Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Tuesday, January 14, 2014

Bila Amar Dah Suka Dia 21


“TAK payah pegang. Atuk boleh turun sendiri.” Tegas arahan itu. Dia dengan Izham sekarang  ni tengah beriringan meniti anak tangga turun ke bawah.

            Mencebik. Berlagak betul. Kaki tu dah la tak kuat mana. Nak tolong pun tak kasi.

            “Tak payah nak mengutuk atuk la, Am. Nak sangat topup dosa?”

            Izham telan liur. Gulpp! Deria ajaib jenis apa pun tak tahu lah yang atuk ada. Tahu saja apa yang ada dalam hati aku nih. “Tak la, tuk. Bila pulak Am mengutuk atuk kesayangan nih. Tak tergamak dihati ni atuk tau?” Diam dua saat sebelum menyambung ayat. “Tapi... atuk ni terror tilik hati orang eh? Fuyoo... mana atuk belajar?”

            “Haaa kan?” Kepala ditoleh laju ke arah Izham. “Memang betul kamu mengutuk atuk.” Mata mencerlung tajam sebelum muka dikalih balik ke depan. 

            “Eheee...” Di belakang Haji Rahim, Izham cubit pipi sendiri. “Tak sangat actually...”

            “Tak sangat!?”Bergema suara garau di ruang itu.

            “Eh! Tak! Bukan!”

            Tapayah nak ngelat!”

            Izham jadi serba salah. “Atukku... Tadi tu Am cakap dalam hati macam ni.... Berlagak! Kaki tu dah la tak kuat mana. Nak tolong pun tak kasi. Haaa... Hati Am berdetik macam tu je. Berdetik bukan mengutuk. Kalau mengutuk macam ni... Berlagak! Dah tak muda tu buat la cara tak muda. Ini tak... bajet diri tu kuat macam John Seanna. Berjalan pun harapkan tongkat. Ada cucu yang kacak lagi penyayang macam Am tanak mintak tolong. Apadaaa...”

            “Pardon me!?” Muka Haji Rahim bercahaya dengan riak tak percaya. “Tua sangat ke atuk nih?”

            Ketat lagi muka Izham. Dah tak tahu nak jawab apa bila dia tersedar yang dia baru je sudah lepas kutuk si atuk secara lisan. “Atuk ampun!” Sepuluh jari disusun buat gaya menjunjung sembah. Lepas tu tanpa amaran dia meluru peluk tubuh haji Rahim dari belakang. “Am banyak dosa dengan atuk. Am mintak ampun.”

            “Kamu dah kenapa, Izham? Tebiat? Atas tangga ni kan? Kang ada yang jatuh tergolek sampai ke bawah. Lepas lah!”

            “Yela... Yela... Melawak pun tak boleh.” Omel lelaki itu lagi seraya menjauhi tubuh Haji Rahim.

            “Nak melawak pergi melawak dengan Amar. Atuk tak ada masa nak layan kerenah kamu.”

            “Tapi Amar dah ada isteri. Dia mana ada masa dengan Am lagi dah.” Sengaja suara disedihkan. Dia kembali meniti turun ke bawah perlahan-lahan. Haji Rahim dibiar dulu ke depan. Apa-apa karang, dia boleh tolong sambut. Mana la tahu, atuk kan tak kuat mana.

            “Tahu pun. Dia sekarang dah beristeri. Kamu tak payah nak ajak dia buat benda  macam orang bujang.” Dalam tenang, suara Haji Rahim kedengaran tegas.

            “Alaa... tuk. Kalau macam tu tak heaven la Am punya life.”

            “Tapayah nak heaven sangat. Susah-susah pergi kahwin je la Izham.”

            Terlopong si Izham dengan cadangan si atuk. “Gaya atuk suruh tu macam suruh Am pergi beli kicap dekat kedai je. Senang betul.”

            “Kamu nak tunggu apa lagi?” Haji Rahim kini dah melabuhkan punggung di sofa dekat ruang tamu. Izham disebelah dikerling dua saat. “Kamu dah boleh kahwin Izham. Dah layak... dah mampu. Apa lagi yang kamu tunggu?”

            “Am tunggu Salsabila.” Dia berbisik sendiri.

            “Memang betul-betul dia ke Izham?”

            “Huh?” Tersentak sekejap. “Atuk dengar ke?”

            “Atuk belum pekak lagi.”

            Diam dulu sambil menghela nafas panjang. “Tapi Am belum confess apa-apa lagi dekat dia.”

            “Kenapa?”

            “Takut. Tak berani. Dia pun tak pernah nak bercakap pasal kahwin-kahwin ni.”

            “Ey Izham! Dia tu perempuan kot. Kamu fikir dia tak malu ke nak bercakap pasal nikah kahwin dulu kalau buka kamu yang mulakan?”

            “Tapi Am pun malu nak mulakan.”

            “Kalau malu, kamu hidup lah dengan atuk sampai ke tua, ye?” Gertak si Atuk lagi. Tongkat pada tangan disandar pada meja sebelum belakang tubuh disandar ke sofa.

            Tanak la tua dengan atuk. Am nak kahwin. Nak jugak merasa ada anak isteri.”

            “Dah tu? Tamau nak make a move... baik tua dengan atuk je.”

            “Jangan la doa macam tu, tuk. Am bukan takut sangat nak confess. Bukan tanak cuba. Tapi... dia banyak sangat impian. Banyak sangat perkara yang dia nak buat dalam hidup sebelum dia kahwin.”

            Melihat muka sendu Izham, Haji Rahim melepas nafas berat. Kesian pulak aku dengan cucu yang sorang ni. “Izham...”

            “Hmm...”

            “Apa hmm... hmm? Ingat cakap dengan kawan ke apa?”

            “Ampun atuk! Ye saya...” Cepat-cepat Izham perbetulkan kesalahan dia. Terlupa pulak yang kalau berhadapan dengan Haji Rahim,banyak protocol yang perlu dititikberatkan. Maklumlah, bekas tentera katanya.

            “Duduk sini.” Tempat kosong disebelah ditepuk.

            Memicing mata Izham merenung Haji Rahim. Riak muka nampak was-was.

            “Kamu fikir apa?”

             “Atuk macam baik sangat je. Macam tak berani nak duduk sebelah atuk.”

            “Atuk tak suka...”

            “...cakap benda yang sama dua kali.” Laju ayat orang tua itu disambung. Dah tahu. Dah maklum pun. Itu adalah salah satu antara protokol-protokol Haji Rahim yang dia, Amar atau sesiapa pun yang mengenali beliau dah sedia maklum. Haji Rahim tak suka ulang benda yang sama dua kali. Muktamad! “Okey atuk.” Akur Izham seraya mendapatkan tempat disebelah Haji Rahim.

            Dalam diam, satu senyuman terukir dibibir. Takut betul cucu-cucu aku dengan aku, ye? Gertak sikit dah kecut. Garang sangat ke Haji Rahim ni? Izham yang menikus disebelah direnung. Tangan mendarat lembut pada kepala si cucu. “Be a gentleman, Izham. Be brave. Kita lelaki kena berani. Si Salaksalak tu kalau...”

            “Salsabila la tuk.” Suka hati je tukar nama kekasih hati orang. Ingat buah salak ke apa budak tu?

            “Salah sebut. Salsa...Salsala... Haih! Susah betul nama orang yang kamu suka tu. Berbelit lidah atuk nak menyebut. Salsa je la.”

            “Okey je asalkan bukan Salak sudah.”

            “Apa-apa la. Ni atuk nak nasihatkan.... Cuba dulu Izham. Dia impian tinggi ke, dia nak buat banyak perkara sebelum kahwin ke, dia tak pernah sebut hal nikah kahwin ke... kamu tapayah nak risau. Yang penting cuba dulu. Ada jodoh, kahwin jugak kamu dengan dia nanti. Yang penting... doa dan usaha tu kena ada. Yang penting! Kamu kena CUBA!” Nasihat Haji Rahim agak panjang pada si cucu. Yang masa tu tengah buat muka kesian tak bersempadan. “Jangan nak buat muka looser macam ni!” Pap! Bersama ayat itu, satu lempangan perlahan melekat di pipi Izham.

            “Sakit la atuk...” Perlahan bagi Haji Rahim tapi kuat betul pada Izham. Jenis lempang tak bagi salam atuk ni.

            And yet... Tapayah nak lembik sangat!” Pap! Sebelah lagi pipi Izham dilempang. Sengaja betul. Memang Haji Rahim sengaja menyakat. Bila lagi nak bergurau dengan cucu kan? Inilah masanya.

            “Atukkk...”

            “Mintak lagi ke?”

            “Cukup! Cukup!” Laju Izham menggeleng sambil menekup kedua belah pipi dengan tangan bila dilihatnya Haji Rahim mula angkah tangan balik. “Okey, tuk. I’ll try. Am akan cuba. InshaAllah.” Sungguh-sungguh Izham meyakinkan si atuk.

            Good boy. Ni baru cucu Haji Rahim.” Tangan mendarat lagi dikepala Izham. Digosok lembut kepala yang berambut lebat itu.

            “Cucu yang baik lagi kacak kan, atuk?”

            “Jangan nak perasan!”

            “Am! Am!”

            Dua pasang mata tepat ke arah Amar yang tengah gigih berlari turun dari tangga.

            “Apahal kau?” Muka cuka Amar buatkan Izham tertanya-tanya. Dah kenapa pulak laki orang ni?

            “Hari ni! Hari ni la!”

            “Hari apa hari ni?” Bahu Amar yang dah berdiri depan mata dipegang.

            “Mamak! Mamak jom?”

            “Mamak...” Muka keliru Izham tak lama bila sesuatu dah melintas dikepala. Haah la wei... Hari ni... Betul hari ni. Macam mana boleh lupa? Adoiyaiii...”

            “Atuk bukan tunggul rasanya.”

            Kata-kata tenang yang berperisa pedas itu buatkan Izham dan Amar menoleh ke kanan serentak. “Eh... Atuk ada kat sini lagi rupanya.” Dan dua-dua tayang gigi putih yang tersusun kemas.

            “Mamak jom... apa ni?”

            “Hari ni... kejap lagi... Arsenal Vs MU, tuk...”

            “Maka... diorang yang turun padang. Apa kaitan dengan kamu berdua?”

            “Bola kot tu tuk...”

            “Kalau bola pun... kenapa?”

            Dua-dua telan liur sambil garu belakang kepala yang tak gatal. Atuk ni...

            “Kau settle.” Bisik Amar sebelum menyiku perut Izham.

            “Apa pulak? Kau la...” Balas Izham sambil memijak kaki Amar.

            “Kau settle atau kita terlepas game malam ni?”

            Terjegil besar mata Izham dengan ugutan itu. “Kau yang buat kecoh. Kalau tak kita boleh keluar senyap-senyap nanti.”

            “Tak payah nak berbisik sangatlah. Atuk dengar semua. Jelas sangat.” Haji Rahim mencelah tetiba.

            “Atuk...”

            Tapayah nak merengek. Tapayah nak mamak jom ke apa. Stay dekat rumah. Kamu Amar jangan nak belajar tinggal isteri sangat. Baru je kahwin. Dan kamu Izham...” Dari wajah Amar, mata dibawa ke muka Izham pulak. “... tadi baru je atuk pesan. Si Amar di dah jadi suami. Jangan nak ajak dia buat hal macam orang bujang lagi dah. Tak faham ke?”

            “Err... faham tuk. Faham.” Dua suara serentak bergabung. Dan dua kepala juga mengangguk pasrah. Tak boleh la tengok Arsenal malam ni...

            “Bagus. Tepi sikit. Atuk nak ke bilik tv.”

            “Bilik tv?” Izham menyoal pelik. Atuk bukannya jenis yang suka tengok tv. Kecuali berita je. Tapi sekarang bukan waktu berita.

            Berdiri mencapai tongkat pada meja. Perlahan-lahan dia menapak ke arah bilik tv. “LCD besar gedabak dekat rumah pun ada tayang game Arsenal vs MU jugak apa?”

            “Apa tuk?” Muka Amar nampak bercahaya. Izham disebalah dah ternganga.

            “Apa? Ingat dekat kedai mamak je boleh jerit?

            “Atuk...” Amar-Izham dah mula tayang muka tersentuh perasaan. Tak sangka atuk bagi keizinan untuk tengok bola dekat rumah. Selalunya kalau nak tengok bola, dihalaunya budak berdua tu keluar dari rumah. Katanya bising mengalahkan guruh. Tapi kali ni...

            Tapayah nak buat muka mintak lempang macam tu. Atuk tunggu kat bilik tv.”

            “Atuk nak tengok bola jugak?” Tanya Izham tak percaya.

            “Atuk pun minat bola jugak apa.”

            “Oh baru tahu. Ingat atuk minat berita je.” Amar terangguk-angguk.

            “Arsenal lawan MU malam ni, tuk.”

            “Tahu.”

            “Game gempak tu, tuk.”

            “Tahu.”

            Both team memang famous giler, tuk.”

            “Tahu.”

            “MU tu Manchester United, tuk.”

            “Ey, Izham! Kamu ingat atuk buta bola sangat ke sampai tak tahu MU tu apa?”

            “Eheee...” Izham menyegih serba salah. “Ingat tak tau, tuk. Tau rupanya...” Dia jadi geram  bila melihat ibu jari Amar sudah terpacak mengejek.

            “Atuk sokong apa?” Amar pula mencelah sambil beriringan ke bilik tv bersama Haji Rahim.

            “MU.”

            “Alaa tuk... Kenapa tak Arsenal? Arsenal lagi best.”

            “Suka hati atuk la nak minat team mana pun! Sibuk apehal?”

            Gulpp!

            “Padan muka kau!” Izham ejek Amar balik. 

***************************************************************************************************************
p/s :- setelah sekian lama...ini jek yg termampu... =)

Sunday, January 5, 2014

TOUCHOLIC 29

“SABAR?” Mencerlung mata Izyan merenung muka Irdini. Mereka ketika itu sedang berada di tempat parkir kereta nak menuju ke perpustakaan. “Kau tau tak yang aku setia sabar dengan kau sejak dari tadi lagi. Dah la susah nak bangun. Lepas tu mandi pun berjam-jam. Dengan make up bagai. Tau tak kita dah buang masa banyak jam?”

            “Yela.. Aku salah. Tapi kejap la. Aku nak pakai sirum rambut ni ha.” Sambil menghadap cermin kereta, dia memicit sirum ke tangan sebelum diraup ke rambut.

            “Nini, kita nak masuk study dekat library je kot. Bukannya nak pergi jejalan dekat Pavilion ke hapa. Kau tapayah nak touch-up lebih-lebih boleh tak? We’re already late!”

            “Kau faham tak apa maksud jaga penampilan? Kau ni orang suruh baca magazine tanak. Buang masa konon dengan magazine tak berfaedah. Ey, kita orang perempuan ni seharusnya...”

            Enough! Enough of you ntahapahapa magazine. Tak habis-habis dengan fakta karut kau tu. Dah ah... aku masuk dulu. Nanti kalau kau dah siap touch-up, dah confident jelita kalahkan Scarlett Johansson tu, kau sila la masuk ke dalam library ye? Sekarang ni dah nak dekat exam. Dah masuk study week. Kalau kita lambat, karang takde tempat.” Tokok Izyan yang mula mengatur langkah meninggalkan Irdini. Minah ni betul la buat aku hilang sabar. Haih!

            “Yela! Dari kau terpacak membebel dekat sini, ada baiknya kau pergi cop tempat.”

“Aku tau lah! Eeii... Kalau kau cakap tapayah tunggu kau awal tadi kan senang. Membazir masa dengan air liur aku je dekat sini!” Nak juga Izyan membalas. Tak puas hati betul dengan kawan dia yang seorang tu. Lepas tu dia dah hilang dari balik bangunan. 
 
“Membebel, mengalahkan opah.” Tangan ligat mengurai rambut yang panjang paras bahu. Hairban warna biru muda diseluk keluar dari beg dan disangkut kemas atas kepala. Juntaian anak rambut dielus pada dahi. “Now, I’m totally perfect.” Dia mula bawak keluar ayat masuk bakul angkat sendiri. 

Bila dah yakin dengan penampilan diri dari atas sampai bawah, Irdini berkira untuk mengatur langkah. Namun lepas beberapa saat, derapan kaki yang laju berubah rentak perlahan bila sesuatu menjengah dikepala. “Aku ada bawak fon tak?” Tanpa berhenti dia tunduk membelek ke dalam beg sandang dibahu. Dikodek-kodek kasar segala khazanah yang ada dalam beg itu. “Takkan kot?” Risau kalau-kalau gajet kesayangan tertinggal entah di  mana-mana. Selalu ada je dalam beg ni. “Mana aku letak ni. Tadi lepas... Ya Allah!” Tenggg! Satu hentakan pada dahi datang serentak dengan satu rasa sakit yang perit teramat sangat. Tanpa sempat dikawal, rentak kaki jadi tak seimbang dan tak sampai pun sesaat dia dah terlentang di atas lantai dengan ‘chanteknya’.

            Mata yang terpejam, dia celikkan balik. Menyedari diri kini berada dalam keadaan tak strategik, dia cepat-cepat berdiri. Macam kilat dia toleh  kiri kanan. Mencari kot-kot la ada mata-mata yang dah tertonton babak stunt dia tadi tu. “My God! Alhamdulillah.” Seru dia dengan perasaan yang sangat lega. Nasib baik takde makhluk yang berakal sempat tengok freeshow aku. “Adoi laaa...” Mencucuk-cucuk rasa perit di dahi. Disentuh lembut pada bahagian yang dah mula membenjol. “Gila sakit. Apa yang aku redah tadi?” angkat mata mencari objek yang tersangkut kemas pada dinding. “Fire extinguisher!?” Membuntang mata dengan tong besi warna merah yang dah ‘dicium’ dia kejap tadi. “Mahunya bengkak seminggu dahi ni.” Laju tangan dia mengutip benda-benda alah yang terdampar bersepah di atas lantai dan dimasukkan balik ke dalam beg sandang.

            Troublemaker, kau memang selalu buat trouble kan?”

            Soalan yang datang bersama kehadiran sesusuk tubuh yang berada tiga meter didepan dia, buatkan dia terkedu. “Kau!”

            Mata bulat itu direnung hanya dua saat sebelum dia kalih pandang arah lain. 

            “Kau nampak?”

            “Kau rasa?”

            Muka merona tetiba. Dia jadi malu. Malu pada lelaki yang tengah berdiri depan dia sekarang ni. “Okey, kau memang dah nampak. So aku tapayah nak cover ke hapa.”

“Kau memang clumsy ke, troublemaker? Fire extinguisher yang memang besar gedabak dekat situ pun kau boleh redah?” 

 “Ye, aku memang clumsy. So what? And one more thing. Stop calling me troublemaker. I am not that kind of people.”

“But its proven... just now. Obviously. So, aku salah teka?”
 
“Err.. aa..” Dia tengah fikir apa yang nak dijawab. “Whatever!” Hanya ayat itu yang terkeluar. Malas nak cakap banyak, dia berpusing dan mengatur langkah. 

“Excuse me!”

“Apa lagi?” Dengan muka marah dia menoleh mendapatkan muka Izzat.

 “You left something on the floor.”

“Hah?”
          
           Tanpa suara, Izzat mengerlingkan matanya ke bawah. 

            Irdini ikut melakukan perkara yang sama.”Ya Allah!” Pentiliner!?? Melihat benda alah warna pink yang berada kira-kira duapuluh sentimeter dari kaki Izzat buatkan dia terkedu keras disitu. Lepas tiga saat, pantas dia bergerak mengutip benda alah itu. “Eh, tisu aku terjatuh pulak.” Kata dia sambil menyegih kekok. “Thanks.” Dan lepas tu Irdini terus bergerak laju meninggalkan Izzat di situ.

            “Tisu?” Izzat senyum sendiri. Macam lah aku tak ada adik perempuan?  Kalau dah clumsy tu… clumsy jugak. Masalah betul...

***
“GILA belakang.”

“Belakang tak belakang. Ini je yang ada. Kau tak payah nak banyak bunyi. Siapa yang lambat?”

Izyan yang berada bertentangan dengan dia, dikerling. “Ye, aku salah. Stop nagging at me boleh tak Cik Izyan?”

            Merengus geram. Rasa tak puas hati dengan kelambatan Irdini masih ada. 

            “Ada orang ke sebelah aku ni?” Buku-buku yang terbuka bersama pen yang bertaburan di meja sebelah buatkan dia bertanya.

            “Yela kot. Aku datang tadi pun orang dia dah tak ada.”

            “Oh.” Buku-buku yang dibawa mula dibuka.

            “Kau nak study apa?” 

            Control.”

            “Tapi bukan ke paper Power-E dulu?”

            “Aku kena sentuh jugak Control ni. Kalau tak aku tak boleh nak study subjek lain lagi. Power-E aku ada jugak study sebelum ni. Control ni ha aku macam meng-anak-tiri-kan sikit. Aku kena start hadap dah. Sehari je gap kot antara Power-E dengan Control. Kang tak sempat, meraung aku dalam dewan nanti.” 

            “Yela-yela. Aku nak buat soalan past years Power-E. Kau kan experted subjek nih. Kang aku tak tau aku tanya kau.”

            Expert lah sangat kan. Aku pun merangkak lagi nih. Tapi, kau tanya InshaAllah aku try.” Balas Irdini sebelum menadah tangan untuk membaca doa. Doa sebelum belajar. “Bismillahirrahmanirrahim…” Lepas sebelas saat, tangan yang ditadah diraup ke wajah, “Ameen.”

            Ameen…” Izyan ikut mengaminkan jugak. “Eh kejap!” Izyan menyerang tetiba. Mata tepat ke muka Irdini. “Dahi kau dah kenapa? Merah. Bengkak jugak, beb.”

            Dahi yang agak benjol diraba perlahan. Haah la... bengkak. “Tadi tu...”

            “Kau clumsy lagi ke?” Belum sempat Irdini nak buat penjelasan, Izyan terlebih cepat buat andaian. 

            “Eheeee...” Menyengih sebagai jawapan. “Sikit la.”

            “Sikit apa kalau dah bengkak merah macam ni?” Berdiri seraya tangan mendarat ke dahi temannya itu. “Kau ni kan... ada je trouble yang kau nak buat kan?”

            “Kau fikir aku suka ke sakit macam ni? It was an accident. And I never asked for this damn pain anyway. Cool?” Hela nafas berat. Geram juga dia bila dibebel si Izyan. Orang tengah sakit bengkak cenggini, lagi mau berleter. Sebenarnya sebelum ditegur Izyan tadi, tak berapa nak rasa sangat sakit tu. Tapi lepas kena bebel je terus rasa sakit tu berdenyut-denyut. Hujung jari telunjuk berlari perlahan pada ‘tempat kejadian’. Cermin kecil yang sentiasa ada dalam pencil case warna kelabu atas meja ditarik keluar lalu dipantul ke dahi. “Bengkak teruk la, Yan.”

            “Tu sebab la aku bising. Teruk tau tak?” Bentak izyan yang masih lagi dalam mood mak-mak orang. Melihat keadaan dahi temannya itu dia jadi risau. Memang lah takde patah riuk dekat mana-mana. Tak luka berdarah ke apa. Tapi sikap Irdini yang terlalu careless dan clumsy itu buatkan dia susah hati. Kalau careless tak menyusahkan atau menyakitkan diri sendiri tak apa lagi. Ini...sebaliknya. Dan ini bukan kali pertama budak perempuan tu dapat sakit, tapi dah banyak kali kot. Sampai dah tak terkira. Sakit yang dia dapat disebabkan oleh sikap tak berhati-hati dan cuai dia yang dah sampai tahap tak boleh nak susut. Tak boleh nak diubah habit negative si Irdini yang satu itu. Haih!

            “Yannnn...” Macam selalu, bila jadi macam ni panjang nama Izyan dikelui. 

            Stop whining! You did it yourself.” Pintas Izyan bila Irdini baru saja nak mula merengek macam budak umur tiga tahun. “Kau redah apa?”

            “Fire distinguisher...?”

            Dua mata terpaku pada muka lelaki yang dah duduk dikerusi sebelah Irdini. Lelaki yang tiba-tiba menyampuk tanpa menoleh ke arah mereka walau sesaat. 

            “Kau?” Dengan bibir separuh ternganga, pandangan dia masih tepat ke wajah itu. “Kau ikut aku sampai sini kenapa?” Satu soalan yang mampat dengan aura perasan.

            Diam. Soalan itu tak dijawab. Buku-buku yang terbentang luas atas meja ditarik rapat ke tubuh. 

            Oh, tempat kau. Aku yang perasan.” Tokok Irdini bila dah sedar tentang alasan sebenar kemunculan Izzat di situ. 

            “Eh, kau savior ke dua Nini kan?” Izyan mencelah tetiba dengan nada terkejut. Dengan jari telunjuk tertuding ke arah Izzat, dia menyambung, “Alhamdulillah, akhirnya aku dapat tengok kau face to face macam ni.” 

            Reaksi over-excited si Izyan mengundang rasa pelik pada Izzat. Mata dibawa ke muka Izyan. 

            “Yela... aku selalu dengar cerita pasal kau. Tapi tak pernah berdepan macam ni. Kalau tengok pun dari jauh je.” Sungguh-sungguh Izyan bagitahu. Tak tahu lah kenapa dia teruja sangat dapat tengok budak lelaki sebelah Irdini itu.

            “Kau dah kenapa, Yan? Gaya excited tu macam tengah tengok Hugh Jackman sebelah aku je?” Irdini mencelah. Tebiat ke apa budak Izyan ni?  

            “Takde la... Selama ni aku banyak dengar kau cerita pasal savior ke dua kau ni. Izzat itu, Izzat ini... Dia buat itu, dia buat ini... Dia berlagak tapi baik jugak. Dia annoyed tapi charmed jugak kadang-kadang. Dia...”

            Stop!” Irdini yang dah merah muka terjerit kecil dengan telapak tangan betul-betul depan muka Izyan. Apa kes ni nak buka cerita aku puji mamat ni dekat sini? Haish!

            “Upss! Am I too much?”

            Indeed!” Mata garang merenung Izyan yang tengah pekup bibir sendiri. “And yet, do realize that we are at the library right now. Where is your ‘keep silence’ attitude?”

            “I am sorry?” Izyan tunjuk lagi sengih dekat Irdini.

            “Thanks for those compliments, anyway. But... savior ke dua?” Tak tahu kenapa, Izzat tiba-tiba jadi curious. Yela, kalau dia savior yang ke dua, maksudnya ada savior yang pertama. Dan ini bermaksud...

            “Haah... kau yang ke dua. Yang pertama kitorang tak sempat tegok muka dia. Tak tahu macam mana dia punya rupa. Dia yang pertama tu savior yang selamatkan Nini dari tersembam dekat lantai tak lama dulu tu. Yang dekat kafe... yang masa...” Izyan telan masuk balik ke dalam kerengkong. Baru tersedar yang dia memang dah melampaui batas. Muka tegang Irdini dipandang takut-takut. “Sorry...” Bawa mata ke muka Izzat pula. “Setakat tu je aku boleh cerita. Sekian...”

            “Study and keep quite!” Bisik Irdini tegas kepada Izyan. Tahulah kita ni duduk agak jauh dari pelajar lain, tapi inikan perpustakaan. Memang dah termaktub dalam adab ketika memasuki perpustakaan bahawasanya jangan dibuat bising.

            Izzat hanya tayang muka tak beriak sebelum nafas lega dihela. Buku yang terbiar, kembali diselak. Tanpa kedua-dua gadis itu sedar, dalam diam dia mengukir senyum. Tak ada beza pun antara savior pertama dengan savior ke dua sebenarnya. Hati dia berdetik... 

****************************************************************************************************************
Riana Shah nah ini -------<@@@ dan jugak... kawan-kawan semua... =)


toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta