
“Semalam tu stress sangat katanya.”
            Kening berkerut. Hampir bercantum. “How do you know?” Lepas soalan tu dilontar, kedudukan kening kembali normal bila dia terfikirkan sesuatu. “Oh yes. Naqin.”
            “Yes. Mata nombor dua paksu dekat sana. He told me everything.
            “From A to Z?”
            “Yeah. He’s your hero right?”
            Amal julingkan mata ke atas. Dua saat. “Boleh bayangkan muka megah dia sambil cerita dekat paksu tu macam mana.”
            Ketawa Dizwan pecah. “You know what?”
            “Paksu bersyukur sangat pada Allah sebab Uyin dengan Naqin dapat sambung belajar dekat sana sama-sama.”
            “Yes I knew it,” sampuk Amal cepat-cepat dapat mengagak ayat apa yang bakal paksu kesayangannya akan susun lepas soalan ‘You know what?’ itu sebaik saja nama Naqin dipetik.
            Dizwan sambung gelak. “Tahu aje paksu nak cakap apa ea?”
            Amal ikut gelak sama. “Dah dekat empat tahun paksu ayat tu dok sapa telinga Uyin ni. Mahunya tak hadam.”
            Dia ingat lagi masa dia dan Naqin sibuk isi borang UPU lepas keputusan SPM keluar, Dizwan ikut menyibukkan diri sama.
            “Pastikan jurusan dengan universiti korang dua sama okey. Kalau kos tak nak sama, paksu boleh consider lagi. Tapi pilihan universiti wajib sama. Kalau selatan, biar dua-dua dapat selatan. Kalau utara, dua-dua pun harus dapat utara. Paksu memang nak dan berharap sangat Naqin dengan Amal dapat sambung belajar di tempat yang sama kecuali overseas. For now, paksu memang tak izinkan Uyin pergi jauh lagi,” luah Dizwan yang baru balik dari kerja. Sampai saja di muka pintu, dia terus meluru mendapatkan Naqin dan Amal yang tengah buat persidangan dengan laptop masing-masing di ruang tamu rumah.
            Amal-Naqin apa nak dikata lagi. Dah itu harapan paksu mereka. Ikutkan hati dan keputusan yang dicapai dalam SPM, kedua mereka layak untuk memohon biasiswa untuk sambung belajar di luar negara. Tapi, awal-awal dah kena warning dengan Dizwan. Maklumlah dua sahabat ni kan dah macam kembar. Kelam bulan tanpa bintang katanya. Kalau sorang tak boleh pergi belajar jauh-jauh. Yang sorang ni pun memang tak lah nak pergi kan.
“Kitorang akan apply semua sama. Dapat atau tak, tawakal aje lah,”kata Amal dengan harapan yang tinggi. Dikodek-kodeknya laman web itu. “Paksu kena banyak berdoa.”
Dizwan yang mendengar terus tarik nafas lega. “Paksu bukan apa, at least bila Uyin jauh daripada paksu ada orang yang paksu boleh harapkan untuk jaga Uyin. Uyin pun boleh jenguk-jengukkan Naqin. Saling jaga each other.”
“Naqin pun harap dapat tempat belajar sama dengan Amal. Bila ada Naqin nanti takde la dia nak kena culture shock ke apa kan paksu?Naqin akan jaga dia ketat-ketat.”
“Eleh!” Lengan Naqin disiku. “Kau jaga aku lah sangat! Aku yang kena jaga kau ada la.”
Lengan yang disinggah siku si Amal digosok. Siku tajam macam apa entah minah ni. “Sakit lah bongok!”
Amal cebik bibir. “Kena siku sikit dah kecoh. Lembik! Macam mana lah nak jaga aku nanti?” Amal bagi muka tak-boleh-diharap-langsung dekat Naqin. “Dia paksu nak suruh jaga Uyin?Paksu dah habis fikir ke?” Amal melontarkan soalan itu kepada Dizwan. Sengaja dia menduga Naqin.
“Mahunya tak sakit kalau dah kena siku tajam macam tu.” Dizwan jelas nampak berat berpihak di sebelah Naqin.
“Itulah. Siku tajam macam pisau je gayanya. Nasib tak tembus isi perut ke apa.”
“Angah faham. Selalu sangat kena.” Fawwaz yang entah muncul dari mana tiba-tiba mencelah. Nak berkongsi pengalaman disiku oleh Amal dengan Naqin.
“Okey good. Semua orang nak side Naqin. Good for him but bad for me.”Amal mula tunjuk muncung sedepa. “Kalau macam ni nak apply universiti dekat Melbourne la. Nak pergi stay dengan Uncle Tamrin.”
“Don’t!” Bergema ruang tamu dengan suara serentak tiga lelaki.
Dizwan-Fawwaz-Naqin. Senyuman mati. Dengan mata tak berkelip muka Amal dipandang dalam. Mencari riak keseriusan di situ.
“Tahu takut. Sekarang ni, siapa nak stick by my side?”
“Me!!!”Ruang tamu bergema lagi. Juga dengan tiga suara yang sama.
Dah tak boleh nak tahan dengan karenah dan riak    muka tiga orang lelaki kesayangannya itu, Amal terus tergelak kuat. “Love me that much, uh?”
“Absolutely yes!”
“Me also.” Hana baru muncul bersama dulang air di tangan. “Nak usik Uyin tapi at the end, masing-masing kena usik balik. Cuak je muka.” Gelas-gelas yang ada jus epal di dalammya dihulur seorang satu.
“Padan muka diorang kan maksu?” Amal sambung gelak suka dengan Hana pulak.
“Tulah... Dah buat pilihan?”
“Dah kot.”
“Pilihan first, second, third dengan fourth apa?”Hana tenung skrin laptop milik Amal.
Laptop didekatkan pada pandangan Hana. Laptop jenama ASUS warna putih itu adalah hadiah pemberian daripada alongnya, Fayyaz. Pemberian sempena dia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM. Kalau daripada Fayyaz dia dapat laptop, daripada angah pulak DSLR. Sesuatu yang sangat diidam sejak  berkurun lama dah berjaya dia pegang. Paksu dan maksu turut tak terkecuali. Smartphone yang dia pegang sekarang ni adalah pemberian daripada pasangan romantik itu lah.
“Kejuruteraan Elektronik... first, second and third?”
“Haah. Fourth tu... Kejuruteraan Elektrik.”
“Lima ke bawah?”
“Elekronik balik.”
“Naqin pun sama?” Hana condongkan kepala ke arah skrin laptop Naqin pulak.
“Exactly sama, Chik Na.”
“Tak takut kena karan ke?” Dengan muka tak beriak  Fawwaz bertanya. Tak tahu nak bezakan antara soalan tu jenis sarkastik, sinikal atau betul-betul risau.
“Angah, Uyin tak lembik okey.”
“Bukan kira tak lembik ke apa... tapi kamu tu perempuan. Naqin tu lain la.”
“Ramai je perempuan belajar dalam bidang ni. Angah jangan nak buat gaya macam katak bawah tempurung.”
“Bukan... Angah risaukan Uyin tu.”
“Don’t worry la angah. I can do it. Insya-Allah.”
“And I’ll always be there for her. Anytime. Insya- Allah. Tolong doakan kitorang dapat tawaran dari universiti yang sama aje.” Kata-kata Naqin ini menjemput senyuman lega di tiga ulas bibir. Dizwan-Hana-Fawwaz saling berpandangan antara satu sama lain.
“Thanks Naqin,” ucap Dizwan. Kepala Naqin dibelai lembut.
            Nafas Dizwan betul-betul dapat dihela lega sebaik saja doanya termakbul. Amal-Naqin berjaya mendapat tawaran sambung belajar di universiti yang sama dan yang paling menggembirakan, mereka juga dapat kos yang sama iaitu Kejuruteraan Elektronik.
            “Erin mana, paksu? Sihat ke dia? Maksu? Rindu three of you sangat-sangat!”
            “Alhamdulillah kitorang semua sihat. Erin dah tidur dekat atas.”
            “Awalnya tidur. Patutlah sunyi. Kalau dia ada mesti berebut nak bercakap dengan Uyin.”
Wajah comel Erin Zulaikha anak perempuan kepada Dizwan dan Hana terbayang di ruang mata. Nak sangat cium pipi budak perempuan umur empat tahun itu. Dengan pipi gebunya, dengan mulut yang fasih berceloteh itu ini. Baru empat tahun tapi bercakap tak padan dengan umur.
“Dah makan belum?”
            “Tengah hari dah. Tapi malam belum. Kejap lagi nak pergi makan dengan kawan-kawan. Paksu dah makan?”
            “Kejap lagi. Maksu tengah masak tu.”
            “Maksu masak apa? Patutlah bau sedap sampai sini,” seloroh Amal.
            “Bau macam masak lemak cili api ketam aje.” Sengaja Dizwan memancing anak saudaranya itu. Dah boleh agak apa reaksi yang akan diberikan Amal kejap lagi.
            Ternganga sekejap Amal. “Paksuuuu!!! Favourite Uyin kot tu.” Bergema suara dia di blok C.
            Kan dah cakap. Mengekek Dizwan ketawa. Seronok benar dapat sakat anak buah kesayangan. “Tahu pun. Nak makan balik sini cepat-cepat.”
            Bayangan seperiuk besar masak lemak cili apa ketam masih terlayang-layang depan mata. Air tangan maksu perghhhh!!! Tak siapa boleh lawan okey. “Ea paksu. Nanti lepas settle pasal FYP, Amal ajak Naqin balik terus.”
            “Khamis. Bukan Jumaat?” Ayat nak balik terus lepas jumpa supervisoryang ditutur Amal itu buatkan muka dia bercahaya.
            “I’ll try. Insya-Allah. Nanti Amal discuss balik dengan Naqin.”
            “Okey, darling. Can’t wait to hug you.”
            “Me too! I miss you dead serious paksu. Maksu dengan Erin pun. Angah dengan along jugak.”
            “We miss you dead serious more,” tambah Dizwan lagi tak nak kalah.
            “Yelah-yelah. Tak lama dah paksu. Lagi enam hari.”
            “Macam enam tahun paksu rasa. Berapa minggu mid sem break kali ni?”
            “Macam selalu. One week.”
            Kedengaran Dizwan tarik nafas berat di hujung sana. “Sekejap sangat. Puas ke paksu nak tengok muka Uyin?”
            Amal ketawa. “Paksu ni macam tak biasa. Takpe paksu. Uyin dah last sem ni. Habis study nanti Uyin akan cari kerja dekat-dekat dengan rumah kita. Uyin tinggal berkepit aje  dengan paksu. Uyin takkan pergi jauh. Uyin akan selalu ada dengan paksu,” kata Amal sungguh-sungguh bagi menyedapkan hati bapa saudaranya itu. Tapi memang macam tulah pelan dia lepas tamat belajar nanti. Lebih kurang dua bulan lagi. Dia akan bekerja dalam kawasan Ipoh supaya dekat dengan keluarga.
            “Betul ni? Alhamdulillah.”Suara Dizwan kembali ceria.
            “Insya-Allah paksu.” Yakin Amal lagi. “Paksu, Amal nak pergi mandi ni. Nak keluar makan dengan Shadah. Nanti Amal call paksu lagi ea,” kata Amal sebaik saja Shadah dah balik dari bilik air. Teman sebiliknya itu nampak segar sebab baru mandi. Tinggal dia aje yang badan masih melekit. “Kirim salam maksu. I love you. Muah! Muah! Assalamualaikum.” Talian dimatikan sejurus saja Dizwan menjawab salam.
            “Paksu ke?” Tanya Shadah walaupun dia dah tahu.
            “Kau rasa?” Smartphone yang kekurangan bateri dicas atas meja study.
            “Kalau dah gaya bercakap macam bercakap dengan pakwe tu memang dah confirmed la kan tu paksu kau.”
            “Tau takpe.” Amal senyum lebar.
Teringat dia kali pertama Shadah terdengar perbualannya dengan Dizwan di awal semester pertama dulu. Dalam dua minggu macam tu, dia baru kenal Shadah. Berkerut pelik dahi sahabatnya itu.
            “Amboi... I love you tu sakan nampak. Pakwe ke?”
            “Banyak lah kau pakwe. Paksu aku la.”
            “Paksu? Pergghh!!! Manja gila kau dengan bapak sedara. Adik mak atau ayah kau?”
            “Adik arwah ayah aku.”
            Perkataan arwah tu buatkan Shadah terdiam sekejap. “Ar...arwah?” Tanya dia untuk dapatkan kepastian.
            Amal yang berada di atas katil terus kupas senyum. “Okey, kau belum kenal aku betul-betul lagi kan?”
            “Kalau kau okey, tell  me  about your biodata.”
            Tergelak Amal dengan perkataan biodata yang keluar dari mulut Shadah. “Makanan kegemaran, minuman kegemaran, hobi...?”
            “Itu later pun boleh. Aku akan tau sendiri nanti. Aku kena hadap kau untuk empat tahun yang akan datang okey. Tell me yang paling penting yang kau rasa nak bagitahu.”
            Amal dengan mesranya mula bercerita tentang dirinya pada Shadah. Daripada A sampai Z. Pasal paksu, arwah kedua ibu bapanya, abang-abangnya... semua dia cerita.
            “So, lepas arwah ayah kau meninggal, kau dengan abang-abang tinggal dengan paksu.?”
            “Yup.”
            “Patutlah kau rapat giler dengan paksu kau.”
            “Manja lain macam kan?”
            Senyum melebar. “Lepas arwah ayah dah takde, paksu la ayah dan paksu jugak ibu kepada kitorang tiga beradik. Kau bayangkanlah. Masa tu paksu baru je kerja dua tiga bulan. Sanggup dia nak  jaga kitorang. Dia jaga kitorang dengan baik sangat. That’s why I love him so much.”
            “Now I know. Orang yang aku sangka pakwe kau tu rupa-rupanya paksu kau.” Shadah gelengkan kepala dengan telahan diri sendiri. Suka-suki aje nak anggap Amal yang bukan-bukan.
            “Cepatlah  pergi mandi!”
            Suara dan lemparan tuala serentak daripada Shadah menarik kembali fikiran Amal ke realiti.
“Eesh kau ni. Baru je gaya nak mengimbau kenangan. Potong betul.” Amal terus bangkit dari katil. Tuala kepunyaan dia yang tolong ‘dihulurkan’ oleh Shadah itu disangkut ke bahu.
            “Tapayah nak retro sangat lah. Pergi mandi cepat! Aku dah lapar tahap naga dah ni. Jihan dah tunggu tu. Kang dia membebel mahu pitam setahun kita ni.”

            “Halah-halah!” Amal bingkas bergerak keluar dari bilik.

No comments:

Post a Comment

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta