Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Wednesday, January 28, 2015

Kelam Bulan Tanpa Bintang (Teaser 2)


HAMPIR dua jam lebih dia tenung skrin komputer, mata terasa berpinar. Pejam celik sekejap untuk menghilangkan rasa itu. Biasanya kalau dia hadap komputer dalam masa yang sama, jarang mata dia rasa tak selesa macam tu. Iyelah, dah jenis kerja pun sebagai Software Engineer. Kerja yang melibatkan dia dalam urusan reka bentuk, pembangunan, penyelenggaraan, dan penilaian perisian komputer dan sistem. Hampir lima tahun pengalaman. Dah biasa sangat. Tapi mungkin hari ini mata dia buat hal sebab dipsiko oleh simtom-simtom selesema. Semalam hujan lebat. Dia yang dah tak sabar untuk balik rumah, meredah hujan tanpa payung. Dan hari ini dia perlu tanggung risiko. Risiko main hujan.

            Walaupun dipejam celik berkali-kali, mata dia masih tak kebah. Muka dijauhkan dari skrin komputer. Belakang tubuh disandar pada kerusi empuk. Sempat mata melirik pada jam dekat taskbar. Dah pukul 7.05 minit malam.

            “Maghrib. Solat dulu.” Kata dia. Tali leher yang dah dilonggarkan lepas solat Asar tadi, dia tanggalkan. Diletak atas meja. Tangan kemeja diselingsing sampai atas siku. Baru saja dia nak melangkah masuk ke dalam tandas untuk ambil wuduk, smartphone tepi keyboard komputer bergegar. Senyum nipis diukir lepas dia baca nama si pemanggil.

            “Bro! Kau mana?”

            Suara Adha dari seberang talian boleh buatkan gegendang telinga pecah. “Ofis.”

            “Lerrr…” Adha berdecit. “Dah pukul berapa ni? Kau ni tak reti nak balik rumah lagi ke? Apa motif kau buat OT? Gaji sebulan dah boleh hidup untuk tiga empat bulan.”

            Dah agak. Itu yang akan diterjah lepas dia jawab macam tu. “Kau boleh bebel ayat lain tak? Jemu dah aku dengar benda yang sama.”

            “Selagi kau tak belajar cara awal cari jalan balik rumah ikut waktu yang sepatutnya, selagi tu aku akan bebel benda yang sama. Habis air liur pun takpe.” Adha bertegas.

            Dia dah lama pelik dengan sikap Naqin serupa itu. Workaholic tak bertempat. Orang lain pun buat jugak OT. Tapi pilih hari. Tapi si Naqin ni boleh dikatakan selalu sangat. Bila ditanya, dia akan jawab lagi lama dia dekat ofis lagi cepat kerja dia habis. Ya, itu memang Adha sedia maklum. Disebabkan sikap itu jugaklah temannya itu berada di tahap macam sekarang ni. Bila kerja habis cepat, gaji dan pangkat dia pun cepat naik. Tapi dia tahu, bukan itu yang dikejar atau ditarget oleh sahabatnya itu. Naqin bukan jenis yang gila tukar kereta atau gila beli baju branded atau gila menghabiskan duit untuk perkara yang biasa orang lain buat berbaloi dengan gaji dan kerja mereka.

            Salah satu contohnya, dah dekat empat tahun dia pakai kereta Proton Satria Neo masih tak bertukar walaupun gaji dia makin tebal. ‘Kalau akulah yang ada dekat tempat kau, pegang kerja dengan gaji macam tu, dah lama aku tukar kereta pakai BMW. Eheh!’ Tapi Naqin pernah maklum dengan mana salurnya gaji bulanan Naqin setiap bulan. Tiga puluh peratus untuk keluarga. Untuk mak ayah dan seorang adik perempuan tunggal. Empat puluh peratus utuk diri dia. Empat puluh peratus itu merangkumi makan minum pakai, KWSP, segala cukai, zakat, amal sedekah, bayar bulanan rumah, kereta dan perkara-perkara yang berkaitan dengan diri dia. Yang baki lagi tiga puluh peratus tu memang dia simpan asing dekat satu akaun. Simpanan tetap untuk diri sendiri dan keluarga untuk masa depan.

            “Lepas solat aku balik.”

            “Lepas solat apa? Isyak?”

            “Maghrib.”

            “Pergi solat sekarang. Lepas tu balik terus.”

            Julingkan mata ke atas. Siling warna putih bermotif bunga-bunga kecil menjadi tatapan. “FYI, aku memang tengah get ready nak pergi ambil wuduk masa kau telefon. Ingat ada benda urgent ke apa. Nyesal aku jawab. Kan dah kena dengar kau bebel.”

            Ternganga Adha dua saat. “Ini pun boleh dikira urgent tahu? Matahari pun dah balik rumah. Kau tak balik-balik lagi. Kau nak tunggu urgent macam mana, baru aku boleh call kau?”

            “Whatever. Aku nak solat ni. Setengah jam, aku sampai rumah pastikan kau siap. Dinner dekat mana, kau decide. Caow.” Butang merah disentuh. Suara Adha jugak mati. Naqin kupas senyum. “Membebel lah kau sorang-sorang. Sejak-sejak masuk alam pekerjaan ni si Adha tu memang kuat bebel, kan?” Dahi berkerut. “Tapi dia tak kisah. Sebab seumur hidup aku, memang selalu dibebel pun. Dari kecik sampai sekarang. Kalau tinggal dengan ibu pun, ibu akan bebel macam Ad. Kalau…” Ayat dia mati. Untuk menyambung ayat seterusnya, mulut dia jadi berat. Senyum dia pun dah hilang. ‘Kalau kau ada pun, kau akan membebelkan aku. Setiap masa. Aku yakin itu… Amal.’ Sambung hati dia. Serta-merta wajah Amal muncul di ruang mata. “Ya Allah. Dekat mana pun dia, apa pun yang dia buat… tolong jaga dia untuk aku.” Doa dia sebelum berlalu untuk mengambil wuduk. Doa yang sama dia akan lafaz setiap kali dia solat. Setiap kali otak dia teringat dekat sahabatnya itu. Sahabat yang dah hampir lima tahun bawa diri pergi jauh. Jauh dari dia tanpa sebarang berita.


DAH kenyang?”

            “Alhamdulillah.” Dia berlalu ke singki untuk cuci tangan. “Ain dengan Wani mana? Belum balik ke?” Tak nampak kelibat dua orang lagi roommates, Amal menyoal.

            Sisa air teh O yang masih suam dihirup sampai titis yang terakhir. “Ain keluar celebrate birthday Najmi. Wani keluar dinner dengan Syed.”

            “Untunglah ada pakwe.” Kata Amal sambil bersandar pada peti sejuk. Dia pandang Alin. “Kau tak teringin nak keluar dengan someone ke?” Jungkit kening dua kali.

            Alin yang masih berada di meja makan menjegilkan mata. “Told you. Aku tak mampu nak cari somebody untuk ganti tempat arwah. Taknak.”

            Amal terus matikan senyum. Kalau dia ada sebab untuk berada di sini, Alin pun macam tu jugak. Dua-dua mereka punya alasan yang sama. Nak bawak diri jauh-jauh ke tempat orang untuk mengubat hati yang lara. Dengan alasan untuk sambung belajar. Tapi Alin punya sebab lagi sedih. Lagi dua hari untuk majlis akad nikah, tunang tersayang dijemput Allah. Kursyid, nama arwah tunang Alin. Kusryid terlibat dalam kemalangan sewaktu dia dalam perjalanan nak ke rumah Alin. Hari itu, dia janji dengan Alin untuk bawak Alin keluar pergi beli barang kahwin. Tapi malang tak berbau, kereta yang dia pandu dirempuh oleh sebuah treler dari belakang. Arwah meninggal di tempat kejadian. Tak boleh nak dibayangkan macam mana perasaan Alin masa tu. Masa dengar cerita dari Alin awal-awal dulu, air mata dia turut mengalir deras macam air mata temannya itu. Kata Alin, dia susah nak terima hakikat. Sebab itulah dia buat keputusan untuk sambung belajar dekat sini. Dan sampai sekarang, tak ada siapa pun boleh ganti tempat arwah Kursyid dalam hati Alin.

            “Sorry. I really didn't mean to hurt you.” Rasa bersalah menebal dalam hati. Dia mendapatkan Alin. Bahu gadis itu disentuh.

            “It’s okay. Dah lama pun. Kau bukan orang pertama yang tanya soalan tu. So, aku tak rasa apa-apa. Nanti balik Malaysia aku akan berdepan dengan soalan yang berganda sentap dari ni. Aku kena bersedia. Mental dan fizikal.

            Amal tarik senyum. “Keep strong. I know you can face it. Aku sentiasa doakan kau. Dia peluk bahu Alin dari belakang.

            “Me too. Thanks.” Alin tepuk pipi Amal. “Makin panas.” Kata dia sambil menekap belakang tangan pada dahi dan leher Amal. “Kau dah mula demam. Kena tidur awal. Kejap lagi aku bawak ubat.” Alin bangun menapak ke singki. Mug dibilas dengan air sebelum ditekup atas rak pinggan.

            Dia teguk air suam sampai habis satu mug. “Okey, mom.” Air suam diisi balik dalam mug yang sama untuk dibawa masuk ke dalam bilik.

            “Good girl.”

            “Kau solat dulu sebelum masuk bilik aku. Kang berborak tak ingat dunia. Aku takpe lah Allah bagi cuti.”

            “Kau nak demam. Takdenya aku nak ajak borak. You need to take a good rest.”
            “Aku yang nak ajak borak. Solat dulu.” Pesan Amal sebelum menapak masuk ke dalam bilik.

           
SAMPAI di muka pintu, penghadang besi dibuka dulu kuncinya sebelum dia menjolok kunci ke dalam tombol pintu rumah. “Ad!” Kelui dia masa kaki dah mencecah lantai rumah.

            Dah dekat empat tahun dia tinggal di apartmen ini dengan Adha. Tiap-tiap bulan mereka bahagi sorang separuh untuk bayar sewa. Antara dia dan Adha, dia yang dapat kerja dulu dekat Kuala Lumpur. Masa mula-mula datang sini, dia tumpang tinggal dekat rumah pakteh, adik kepada papa dia. Lepas tiga bulan, Adha pun datang sini. Lelaki itu dapat tawaran bekerja sebagai jurutera Elekronik dekat satu syarikat yang tak jauh dari tempat kerja Naqin. Lepastu terus mereka berdua sewa rumah tinggal sekali sampailah sekarang.

            Bayang Adha dia tak nampak lagi. Ruang tamu kosong. Tv gelap. Kipas siling saja yang berpusing.

            “Hah! Balik pun.” Suara Adha datang dari arah bilik dia.

            “Kau belum siap?” Soal dia lepas jenguk ke dalam.

            Rambut yang masih basah dikesat kasar dengan tuala. “Macamlah nak pergi terus.”

            “Memang nak gerak terus pun ni. Aku naik ni pun sebab call kau tak dapat-dapat.”

            Jawapan itu buatkan Adha meluru ke arah Naqin yang berada di ambang pintu. Tubuh lelaki itu ditolak keluar dari bilik dia ke bilik sebelah. “Kau jangan nak buat gila. Pergi mandi. Dari Subuh sampai sekarang baju tak bersalin.”

            “Pergi makan je pun.” Tolakan sungguh-sungguh dari Adha itu buatkan dia terpaksa jugak pulas tombol pintu bilik. “Balik nanti aku mandi.”

            “Mandi sekarang! Jangan buat selera makan aku hilang, please.”

            “Malas gila nak mandi.”

            “Tak mati pun kalau pergi mandi. Buang baju seluar then masuk bilik air lepastu buka shower. Berdiri aje bawah air tu. Kalau malas sangat nak berdiri, kau bersila terus. Kalau rajin sikit, sabun. Kalau malas takyah. Itu pun nak kena ajar? Suruh mandi je pun. Bukannya aku suruh kau angkat senapang pergi tolong orang dekat Palestin berperang dengan Israel.” Kelas bebelan sedunia dah mula dibuka. Adha pandang Naqin macam nak telan. Macam mana nak hidup pun tak tahulah kalau nak mandi pun malas.

            Tutup mata rapat-rapat sambil merengus tak puas hati. “Fine!” Akur Naqin akhirnya. Panas telinga mendengar bebelan itu.

            Oleh sebab itu, dia syak salah satu faktor yang sebabkan Adha jadi kuat bebel ialah sejak bekas buah hati kesayangan dia, Dina berkawin dengan orang lain. Satu badan dia, dari kepala sampai kaki kena kejutan yang hebat. Mana taknya, lepas berbelas tahun menjalin kasih, akhirnya berakhir dengan tragis sekali. Hati Dina dah berubah ke hati orang lain. Tiga tahun lepas, Dina berkahwin dengan pengganti Adha. Lama jugaklah si Adha ni meroyan. Dan disebabkan kes itu, Naqin rasa sangat bertuah sebab antara ramai-ramai orang yang kenal Adha, hanya dia insan terpilih untuk melihat air mata jantan yang tumpah di pipi seorang Adha Sani. Affan pun tak sempat tengok disebabkan dia datang jenguk Adha seminggu lepas kejadian. Puas jugaklah dia dan Affan nak memujuk hati rawan si teman. Memang banyak masa yang diluangkan untuk sahabat mereka itu. Affan sampai sanggup apply cuti seminggu datang tinggal dekat rumah mereka. Shadah dengan Jihan pun turun padang. Walaupun masa tu Shadah sibuk nak uruskan kenduri kahwin dia dengan Taufik dan Jihan pulak sibuk mengadakan kelas tambahan untuk pelajar-pelajar sekolah dia.

            Ya, Jihan kini berkhidmat sebagai cikgu sekolah di sekolah menengah kebangsaan dekat Kuantan. Manakala Shadah pula, lepas kahwin dia terus berhenti kerja sebagai penyarah di kolej komuniti untuk tolong suami menguruskan tiga cawangan restoran. Manakala Affan pula merupakan sorang jurutera. Jurutera Biomedik di Johor. Antara mereka, cuma Shadah yang dah berumah tangga. Wanita itu dikurniakan dua orang cahaya mata. Kembar sepasang yang kini berusia lebih kurang dua tahun.

            “Ten minutes only! Aku dah kebulur tahap nak telan kawan sendiri dah ni.” Sergah Adha sambil menapak keluar dari bilik Naqin.

            “Okey! Okey!”
 **************************
#Salah satu bab dalam Kelam Bulan Tanpa Bintang =)

Wednesday, January 14, 2015

Kelam Bulan Tanpa Bintang (Teaser)

SEBAIK saja keluar dari pintu kereta menuju ke tempat Amal dan Shadah berdiri, Naqin laju menyoal.“Ini je ke barangnya?” Mata terbuntang melihat kotak-kotak yang bersusun dekat sebelah kaki Amal.

            Lepas  kata sepakat dan pendapat antara kedua belah pihak ditimbang-timbang, maka persetujuan untuk balik ke Ipoh adalah pada malam ini. Selepas masing-masing dah selesai menegrjakan solat maghrib, seperti yang dijanjikan Amal sudah sedia terpacak menunggu dekat entrance asrama. Hanya lima minit saja dia dan Shadah sempat bazirkan masa dengan  menunggu ketibaan Naqin. Tepat pukul 8.05 minit malam.

            “Kenapa? Sikit sangat ke?” Amal buat-buat tak faham sindiran dari Naqin yang tadi tu.

            “Sebab sikit sangatlah yang aku pelik. Eh, apa benda yang berkotak-kotak sangat ni? Nak kata barang-barang kau since first year, tiap-tiap hujung sem kita bawak balik. Ni takde benda lain lagi dah. Novel punya kes ah ni.” Bebel Naqin. Tapi dalam sibuk membebel pun, tangan sibuk mengangkut kotak masuk ke dalam kereta. “Itulah. Duit banyak sangat abang-abang kasi. Sampai tak tau nak buat apa...”

            “Oi, tak semua novel okey.” Sangkal Amal. “Yang novel tu kotak paling kecik tu hah.” Jari kanan ditudung bersama muncung sedepa ke arah kotak sederhana besar yang bercorak kartun Disney, Mickey Mouse.

            Yang lagi satu kotak besar tu buku-buku rujukan dari semester-semester lepas. Yang besar lagi satu tu, dia sumbat segala komik dan buku-buku ilmiah. Nak tinggal dekat rumah takut karang subjek semester ni boleh dirujuk dengan buku yang sama. Sebab itulah dia sengaja bawak datang sini lagi buku-buku tu. Dua kotak kecil tu pulak dia letak baju-baju kurung dan kemeja yang memang dia berani jamin dia takkan pakai dan takkan sempat pakai lagi dah untuk semester ini. Iyelah, hari-hari pergi kelas pakai jaket bengkel dengan seluar jeans je. Tak adanya nak pakai baju kurung bagai. Cuma sepasang baju kurung saja dia buat spare. Untuk majlis perpisahan pelajar tahun akhir di akhir semester nanti. Lebih kurang dua bulan dari sekarang.

            Mata Naqin ikut terarah pada kotak yang dimaksudkan oleh Amal. Dia kemudiannya mencebik. “Keciklah sangat!” Kata dia penuh dengan nada sarkastik.

            Shadah tergelak besar. “Itu pun kau kena bersyukur ya amat. Bersyukur sebab sem ni dia sibuk dengan FYP. Tak sempat nak ikut sangat novel-novel yang keluar tiap-tiap bulan. Kalau tak, lagilah berkotak-kotak novel yang kau kena angkut masuk kereta.” Kata Shadah. Faham sangat dia dengan hobi Amal yang satu itu. Membaca. Tak kira lah novel ke, buku-buku sejarah ke, buku-buku agama, buku-buku motivasi semua dia rembat. Semua dia buat jadi hobi dan minat.

            Amal sangat bernasib baik sebab dia punya roommate yang kongsi hobi. Hobi yang sama. Shadah pun suka membaca sebenarnya. Dan dia memang tak kisah langsung melihat buku-buku yang bersusun penuh dekat dinding bilik. Kalau orang lain. Orang yang bertentangan dengan minat Amal, mungkin akan jadi gila tau stress yang melampau. Mana taknya... Nak tidur tengok buku. Bangun tidur, celik mata je dah ‘berselamat pagi’ dengan buku. Nak keluar bilik, masuk balik atau nak buat apa-apa dalam bilik tu pun mesti mata akan disapa oleh buku. Tak kiralah sudut pandangan dari celah mana pun. Dah macam dalam perpustakaan pun ada.

            “Korang memang tidur dalam timbunan buku agaknya.” Sambung Naqin, membebel lagi. “Tepi! Leave it to me.” Tegah Naqin bila Amal baru berkira nak sumbang tenaga angkat kotak masuk ke dalam kereta. “Kau tu perempuan, duduk diam-diam dekat tepi. Biar aku je yang angkat. Kang tak pasal-pasal paksu pengsan sebab anak kesayangan dia ni ada muscles secara tiba-tiba.” Kritik Naqin dengan muka selamba badaknya.

            Shadah gelak lagi. Tapi kali ini gelak dia disambut dengan gelak tiga suara yang datang dari belakang. Jihan-Affan-Adha.

            “Bukan paksu aje nak pengsan. Aku pun berkemungkinan besar akan pengsan.” Gelak Adha makin besar. “Nah.” Aiskrim Cornetto perisa coklat yang sudah digigit suku, dihulur pada Shadah.

            Shadah bergerak ke belakang dengan pandangan pelik. Tak cukup dengan itu, dia menggeleng berkali-kali.

            “Lailahailallah...” Ucap Adha bila Shadah kasi reaksi serupa itu. “Aku nak tolong Naqin angkat barang masuk kereta. Tolong pegangkan. Kau ingat aku suruh kau makan ke?”

            Mendengar kenyataan itu, Shadah kembali berdiri pada posisi yang asal. “Cakaplah awal-awal. Main bedal hulur je. Sesiapa pun boleh salah faham.” Aiskrim diambil dari tangan Adha. “Kedekut. Beli aiskrim makan sorang-sorang.” Dia menyelit pulak dengan kritikan tak puas hati buat lelaki itu.

            “Eh! Nah. Nah.” Jihan cepat-cepat menghulurkan bungkusan plastik kepada Shadah. “Sorang satu. Ad belanja.” Maklum Jihan sambil mengeluarkan satu persatu aiskrim Cornetto dari dalam plastik dan dihulurkan kepada Shadah, Amal dan Naqin. Masa dekat kedai dia terserempak dengan dengan Affan dan Adha. Dia tengah sibuk-sibuk shampu rambut masa Adha panggil dia pergi dekat peti aiskrim. Lepas tu lelaki itu suruh dia pilih aiskrim untuk dia-Shadah-Amal-Naqin. Katanya nak belanja. Memang taklah dia nak menolak. Tak adanya nak segan silu. Kawan sendiri nak belanja kot. Rezeki jangan ditolak. Eheh!

            “Aku punya kasi Amal pegang. Aku nak susun kotak dulu.”

            Seperti yang diminta Naqin, huluran dari Jihan kepada lelaki itu beralih kepada Amal.

            “Thanks, Ad.” Kata mereka serentak.

            “No hal. Memang aku gamak nak makan sorang-sorang pun kan.” Adha keluarkan kata-kata makan hati. Dituju tepat-tepat ke muka Shadah yang masa tu dah terkulat-kulat sambil gigit lidah.

            “Eheeee...” Menyengih dulu macam kambing gurun sebelum dia menyusun ayat-ayat rasa bersalah. “Ad... Sorrylah. Aku tak terniat pun.Gurau-gurau sahabat namanya.”

            “Sorry pergi naik feri.” Bingkas Adha sambil gigih angkat kotak  letak dalam kereta.

            “Lepastu terus pergi Langkawi.” Sambung Affan yang tengah menikmati kelazatan Cornetto perisa Vanila.

            “Jangan lupa pulak pergi Makam Mahsuri.” Sambil-sambil adjust susunan kotak di dalam kereta, suara Naqin jelas kedengaran.

            “Berjalan dengan berhati-hati.” Adha masuk lagi.

            “Yang penting pandai jaga diri.” Affan taknak kalah.

            “Walaupun perit cahaya matahari.” Naqin dah mula kelaut.

            “Gagahkan jugak diri untuk terus berdiri.”

            “Meniti hari-hari.”

            “Dengan seikhlas hati...”

            “Melalut dah. Melalut dah.” Shadah bersuara, mencantas segala ‘ketidakwarasan sementara’ yang dihadapi oleh tiga-tiga lelaki itu. ‘Ketidakwarasan sementara’ spontan menjengah tanpa diundang. Macam nilah selalunya. Bila dah sorang mula petik topik untuk dibuat borak, yang lain tu mulalah nak buat huraian yang entah apa-apa.

            “Dari perkataan sorry dah pergi ke seikhlas hati bagai. Korang nilah kan...” Jihan menggeleng sambil tersenyum. Cairan krim dari Cornetto Red-Velvet disedut sebelum jatuh ke jari.

            “Sabar ajelah. Dah kata kawan kita kan. Nak buat macam mana, awal-awal sem satu dulu, takde orang nak ambik diorang buat kawan. Kita aje yang sanggup. Layankan jelah.” Sampuk Amal yang berdiri disebelah Shadah. Penutup atas aiskrim ditanggal sebelum kertas balutan wafer kon itu dikoyak.

            “Kan? Apa nak buat? Dah ini kawan yang kita pilih. Yang penting hati kena redha sentiasa.” Shadah mencelah, mengusik.

            “Amboi! Kitorang wujud dekat sini tahu? Dengar jelas pulak tu. Mohon jaga perasaan para sahabat okey?” Affan jegilkan mata. Buat-buat terasa hati dengan kata-kata tiga budak perempuan itu.

            “Sensitif  mak ni tau. Eeeii... Suka buat mak dengan kawan-kawan mak makan hati lah you all ni.” Adha dah mula buat perangai mengajuk kaum-kaum lelaki yang separa lemah. Dengan suara kepitnya. Dengan tangan lembutnya. Dengan duckfacenya.

            Shadah picit dahi. “Tolong jangan pitamkan aku, please.”

            “Dan tolong jangan jadi penyebab untuk aku muntahkan segala isi perut dekat sini.” Jihan gosok leher dari luar tudung. “Tiger balm, please.”


            Maka pecahlah ketawa empat suara. Ama-Naqin-Adha-Affan. Melihat reaksi Shadah dengan Jihan buatkan mereka geli hati. 

**************** V(^__^)V***************

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta