Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Wednesday, July 27, 2016

Cerita Cinta Si Aidil Fitri (Ending)

Aidil-Fitri 2008
“PLEASE, Dil?”
            “Not again, Wardah.” Bantal kecil atas sofa ditarik rapat ke dada, menongkat dagu. Mata terarah pada skrin tv depan dia. Memang nampak dia fokus tengok tv tapi sebenarnya dia sendiri tak tahu cerita apa yang HBO tengah tayang sekarang ni. Tak sempat nak ambek tahu sebab sejak Wardah kupas topik pasal yang satu itu, dia jadi tak boleh nak tenang.
            Kelmarin dulu dia dapat panggilan telefon dari sepupunya itu. Beriya-iya Wardah pujuk dia supaya balik KL hari ni. Kata dia nak ajak berbuka puasa sekali. Kata Wardah lagi, dia amat rindukan Aidil. Dah lama tak jumpa. Sejak masing-masing dah sambung belajar, mereka belum  pernah sempat nak jumpa kau-aku. Aidil pun dah lama lama datang lepak rumah Wardah. Dan Wardah pun memang tak ada masa nak pergi rumah Aidil.
            “Selagi kes ni tak settle, aku takkan diam.” Tegas nada itu.
            “Bisinglah selagi kau mampu. Aku tak kesah.” Kata Aidil, tenang.
            Wardah yang berdiri dibelakang sofa yang Aidil duduk terus tarik muka tak puas hati. “Hiii... Kau ni kan...” Wardah ketap gigi. Kalau ikutkan hati nak aje aku ketuk kepala kau dengan hammer. Biar bengong setahun. Puas hati aku! Dah buat orang tu kecik hati, lepastu tak tahu nak mintak maaf dekat orang tu pulak.’ “Hah! Tu nak pergi mana pulak?”
Aidil yang tiba-tiba berdiri buatkan dahi Wardah berkerut. “Nak tidur. Asar nanti kejutkan aku. Lepas solat ikut aku ke bazar. Nak cari roti John.”
Mata Wardah membulat. “Aku belum habis cakap lagi, Dil!”
“Kalau nak tunggu kau habis cakap sampai ke tua aku kena berdiri dekat sini.”
Berdesing betul telinga Wardah dengan ayat yang kononnya loyar buruk itu. Bila Aidil mula mahu menapak masuk ke dalam bilik tetamu, Wardah cepat-cepat menyambung. “Kau tak rasa bersalah langsung ke dekat Fitri?”
            Soalan itu buatkan langkah dia mati. “Untuk yang mana satu?” Tak menoleh pun ke belakang, dia bertanya balik. “Untuk part yang dia suka aku atau part yang dia jauhkan diri dari aku ataupun part yang dia dah buang aku jauh-jauh dari hidup dia?”
Wardah mati ayat. Soalan Aidil itu buatkan dia tak tahu nak jawab apa. Sudahnya, dia hanya membalas dengan menyebut nama sepupunya itu. “Aidil...”
“Aku letih Wardah. Aku puasa. Tak larat nak cakap banyak-banyak. Kering tekak. Kau takpe lah tak puasa. Nak bercakap sampai tahun depan tanpa henti pun takpe.”
Terjahan Aidil pasal dia tak puasa itu buatkan Wardah spontan tersedu barang dua kali. “K-kau... A-aku puasa! Aku puasa lah! Suka hati kau je nak fitnah.” Tergagap-gagap Wardah membela diri.
Aidil sengih mengusik. “Habis tu mana datangnya bau megi kari masa aku masuk rumah tadi tu?”
Wardah telan liur. Payah. “Err... Tu bau... Bukan! Bau tu... Erm... Aaa...”
“Kau ABC kan? Aku tahu. Takkanlah kau saja-saja tak puasa. Ala Wardah. Kau nak malu apa? Bukannya kau tak biasa kantoi dengan aku time tak puasa. Relaks ah.” Aidil tak hilang senyum lagi. Seronok pulak dia mengusik si sepupu. “Pergi makan sana la. Kembang megi tu nanti tak sedap.” Sempat pulak dia nasihatkan Wardah sebelum menghilangkan diri di dalam bilik.
Wardah yang ditinggalkan dalam keadaan yang masih tergamam, menggigit bibir. “Kenapa bau megi kari hari ni kuat sangat?”
***
Aidil-Fitri 2009
“EH? Lambatnya.”
            Respon dari Zulin, roomate dia yang berasal dari Bangi hanya dibalas dengan jungkit kening. Zulin macam tak boleh terima bila dia bagitahu tarikh tiket bas yang dia beli untuk balik kampung hari raya nanti.
            “Tiket habis ke yang kau terpaksa beli sehari sebelum raya?”
            Aku bukan terpaksa, Zulin. Tapi memang sengaja. Sengaja aku beli tiket sehari sebelum raya. “Haah.” Jawab dia ringkas. Ini pun nasib baik tiket untuk ke Sungai Petani untuk hari raya pertama tak ada. Kalau tak, hari raya pertama tulah yang aku balik tau. Sambung Fitri berborak dengan hati sendiri.
            “Alasan yang sama macam tahun lepas.” Omel Zulin sambil julingkan mata ke atas. “Tu la kau. Aku dah cakap awal-awal lagi kan? Pergi beli tiket bas cepat. Takut habis. Tapi kau degil. Aku ajak beli sekali dengan aku hari tu kau tanak. Aku nak tolong belikan dulu pun kau tolak. Sekarang apa jadi? Patutnya bila kau dah kena tahun lepas, buat lah pengajaran. Ini tak. Dok buat lagi benda yang sama. Orang lain berebut-rebut nak beli tiket sebab nak balik awal untuk berpuasa dengan famili, nak buat persiapan untuk hari raya nanti, nak berkumpul saudara mara, nak...”
            “Zulin. Adli panggil kau tu.”
            Mati terus bebelan Zulin. Kepala dia kalut tengok keliling cari handphone bila telinga dia disapa dengan corus Because Of You- Kelly Clarkson. “Mana fon aku?”
            “Dekat soket tu.” Fitri tolong bagitahu.
            Zulin berlari anak mencapai telefon bimbit yang masih memekak. “You’re right. It’s him.” Kata dia sebelum menekan butang hijau.
            Masa Zulin tengah bercakap telefon dengan Adli, Fitri menghela nafas lega. Lega sebab bebelan Zulin hanya sekerat jalan. Lega sebab dia boleh berhenti sekejap dari buat muka tak-ada-apa-apa bila topik balik raya dikupas oleh Zulin.
            Sejak kejadian yang terjadi pada malam raya dua tahun lepas, Fitri betul-betul tak rasa teruja untuk sambut raya lagi dah. Dia jugak tak rasa teruja nak balik kampung awal untuk buat persiapan raya macam tahun-tahun sebelumnya. Kalau balik awal pun, rasa seronok sekarang dah tak macam rasa seronok yang dulu. Berkali-kali mak dengan abah dia telefon bertanya dan juga membebelkan dia pasal beli tiket last minute. Tapi dia hanya tebalkan telinga terus mendengar. Tak cukup dengan mak abah, ahli keluarga yang lain pun kalut-kalut hubungi dia lepas tu luahkan rasa ralat.
            “Hang dah buang tebiat ka Fitri? Tiket bas sehari before raya? Seriously beb? Bukan cuti raya sekali dengan midsem break ka? Two weeks?” Reaksi yang Fatehah bagi sebaik saja dia maklumkan dekat Wardah pasal hari kepulangan dia ke kampung kelmarin dulu melalui telefon.
            Fatehah tahu jadual cuti raya dia sebab Fatehah pun pelajar universiti macam dia. Lepas keluar result SPM hari tu, masing-masing gigih isi borang UPU buat permohonan nak sambung pengajian di peringkat diploma. Dia, Fatehah, Wardah, Aswad dan Adib. Sama-sama isi borang buat permohonan kemasukan ke universiti yang sama. Tapi sudahnya masing-masing dapat tawaran yang berlainan tempat.
            Fitri dah sambung belajar di UteM, Melaka. Fatehah dan Aswad dapat tawaran dari UiTM. Tapi bukan dari cawangan yang sama. Fatehah di Merbok, Kedah. Manakala Aswad di Arau, Perlis. Wardah lagi best sebab dapat pilih antara dua tawaran. Daripada kolej matrikulasi dan juga universiti, UiTM. Tapi disebabkan dia memang dah tanam niat awal-awal nak masuk matrik, maka duduklah dia di Kolej Matrikulasi Changloon, Kedah sekarang ini. Sama macam Wardah, Adib jugak dapat tawaran ke kolej Matrikulasi. Tapi bukan sama tempat dengan sepupunya itu. Dia kini berada di kolej matrikulasi, Pulau Pinang.
            Aidil tu masa budak-budak ni sibuk nak apply UPU, dia tak join. Dia apply sorang-sorang dia aje. Fitri dengar, dia tak berminat dengan universiti pilihan pertama yang sepupu-sepupu dia isi dalam borang UPU tu. Dia rasa macam nak duduk dekat dengan rumah tokwan. Jadi sebab tulah dia pilih UUM sebagai pilihan pertama dan Alhamdulillah dia dapat tawaran ke situ. Dan kini dia berada di Kedah. Secara tak langsung dan tak merancang pun, dia dekat dengan Wardah, Aswad, Fatehah dan Adib. Tapi dia jauh dari Fitri. Dan sebenarnya Fitri sangat bersyukur dengan percaturan Allah. Dia memang berhasrat nak jauh dari Aidil pun. Dan bila dah termakbul, Fitri rasa sangat bersyukur.
            Hari tu jugak, lepas dia matikan talian dengan Fatehah, dia telefon si Wardah pulak. “Si Aidil punya penangan dekat kau memang dahsyat gila. Nak aje aku kerat badan dia lepas tu bagi gajah dekat hutan tu makan. Geram betul aku.” Itu yang dia dengar dari Wardah. Si Wardah tu kalau dah berangin memang macam-macam yang keluar dari mulut dia.
            “Beb, Adli dah sampai.” Suara Zulin mematikan terus khayalan Fitri. Dilihatnya temannya itu sibuk melilit pashmina atas kepala. Hanya dalam beberapa saat saja, imej Zulin dah bertukar.  “Sorry aku tak dapat berbuka dengan kau hari ni.”
            “Nevermind. Hang pi la teman pakwe hang pulak. Asyik berdating dengan aku ja.” Fitri senyum lebar sambil bangun dari katil.
            “Thanks beb. Kau nak pesan apa-apa tak? Kau nak berbuka dengan apa karang?”
            “Don’t worry la beb. Aku ajak Nina pi bazar sat lagi.”
            Jawapan Fitri buatkan risau di hati Zulin lesap terus. Mahunya tak risau? Selalunya mereka berdua akan berbuka sama-sama. Tapi hari ni, dia kena teman Adli berbuka dekat luar. Kesian Fitri sorang-sorang. “Gotta go. Bye.” Pamit Zulin kalut bila nama Adli naik lagi dekat skrin telefon bimbitnya.
            “Take care. Bye.” Balas Fitri. Tuala yang tersangkut dekat hujung katil dicapai sebelum dia bergerak keluar dari bilik untuk ke bilik air.
***
Aidil-Fitri 2010
“WARWICK!?” Suara Fatehah menggegarkan gegendang telinga manusia-manusia yang berada di situ.
“England sana tu?” Tembak Aswad tak lama lepas tu.
Aidil angguk dua kali.
Hang serius ka, Dil?”
Senyum ringkas sambil angkat bahu. “Kau rasa aku serius tak?”
Adib masa tu tengah kopek kelapa yang ke lima belas biji untuk dibuat ketupat, terhenti sekejap perbuatannya itu. “Bila hang nak pergi sana?”
Aidil tak jawab dulu. Peluh penuh di dahi Adib, dikesat dengan tuala good morning yang setia disangkut pada leher sejak mereka mulakan tugas mengopek kelapa tadi. “Bulan depan. Insha-Allah.”
“Bulan depan!?” Daya kekuatan dari tangan Fatehah yang tengah tarik sabut kelapa berkurang terus. Lemah jadinya. Dia lempar kelapa yang separuh dikopek itu ke tanah. Fokus diberi sepenuhnya kepada Aidil. “Hang biaq betui?”
Wardah yang duduk di atas beranda terus capai daun kelapa sebelum direnyok-renyok daun itu dan dilontar tepat ke muka Aidil. “Kau dah buat semua orang tak tenang tau tak?” Marah dia, menjeling tajam si sepupu. Sejak minggu lepas lagi bila Aidil ada bagitahu dia pasal lelaki itu dah buat keputusan nak sambung belajar dekat England, dia terus marah Aidil sampai hari ni. Mana ada Aidil berbincang dengan dia pun pasal hal ni. Padahal dia selalu je jumpa dengan Aidil tapi tak ada pulak Aidil buka topik tu. Punyalah terkejut yang si Aidil nak pergi sambung belajar dekat luar negara sana tu. “Buat hal taknak berbincang dengan kitorang dulu. Ikut kepala dia je!”
Aidil tarik nafas sekejap sebelum dilepas bebas. “Aku bukan taknak berbincang dengan korang dulu. Aku cuma tak tahu macam mana nak bagitahu. Lagipun aku dapat full scholarship. Rugi kalau tak ambek peluang ni.”
“Sebelum tu kau tak pernah pun cakap pasal hal ni dengan kitorang.” Wardah masih tak puas hati. Seingat dia, Aidil memang tak pernah bagitahu dia pun pasal hal nak pergi England bagai.
“Aku minta maaf.” Aidil mengomel perlahan.
Aswad tepuk bahu sepupunya itu. “Awat nak minta maaf pulak? Hang nak pi sambung belajar kan. Bukannya hang saja-saja pi sebab meluat dekat kami ka apa. Benda baik kot sambung belajar.”
“Betul la, Dil. Hang takyah rasa bersalah.” Adib tumbuk bahu Aidil, perlahan. “Hang Wardah! Yang nak menyinga sangat ni pasai apa? Biaq la dia nak pi sambung belajar dekat England pun. Kan benda bagus tu.” Sambung Adib bila muka Wardah dipandang.
“Memanglah benda bagus. Tapi aku geram sebab dia tak bagitahu awal-awal. Wei, dia lepak dekat rumah aku dekat sebulan kot. Dalam banyak-banyak hal kitorang borak, takde langsung dia borak pasal nak sambung belajar bagai ni. Benda lain dia cerita. Benda ni dia tak cerita. Siapa tak geram?” Wardah merengus di hujung ayat. Tak puas hati lagi dengan campakan daun kelapa pada muka Aidil, dia capai pula kelapa yang dah dikupas sabut.
“Whohoaa!!!” Aidil terus tutup muka dengan tangan. Dia lari bersembunyi di belakang Aswad. “Jangan jadi gila Wardah. Itu bukan main-main punya sakit. Mahu berkecai muka aku kalau kena baling dengan kelapa tu.”
“Wardah! Hang ni pun la... Bawak mengucap boleh dak?” Aswad ikut cuak. Boleh jadi kalau Aidil yang tak kena, dia pulak yang jadi mangsa.
“Aku geram gila dengan budak Aidil ni tau tak?”
“Tahu hang geram. Tapi jangan sampai nak pecahkan muka sepupu sendiri wei.” Aswad telan liur.
“Bulan puasa kot ni. Hang kena bawak bersabar.” Fatehah mencelah, cuba meredakan marah Wardah. Belakang gadis itu digosok perlahan.
“Macam mana aku tak...” Ayat dia mati bila nada dering tanda ada pesanan yang baru masuk pada smartphone dia. Dikerling sekejap pada skrin. “Fitri.” Maklum dia kepada yang lain. Pesanan itu datangnya itu dari Fitri.
“Dia sampai malam nanti.” Fatehah turut membaca pesanan ringkas itu.
“Alhamdulillah.” Wardah menyeru lega.
Aswad gelengkan kepala tiba-tiba. “Yang tu lagi sorang!” Bentak dia tiba-tiba. “Esok nak raya hari ni baru nak balik kampung.”
“Nak buat macam mana... Dah tiket balik awal habis.” Fatehah masuk, membela Fitri.
Aswad gulingkan biji mata. “Takkan tiap-tiap tahun tiket bas habis awal? Dah tiga tahun raya kot, Fitri sampai rumah malam raya.”
Wardah dan Fatehah terdiam. Tak tahu nak jawab apa. Sebenarnya walaupun tak diakui oleh Fitri, mereka berdua dapat agak kenapa Fitri sengaja balik lewat setiap kali nak sambut hari raya puasa.
Aidil terus diam, kunci mulut dari keluarkan sebarang bunyi. Hati dia jadi berdebar tiba-tiba bila nama Fitri menjengah gegendang telinga.
Adib yang sedang habiskan kopekan pada kelapa yang terakhir, tanpa memandang muka Aidil dia ajukan satu soalan. “Walaupun sejak kita habis sekolah then sambung belajar dekat lain-lain tempat yang buatkan kita jarang sangat nak berjumpa macam ni kecuali time raya ja, tapi aku boleh perasan ada yang tak kena antara Fitri dengan...” Berhenti sekejap sebelum menoleh memandang Aidil. “... hang Aidil.”
Aswad berdehem, mengangguk setuju dengan telahan Adib. “Aku sebenarnya dah lama nak tanya. Tapi masa untuk tanya tu tak kena. Bila kita lepak ramai-ramai macam ni, aku boleh nampak yang hang dengan Fitri macam tak bertegur sesama sendiri. Hangpa dua dah tak macam dulu. Kalau dulu selalu ja bergaduh macam kucing dengan tikus. Tapi sejak dua tiga tahun ni, hangpa tak bercakap langsung.” Aswad pandang muka  Aidil dalam-dalam. “Apa yang yang tak kena dengan hang dan Fitri, Dil?”
Aidil nampak tersentak sikit bila Aswad dan Aidil ajukan soalan itu pada dia. Lama dia diam sebab tak tahu nak jawab apa. Dia juga perasan yang mata Wardah dan Fatehah kini dah macam laser hampir nak tembus muka dia.
Bila Aidil diam macam tu, Adib palingkan muka ke arah dua gadis yang masih merenung Aidil macam nak telan. “Hangpa ada tau apa-apa pasal ni?”
Fatehah buat muka malas layan ditujukan kepada Aidil.
Wardah hanya jawab dengan rengusan kuat.
Jelas sekali yang kedua-dua mereka memang sedang geramkan si Aidil.
“Tehah, Wardah. Apa dia?” Suara yang penuh dengan nada ingin tahu itu milik Aswad.
***
“Kau suka aku, Fitri?”
Muka Fitri jadi pucat. Terketar-ketar dia di situ menghadap muka dan soalan dari Aidil. Diari kecil warna merah kepunyaan dia masih berada di dalam genggaman Aidil. Satu demi satu helaian diari itu diselak oleh Aidil.
“Fitri... K-kau... Sejak bila kau simpan gambar-gambar aku dalam diari ni?” Tangan dia bergerak lagi.
“Aidil...” Suara Wardah bergetar, menahan rasa. Bila tengok muka Fitri yang macam mayat hidup itu buatkan dia jadi sebak tiba-tiba. Rahsia yang selama ini Fitri simpan kejap-kejap dari pengetahuan Aidil, sudah terbongkar.
“Kau diam, Wardah! Aku nak dengar sendiri dari mulut Fitri.”
Tersentak sekejap dengan tengkingan Aidil yang sederhana kuat itu, Wardah terus diam. Tapi muka dia nampak sangat cemas. Bergilir-gilir Aidil-Fitri dipandang.
Aidil nampaknya tak jemu nak selak benda di tangan. Berdebar campur bengang perasaan dia sekarang ni bila setiap bait-bait ayat yang ala-ala romantik penuh puitis yang Fitri tulis dekat ruang kosong yang ditampal gambar-gambar dia. Ayat-ayat yang dah jadi bukti yang sangat kukuh kepada soalan dia tadi tu. Ayat-ayat itu dah membuktikan yang selama ni Fitri memang ada ‘pandang’ Aidil lebih dari seorang sepupu dan saudara.
“Apa ni Fitri? Macam mana kau boleh terfikir nak tulis ayat-ayat macam ni? Macam mana kau boleh terlintas nak suka aku? Kau sedar tak yang kita ni sepupu? Walaupun bukan sepupu yang ada hubungan darah daging tapi aku memang tak boleh terima pasal ni. Pasal kau suka aku lebih dari sepatutnya.” Jelas ada riak tak puas hati dan jijik pada wajahnya masa ni. “Ilmi Fitriah… Kenapa? Kenapa?” Diari merah itu ditutup rapat. Aidil genggam anak rambut. Dia nampak sangat serabut sekarang ni. Sesungguhnya berita itu sangat sukar untuk diterima. Serta-merta cara dia pandang Fitri sekarang ni dah berubah. Dari mesra dah jadi macam Fitri tu orang luar. “Kau yang aku dah anggap macam adik sendiri. Kau yang aku memang aku anggap macam darah daging sendiri. Kau yang…” Dia tak dapat nak sambung ayat. Lidah dia jadi kelu. “Fitri… Fitri… Kenapa...?”
Wardah dah yang tahan sebak sejak tadi, kini sudah lepaskan air mata. Fitri yang dah berkaca matanya direnung penuh simpati. Dia tahu Fitri sekarang ni tengah tahan air mata dari keluar. Gadis itu hanya diam membisu sambil merenung kosong ke arah katilnya. Sedaya upaya dia elak pandangan dia dari bertembung dengan Aidil mahupun Wardah.
“Aku mintak maaf Fitri. Tapi semua ni betul-betul mengarut! Aku tak dapat terima. Aku tak boleh terima. Aku mintak maaf jugak sebab aku rasa mulai hari ni aku tak boleh nak pandang kau dengan cara yang sama lagi. Kau bukan lagi Fitri yang aku kenal. K-kau bukan…”
“Cukup Aidil!” Suara Fatehah bergema di situ. Mematikan suara Aidil. Dia yang baru muncul dari dapur sempat menyaksikan apa yang sedang berlaku sekarang ni. Dia bergegas ke arah Aidil. Dengan kasar, diari merah milik Fitri itu dirampas. “Apa hak hang sentuh barang privacy orang?”
“Kau pun tahu?” Aidil perasan yang Fatehah tak terkejut langsung dengan rahsia perasaan Fitri pada dia yang baru saja bocor.
Bagai ada cahaya api yang membara cara renungan Fatehah pada Aidil. “Memang aku tau. Wardah pun tau. Kami dah lama tau!”
Hal itu Fitri pernah luahkan pada dia dan Wardah sejak mereka tingkatan tiga lagi. Masa tu mereka bertiga sedang lepak sambil cerita pasal crush masing-masing. Sampai saja giliran Fitri, Wardah dan Fatehah terus mati senyum. Tak berkelip mereka tenung muka sepupu yang sorang tu dengan pandangan tak percaya. Fitri cakap dia suka Aidil dalam diam. Susah jugak nak terima, tapi lama-lama mereka kena biasakan dengan hal itu. Akhirnya, kedua-dua gadis itu jadi penyokong Fitri yang setia. Rahsia Fitri itu disimpan kemas. Aidil, Aswad dan Adib pun tak tahu sampailah hari. Rahsia besar Fitri dah bocor. Dengan Aidil sendiri pulak tu!
“Korang dah lama tahu? Tapi kenapa korang tak suruh je Fitri berhenti dari berangan benda bodoh ni. Kenapa tak nasihatkan dia buang perasaan bodoh tu dekat aku? Kenapa…”
“Aidil!” Fatehah dan Wardah bergabung suara. Terkejut dengan jenis soalan yang dilontarkan oleh Aidil itu.
“Mind your language!” Tengking Wardah.
“Hang sedar dak apa yang cakapkan ni? Hang sedar dak, Aidil!?” Fatehah meletup lagi. Mata dia juga ikut berkaca.
“Ini memang benda bodoh eh, Dil?” Akhirnya suara Fitri pecah juga. Walaupun muka dia sekarang ni sedang berkerut tahan nangis, tapi suara dia kedengaran tenang. Fokus tiga kepala tu kini tepat dialihkan ke muka dia. “Aku baru tahu yang perasaan aku dekat hang ni rupanya bodoh. Aku bodoh sangat kan? Aku patutnya sedar diri dari awal. Aku patutnya jangan terbang tinggi sangat naik ke langit sebab nanti aku tak sedar diri dan tak berpijak di bumi yang nyata lagi dah.” Diam sekejap sedut nafas. Kawal sebak yang dah menindih dada. “Aku tak pernah minta perasaan ni wujud, Dil. Aku tak pernah minta hang balas pun perasaan bodoh ni.” Senyum hambar walaupun susah nak disungging. “Jangan risau. Aku akan cuba sedaya upaya untuk buang perasaan bodoh ni. Aku mintak maaf banyak-banyak sebab suka hang lebih dari sepatutnya. Aku minta maaf sebab tak sedar diri. Aku minta maaf sebab dah buat hang serabut sampai macam ni. Dan aku minta maaf untuk apa yang akan jadi dengan kita lepas ni. Aku minta maaf, Aidil.” Habis ja ayat terakhir tu, Fitri terus melangkah keluar dari bilik dia.
“Fitri!”
***
Aidil yang memanggil Fitri dibuat tak endah. Masih terbayang depan mata dia muka Fitri yang pucat itu. Masih jelas di bayangan air mata yang jatuh di pipi gadis itu sebelum dia berpaling meninggalkan biliknya pada malam tu. Dan dia tak sangka Fitri terus berjalan pergi malam tu tanpa berpaling balik ke arah dia sampailah hari ni. Sampai hari ini Fitri dah tak pernah berpaling ke arah Aidil. Kalau mereka bertembung, Aidil akan dibuat macam halimunan saja. Dan seboleh mungkin Fitri akan mengelak dari berada dekat dengan Aidil.
“Patutlah hangpa dua dah tak macam dulu.” Komen pertama Adib lepas dengar cerita dari Wardah dan Fatehah.
“Hang cakap macam tu dekat Fitri, Dil? Gila gamak!” Aswad menggeleng kesal. Ada juga rasa geram dengan perbuatan Aidil pada Fitri beberapa tahun yang lepas tu.
Aidil tundukkan kepala. “Aku tau aku bodoh masa tu.”
“Tahu pun!” Wardah-Fatehah membentak serentak.
“Aku tau aku salah buat Fitri macam tu.”
“Sedar pun!” Sekali lagi dua suara bergabung.
“Aku ni teruk kan?”
“Memang teruk pun!!!”
“Haih!” Aswad terus tutup kedua-dua telinga tak tahan dengan pekikan lantang dari Wardah-Fatehah itu. “Bisinglah! Macam tebuan betul!”
“Hangpa dua pi naik atas tolong maktok bukak daun palas lagi baik dari dok menyinga ja dekat sini.” Saran Adib. Bahu Fatehah dan Wardah ditolak-tolak perlahan.
“Aku membara betul dengan budak Aidil ni!” Jegil Wardah.
“Macam nak ja sepak hang masuk bendang tokwan!” Fatehah berkata lepas tu.
“Dah la tu. Pi naik atas cepat!” Adib bertindak sebagai penenang keadaan. Wardah dengan Fatehah kalau marah memang sangat dahsyat! Boleh jadi esok Aidil tak raya.
“Nasib baik ada diorang. Kalau tak…” Wardah tuding jari tepat ke hidung Aidil.
“Kalau dak hang memang dah kena…” Fatehah tak habiskan ayat. Dia tunjuk simbol ‘pancung’ pada lehernya dekat Aidil.
“Mafia sungguh la budak-budak ni. Dah! Pi naik atas cepat! Biar kami ja yang kemas sabut-sabut ni.” Aswad tolong Adib tolak bahu kedua-dua gadis yang tengah menyinga itu kuat-kuat.
“Nak naiklah ni!” Marah Wardah, ditempiaskan dekat Adib dan Aswad pula.
“Takyah la tolak!” Fatehah tepis tangan Adib dan Aswad dari bahu dia.
Laju Adib-Aswad kalih muka pandang Aidil.
“Kami pulak yang kena marah!” Bentak Aswad pada Aidil.
“Ni semua sebab hang!” Adib juga masuk ‘line’. Marahkan si Aidil.
Gara-gara kena sembur dengan dua orang ‘tebuan betina’ itu, Aswad dan Adib jadi geram pada Aidil.
Aidil yang mendapat pandangan super tajam dari empat pasang mata, terus kaku di situ. Air liur yang cuba nak ditelan terasa payah.
“Haish!!!”
“Auchh!!!” Aidil menggelupur lepas rambut dia kena tarik kuat dengan Wardah sebelum sepupunya itu berpaling dan panjat anak tangga kayu naik masuk ke dalam rumah.
“Padan muka!” Ejek Fatehah yang membontoti Wardah dari belakang. “Oh ya. Aku lupa nak bagitahu hangpa satu benda.” Langkah dia terhenti. Toleh belakang balik cari muka Aidil-Aswad-Adib.
“Apadia?” Tiga suara bertanya serentak.
“Kenal dak Zaki?”
Adib berfikir tiga saat. “Anak Pak Leman yang taukeh getah tu ka?”
“Haah.”
“Awat dengan dia?” Aswad pelik bila nama si Zaki tu tiba-tiba meniti di bibir Fatehah. Budak Zaki tu sebaya dengan mereka. Satu sekolah tapi tak sama kelas dengan Fatehah-Fitri-Aswad-Adib. Memang dari zaman sekolah rendah dulu lagi Zaki sukakan si Fitri. Tapi tak sangka pula perasaan tu dia bawa sampai mereka dewasa macam ni.
Kali ni tenungan Fatehah jatuh pada mata Aidil. “Dia dah merisik Fitri.”
“Apa!?” Aswad-Adib ternganga.
Aidil pandang Fatehah tak berkelip. Ada riak terkejut di muka dia.
“Zaki nak datang meminang Fitri raya ke dua nanti.” Maklum Fatehah lagi.
“Fitri tahu?” Soalan itu dari Aswad.
“Fitri setuju?” Soalan itu dari Adib pula.
Fatehah masih tajamkan renungan dia pada mata Aidil. “Tahu. Tapi dia belum bagi jawapan lagi.” Dia silang tangan pada dada. Berpeluk tubuh. “So guys, marilah kita sama-sama pujuk Fitri terima pinangan Zaki tu. Lagipun budaknya baik. Kerja pun bagus. Yang penting, aku percaya dia takkan sakitkan hati Fitri macam sorang hamba Allah yang paling heartless dalam dunia tu la.” Lepas luahkan ayat-ayat sinis yang jelas dituju untuk Aidil itu, Fatehah terus berpusing masuk menghilangkan diri ke dalam rumah. Lantai rumah tokwan yang dibuat daripada kayu itu bergegar dengan hentakan kaki Fatehah.
“Hamba Allah tu hang ka, Dil?” Aswad tengok je muka Aidil yang terdiam seribu bahasa tu.
Adib tepuk bahu Aidil. “Jangan ambek hati dengan mulut puaka tebuan-tebuan tu. Aku mohon hang bertabah.”
Aidil kekal terkedu dan hanya menundukkan kepala, merenung kaki sendiri. Dalam banyak-banyak ayat yang ditembak oleh Fatehah itu, hanya satu ayat yang melekat di dalam hati. Dalam hati yang paling dalam pulak tu. Dan ayat tu berjaya buatkan dia jadi tak tenang dan rasa cuak tiba-tiba.
Zaki nak datang meminang Fitri raya ke dua nanti.”
“Zaki nak datang meminang Fitri raya ke dua nanti.”
“Zaki nak datang meminang Fitri raya ke dua nanti.”
“Zaki nak datang meminang Fitri raya ke dua nanti.”
“Zaki nak datang meminang Fitri raya ke dua nanti.”
Berlegar bebas ayat itu berulang kali di kepala otak dia. Cuba dihalau pergi tapi gagal. Suara Fatehah tetap juga terngiang-ngiang di telinga. “Haish!!!”
Terlepas kelapa dari tangan Aswad bila Aidil tiba-tiba meramas rambut dan menghentak kaki kuat-kuat. “Hang pasai pa?”
“Kan aku dah cakap jangan ambek hati.” Celah Adib.
“Haishhhh!!!” Kata-kata Adib dan Aswad diabaikan. Aidil teruskan dengan gaya sawan kerbau dia tu.
***
DAH desperate sangat ke belum habis study dah fikir nak kahwin dengan si Zaki tu?” Lepas je keluar soalan tu, Aidil gigit lidah. Mula rasa bersalah. Lain yang dirancang lain pulak yang dibuat. Asalnya dia nak cakap baik-baik dengan Fitri. Tapi nada dan jenis soalan dia tu macam tak kena je. Macam tak berapa nak baik.
Fitri yang sedang cuci pinggan terkesima hebat. Mana taknya. Dah dekat tiga tahun kot dia dan Aidil tak bercakap. Tiba-tiba malam ni Aidil datang bercakap dengan dia.  Dia boleh yakin yang soalan itu memang untuk dia sebab memang tak ada sesiapa di situ selain dia dan Aidil. Aidil bertanya tapi dia tak rasa nak menjawab. Fitri hanya diam. Buat macam Aidil halimunan.
“Aku tanya kau, Fitri.”
Diam. Span dicelup dalam air sabun sebelum digosok pada bontot kuali yang besar yang dia baru ambil dari dalam setor tokwan yang akan digunakan untuk masak rendang ayam kejap lagi.
Pejam mata dua saat. Fitri buat macam dia bercakap dengan tunggul. Dan dia jadi geram dengan telatah gadis itu. “Aku cakap dengan kau, Fitri.”
Diam lagi. Kuali yang dah digosok dengan air sabun itu, dibilas sampai bersih.
Aidil makin bengang. Pantas kuali yang dipegang Fitri, dirampas. “Ilmi Fitriah! Aku tengah cakap dengan kau sekarang ni!”
“Kalau aku nak kahwin dengan Zaki pun hang peduli apa!?” Cuba ditahan dari bercakap dengan Aidil tapi Fitri gagal bila lelaki itu betul-betul menduga kesabaran dia. “Aku tak kacau hang pun!”
“Tak boleh!” Aidil bidas balik.
“Apasal pulak?” Mata Fitri terjegil garang. Lepas tiga tahun tak bertentangan mata dengan Aidil, akhirnya malam ni dia lawan balik renungan si Aidil membahang itu.
Terkedu sekejap bila Fitri tengok mata dia. Aidil telan liur. “Se-sebab...sebab kau dah suka aku, kau tak boleh kahwin dengan orang lain.” Tergagap-gagap dia mengatur ayat. Rasa malu pun ada bila cakap macam tu. Macam syok sendiri!
Heh!” Fitri tergelak sinis. “Nampaknya hang dalam khayalan lagi, Dil. Itu hal dulu. Hal tiga tahun lepas. Boleh tak hang jangan ungkit lagi? Sebab sekarang ni rasa suka tu dah tak ada! Dah kosong!”
Aidil menggeleng lagi laju dengan pengakuan itu. “Tak boleh!” Bentak dia sambil tepuk kabinet sinki kesayangan maktok, geram.
“Apa pulak tak boleh!?” Naik berang dia bila Aidil sejak tadi tak jemu-jemu mengundang amarahnya.
“Tak boleh sebab sekali kau dah suka aku, kau kena suka sampai bila-bila.” Dengan muka paling yakin dalam dunia, Aidil lontarkan suara. Lantaklah kalau Fitri nak kata dia muka tak malu ke apa. Yang penting dia dah luah apa yang dia rasa. Betul! Fitri dilarang sama sekali untuk suka orang lain bila dia dah pernah suka Aidil. Titik!
Tahap dia punya tergamam makin meningkat. Ikut dan Aidil je nak buat peraturan. Lelaki tu fikir dia siapa? “Dah la, Dil. Malas nak layan hang. Malam-malam raya nak tunjuk sewel. Aku ada banyak lagi benda yang nak dibuat.” Balas Fitri. Dia tutup pili air sebelum berpaling dan berkira untuk berlalu dari situ. Yang sebenarnya dia tengah tahan sebak. Tak tahu kenapa, dia rasa dada dia sempit. Hidung sakit. Mata panas. Kalau lagi lama dia berdiri depan Aidil, boleh jadi lelaki itu akan dapat tengok air mata dia. Dan dia tak mahu hal itu berlaku.
“Aku mintak maaf.”
Langkah Fitri mati.
Dada dia rasa mampat. Kepala dia rasa berat ada satu beban yang besar yang belum dia buang lagi dari dalam kepala. “Apa yang aku cakap dekat kau tiga tahun lepas, aku mintak maaf. Sebab kau jauhkan diri dari aku, aku minta maaf. Kita jadi macam ni, aku minta maaf.”
Tubuh Fitri tegak atas lantai yang dipijak.
Beban itu dah dimuntah keluar. Segala rasa bersalah dia, dia dah akui pada Fitri. Dan Aidil mula rasa lega sikit. Dah bertahun ungkapan maaf tu nak diucapkan pada Fitri, tapi dia tak tahu macam mana. Sekarang, apa yang dia pendam dah diluahkan. “Aku nak pergi England next month.”
Ayat-ayat yang diatur Aidil baru sekejap tadi masih lagi dicerna, dia terima pula ayat yang baru. Ayat yang buatkan Fitri kejung di situ.
 “Sambung study.
Sepi. Tunggu apa ayat-ayat yang seterusnya.
 “Mungkin dalam empat lima tahun macam tu.”
Diam tak berkutik. Memang dia tak menoleh, tapi telinga dia jelas dengar setiap ayat yang keluar dari mulut Aidil.
Tarik nafas dalam-dalam sebelum dilepas bebas. “Fitri… tunggu aku?”
Soalan itu buatkan Fitri pejam mata rapat-rapat.
“Tunggu aku... Ilmi Fitriah. Sebab... aku pun ada rasa yang sama...” Kata Aidil lagi sebelum menapak melintasi Fitri keluar dari dapur.
Belakang badan Aidil direnung sampai hilang dari pandangan. Fitri dah tak mampu nak tahan sebak lagi. Air jernih berpusu-pusu keluar dari mata. Terketar-ketar bibir dia bila dia nak keluarkan suara. “Aku tak pernah tak tunggu hang, Aidil.”


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

P/S:- Alhamdulillah habis sudah cerpen yang tergantung 2 tahun lebih ni. (Lega betul rasanya) ^_*. Minta maaf untuk jalan cerita yang saaaangat klise. Zarith Natasha memang dah miskin idea. Huhuuuu.

Sebenarnya ada cerita disebalik terbengkalainya cerpen ni. Nak tau tak, cerpen ni ada watak dan jalan cerita yang hampir sama.  Ada watak-watak dalam cerpen ni sebenarnya wujud dan PERNAH wujud dekat muka bumi ni. Kebanyakan situasi dalam cerpen ni,latar belakang, jenis hubungan persaudaraan sesama watak adalah separuh real *Tapi kisah cintan cintun tu tak real tau. Menambah je*. Saya sayang semua sepupu saya tapi ada watak yang paling saya sayang (arwah sepupu saya... Yang paaaling baik dengan saya. Paaaaaling memahami saya. Yang sama umur. Sama tarikh lahir *Saya dilahirkan pada waktu subuh dan arwah dilahirkan waktu malam 30 Jan 1989 tu*) sebenarnya dah pergi jauh tinggalkan saya dua tahun yang lepas. Pemergiannya sangat secara tiba-tiba. Buatkan semua terkejut. Tapi tak apa, kami terima dan redha. Allah dah tulis yang dia akan pergi dulu kan? Ya, saya terima. Kami sepupu-sepupu yang lain juga redha walaupun kurang sorang dari ahli group  'couzie line89'. Kami redha. Al-Fatihah untuk arwah. 

Kalian, thanks for keep reading and following my blog. Love you. Muahhh!!!

Monday, July 18, 2016

Cerita Cinta Si Aidil Fitri (Part 2)

Aidil-Fitri 2003

“NAH.” Segulung poster dihulur pada Fitri.

            “Hang beli dekat aku!?” Fitri rasa teruja. Pesanan yang dia buat pada Aidil masa budak lelaki itu pulang cuti sekolah dua bulan lepas, kini dah ada depan mata. Gulungan poster yang diikat getah sayur dirungkai. “Empat!?” Rasa teruja itu bertambah lagi dari level lima ke level sepuluh. Gulungan dibuka besar-besar. “Kumpulan F4!!!” Jeritan bergema di situ sebaik saja empat wajah pada poster itu muncul di mata dia.

            Aidil tutup telinga. Bingit dengan jeritan pontianak si Fitri. “Bising lah!”

            “Vic Zhou! Vic Zhou! Hensem gila. Gila hensem. Hensemnya! Hensemnya! Hensemnyaaa!!!” Muahh! Muahh! Bertalu-talu ciuman melekat di pipi Vic Zhou dalam poster tu. Vic Zhou Yu Ming. Ahli kumpulan F4. Kumpulan penyanyi yang sangat popular dari Taiwan. Ada empat orang lelaki semuanya. Lagi tiga tu Jerry Yan, Ken Zhu dan Vanness Wu. Dia mula kenal dan minat dengan kumpulan ini lepas dia tengok lakonan kesemua mereka dalam drama taiwan yang bertajuk Meteor Garden. Tapi dalam mereka berempat, watak dan kekacakkan Vic Zhou yang paling buat dia jatuh cinta. Ya, jatuh cinta pandang pertama. Jatuh cinta sampaikan dah berkotak-kotak barang yang berkaitan dengan ahli kumpulan itu dia buat koleksi. Poster, sticker, kad nama, plastik tisu, fail, beg duit dan banyak lagi lah yang berkaitan dengan F4 dia kumpul.

            “Seram betul kau ni, Fitri. Apa yang hebat sangat dengan budak- budak tu pun tak tahu lah.” Pelik betul Aidil dengan telatah luar alam si Fitri. Meroyan lain macam pulak dia. Sejak dia pulang ke KL dua bulan lepas, Fitri tak jemu-jemu telefon dia mengingatkan pasal poster ahli kumpulan itu. Selang sehari, panggilan dari Fitri dia mesti terima. Dia dipaksa berjanji dan bersumpah untuk menunaikan permintaan gadis itu.

            “Budak-budak hang cakap?” Terbuntang mata dengan dengan ayat yang keluar dari bibir Aidil. “Depa ni tua dari kita kot.” Bagitahu dia lagi. “Hensem gila kan, Dil? Aku memang dah tangkap cinta dengan abang Vic ni. Hang tau dak nama manja dia apa?”

            Aidil tunjuk muka bosan. Sampai ke nama manja pun dia tahu? “Apa dia?” Kang tak dilayan tarik muka pulak.

            “Zai Zai.”       

            Erkk? “Zai Zai? Apakah jenis nama tu? Tak market langsung. Boleh femes ke dengan nama macam tu?”

            “Hang jangan nak hina boyfriend aku!” Sempat satu tamparan dihadiahkan pada Aidil. Kan dah tak semena-menanya kena penampar puaka aku.

            Menyeringai perlahan si Aidil. “Tahap kronik dah kau punya fanatik ni Fitri. Pergi siap cepat. Aku nak bawak kau pergi berubat. Kalau dibiar lama lagi, makin teruk jadinya.”

            Papp! Sekali lagi tanpa sempat Aidil elak, tamparan puaka Fitri melekat lagi. Kali ni betul-betul dibelakang badan dia. “Benak aku nanti siap kau!”

            “Sapa suruh hang mengata aku sangat? Lagi satu... jangan nak pandai-pandai mengutuk abang-abang kesayangan aku ni.” Ugut Fitri sambil menuding jari tepat ke muka Aidil.

            “Ceh! Abang-abang kesayangan lah sangat.” Aidil buat hidung kembang. Mengejek kata-kata si Fitri. “Kau je yang tergila-gilakan diorang. Diorang tu langsung tak kenal kau. Kau wujud dekat muka bumi ni pun diorang tak tahu.”

            “Biar la. Asalkan depa hensem.”

            Aidil ternganga. Teori Fitri pasal kumpulan F4 tak sedar akan kewujudan Fitri di dunia ni dengan mereka hensem dia cuba padankan. Macam tak kena aje. Tak berkait langsung. “Fitri, kalau aku dengan Zai Zai tak market kau tu jatuh sungai, mana satu yang kau akan selamatkan dulu?”

            “Zai Zai pastinya.” Tanpa berfikir, Fitri terus bagi jawapan.

            Prakk! Bunyi hati remuk. Ya, hati Aidil yang remuk. “Sampai hati betul kau jawab macam tu kan?”

            “Sampai.”

            “Kalau aku dengan Zai Zai tak market tu sesat dekat Malaysia, kau nak selamatkan siapa dulu?”

            “Zai Zai.”

            Kecik hati betul aku dengan budak Fitri ni.

            “Kalau aku dengan Zai Zai tak market tu kena serang dengan orang gila, kau nak selamatkan siapa dulu?”

            “Zai Zai.”

            Aidil jadi panas. Semua soalan dia tanya, lebih positif jawapannya ke arah Zai Zai. “Kau tak sayang aku ke, Fitri? Asyik Zai Zai tak market tu je yang kau lebihkan. Sampai hati kau buang aku kan? Habis sepah, madu dibuang. Sampai hati kau.”

            Dan buat yang kesekian kali, penampar puaka Fitri melayang lagi. Melayang dan hinggap kejap di belakang Aidil.

            “Sakitlah Fitri. Kalau nak bagi penampar, tak pulak kau pilih Zai Zai sepet tak market tu.” Protes Aidil. Terkial-kial tangan menggosok belakang tubuh.

            “Sapa suruh hang tanya soalan-soalan bongok? Merepek gila. Buat apa aku nak selamatkan hang kalau hang terjun sungai? Hang kan pandai berenang. Apa guna hang dok pi belajar kelas berenang? Kalau pasal sesat dekat Malaysia tu, wajiblah aku pilih Zai Zai. Dia kan orang Taiwan. Mana tau jalan-jalan dekat negara kita ni. Hang tu yang duduk Malaysia. Warganegara pun Malaysia. Boleh cari jalan balik sendiri apa. Banyak merata saudara mara kita kat dalam Malaysia ni. Telefon ajelah mintak tolong. Pasal kena serang dengan orang gila. Aku tau hang ada taekwando. Sebab tu lah aku pilih nak selamatkan dia. Tu pun nak kena habaq ka? Sensitif tak bertempat pulak dia. Urghh!!! Bagi penampaq puaka lagi sekali baru hang tau.” Marah Fitri berjela. Tangan diangkat tinggi di depan muka Aidil.

            “Jangan Fitri! Jangan. Cukuplah benak aku ni. jangan ditambah lagi.” Kalut-kalut Aidil bersuara. Tangan Fitri ditepis lembut. “Tapi aku ada lagi satu soalan.” Tak serik lagi rupanya si Aidil ni.

            “Hang tanya benda tak masuk akal lagi, siap hang na! Apa dia?”

            “Aku dengan dia, siapa lagi kau sayang?”

            Terdiam dia di situ. Hati tiba-tiba terasa terkena panahan arjuna. “Aku tak jawab soalan bongok macam tu!” Balas Fitri. Riak muka dia kawal ketat-ketat.

            “Alaa Fitri...”
***

Aidil-Fitri 2004

ARJUN Rampal pulak dah!” Aidil menggeleng laju. “Hindustan betul la kau ni.” Dengan gagang yang masih melekat pada telinga, Aidil membebel. “Kejap Taiwan. Kejap Filipina. Kejap Korea. Sekarang Hindustan pulak.”

            Poster Vic Zhou, Jericho Rossales, Jang Dong Gun dan Arjun Rampal yang tertampal di keliling dinding bilik dia direnung silih berganti. Tersenyum senang dia bila wajah-wajah si peneman tidur mengaburi ruang mata. “Aidil please... Hang balik kampung kan cuti sekolah ni? Alang-alang hang nak balik tu, apa kata hang tolong carikan aku poster Arjun Rampal yang besar gedabak? Aku dah ada. Tapi kecik sangat. Tak puas nak tenung. Kat KL tu mesti banyak kan?”

            Wayar gagang telefon dipintal-pintal. Memikirkan dekat mana tempat yang akan dia pergi untuk dapatkan poster yang diminta oleh Fitri. “Tengok ah cemana. Aku try cari. Tapi kalau tak jumpa...”

            “Kalau tak jumpa aku takmau kawan dengan hang lagi!”

            Kejung dia disitu dengan ugutan Fitri. “Tengok! Kau sanggup ketepikan aku sebab Arjun Gempal kau tu?”

            “Rampal okay. Arjun Rampal. Yang gempal tu hang. Jangan nak mengutuk pujaan hati aku na. Buboh penampaq puaka sat lagi kot.”

            “Nak mintak tolong oghang. Tapi nak boh penampaq pulak. Banyak cantik muka hang.”

            Tawa Fitri tiba-tiba meletus. Loghat utara yang dipraktik si Aidil menggelikan perut dan telinga dia. “Hang toksah dok cakap Kedah la Dil. Dah macam bahasa German aku dengar.”

            Sebab tulah Adib dan Aswad melarang tegas-tegas si Aidil dengan Wardah dari bercakap dalam loghat utara dengan mereka. Sebabnya sungguh mereka tak dapat nak tahan gelak bila mendengarnya. Bila diketawakan, terus dua-dua tarik muka masam. Dah jadi satu hal nak kena memujuk pulak.

            “Aku tau aku tak fasih bahasa utara. Tapi jiwa aku ni... semangat tegar utara tahu?” Aidil tepuk dada dengan penuh bersemangat. Padahal Fitri diseberang talian sana bukan boleh nampak perbuatan dia pun.

            “Ha... Betoi la tu. Aku percaya.” Balas Fitri. Malas nak bergaduh lagi. Budak Aidil tu bukannya tahu nak mengalah. “Hang jangan lupa tau. Hang kena cari sampai jumpa jugak.”

            “Kalau tak jumpa?”

            “Jawapan masih seperti tadi. Muktamad!”

            “Apa lebihnya Arjun Rampal tu dari aku?” Sebab tak puas hati sangat, Aidil lontarkan soalan serupa itu.

            “Dia kacak.”

            “Aku dua kali ganda kacak dari dia.”

            Fitri mencebik. “Toksah dok perasan la, Aidil.”

            “Bukan perasan. Tapi ni kenyataan.” Aidil buat perangai masuk bakul angkat sendiri.  “Fitri... Aku ada satu soalan.”

            Mendengar suara lembut Aidil itu, Fitri mula kecut perut. Dia risau kalau soalan yang macam tahun lepas berulang lagi, dia nak jawab apa? “Apa dia lagi?”

            “Kalau aku jadi pelakon macam hero-hero pujaan kau tu, kau akan minat aku tak? Nak tak kau gigih kumpul poster aku macam kau kumpul poster diorang?”

            Erkk!? Aku ingat soalan apa la tadi. “Mestilah. Aku akan beli poster kau banyak-banyak lepas tu...”

            “Kau akan tampal dekat siling bilik kau kan?” Celah Aidil dengan rasa teruja.
    
        “Dak lah. Aku akan buat bungkus nasi lemak. Lepastu aku buat alas hidang makanan dari pagi ke tengah hari ke makan malam. Lepas tu aku ulang balik buat benda yang sama untuk hari-hari lepas tu.”

            “Ilmi Fitriah!”
            “Suka sangat tanya soalan bongok!”
***

Aidil-Fitri 2005

KAU biar betul, Fitri. Tak takut kantoi ke?”

            “Takkan punya. Hang jangan la nak takut sangat, Wardah. Kita bukan buat salah pun.”

            “Tak buat salah kau cakap? Seluk periuk time puasa macam ni memang salah kot.” Muka Wardah nampak ketara risau. Dia memang berat hati dan berat kaki nak datang ke dapur bila diajak Fitri tadi. Tapi dia tak mampu nak menghalang kaki dia dari bergerak bila lengan dia ditarik kuat oleh Fitri menuju ke situ. Ke tempat yang dia berdiri ketika ini.

            “Salah untuk orang yang berpuasa. Tapi tak salah untuk orang yang tak puasa macam kita ni. Hang ni... Jangan nak gelabah sangat boleh dak? Buat ajelah. Tadi hang jugak yang merengek mintak makanan. Lapar gila katanya.”

            “Memang la. Tapi kalau kita kantoi karang macam mana? Mati nak kena jawab dengan berpuluh-puluh kepala kejap lagi.” Wardah masih dengan rasa takut dia.

            Melihat telatah Wardah itu, Fitri menghela nafas geram. Tangan Wardah dilepas. “Kalau hang takmau buat, hang pi dok tang depan. Biar aku sorang yang makan. Aku memang lapar sangat dah ni. Tumpang takdak orang ni, boleh la makan. Sat lagi kalau budak-budak kepoh tu balik, takdan nak buat apa dah.” Fitri maksudkan Aidil, Aswad dan Adib. Budak bertiga tu ikut tokwan masuk hutan cari buluh yang nak dibuat lemang. Lusa kan dah nak raya. Mau tak mau, hari ni kena cari buluh siap-siap. Esok malam raya boleh bakar.

            “Maktok mana?”

            “Pi rumah maklong. Alaa.. kalau maktok nampak pun, takdak dia nak marah. Kan aku dah cakap yang kita tak buat salah.” Terang Fitri bagi jelas lagi. Geram jugak dia dengan Wardah yang nampak macam nak tapi takut.

            “Betul ni tak salah?” Wardah tenung dalam-dalam ke mata Fitri mencari keyakinan dan jaminan dari budak perempuan itu.

            "Suka hati hang lah! Yang penting aku nak makan.” Kata Fitri sambil mencapai pinggan dari kabinet. Periuk nasi dibuka. Dua senduk nasi diceduk masuk ke dalam pinggan. Lepastu, dia bawak pinggan ke meja makan. Tudung saji dibuka. Isi lauk pauk yang ada dalam dua mangkuk atas meja tu, betul-betul menambahkan selera dia. Sambal ayam dengan masak lemak pucuk ubi kayu. Dihidu kedua-dua pinggan itu. “Boleh makan lagi ni.”

            “Fitri, aku nak jugak?” Akhirnya Wardah mengalah. Tembok rasa takut dia terus roboh bila melihat Fitri menyuap nasi ke dalam mulut tanpa henti. Terliur gila la dia.

            “Eleh! Takut tapi mahu. Ambek pinggan tu. Meh join aku.” Pelawa Fitri sambil menepuk kerusi kosong disebelah.

            Tak menunggu lama, Wardah buat seperti yang disuruh.

            Dua puluh minit berlalu, selera Fitri dan Wardah masih belum hilang. Nasi dipinggan ditambah lagi buat kali ketiga. Lauk pauk dalam mangkuk hanya tinggal kuah aje. Itu pun mereka dah tanam niat nak habiskan jugak.

            “Woi! Tak puasa!”

            Uhukk!! Uhukk! Dada yang terasa sangat perit ditepuk-tepuk. Fitri tersedak bila bahu dia ditepuk dari belakang. Wardah yang dah pucat muka, terketar-ketar menghulurkan air kepada Fitri. “Kan dah kantoi.” Bisik dia pada budak perempuan itu lagi.

            Fitri meneguk rakus air putih. Dia yang masik terbatuk kecil, melayangkan tangan ke belakang untuk mencapai sasaran.

            Aidil yang perasan akan kedatangan tangan Fitri mengelak dengan bijaknya. “Korang tak puasa ye?”

            “Apa nak jadi ni? Ya Allah...Astaghfirullahalazim....” Panjang Adib beristighfar.

            “Fitri, Wardah... Awat hangpa jadi lagu ni?” Celah Aswad yang berdiri dibelakang Wardah.

            Fitri dan Wardah keras terus di situ. Muka masing-masing dah terasa panas. Malu gila bila kantoi sebab tak puasa. Kantoi dengan budak-budak tu pulak. Mahunya tersebar satu keturunan lepas ni.

            “Aku dah agak. Patutlah korang liat nak ikut kitorang pergi cari buluh lemang. Rupa-rupanya ini rancangan korang. MashaAllah...” Aidil tepuk dahi sambil menggeleng. Geleng kesal kononnya.

            “Dah besaq panjang pun dok buat perangai lagu ni lagi.” Adib tumpang sekaki bagi ceramah.

            Aswad tepuk bahu kedua gadis itu. “Insaflah Wardah... Fitri. Masih ada masa untuk hangpa kembali ke pangkal jalan.”

            “Awat yang dok ghiuh sangat ni?” Dua saat lepas tu, maktok muncul di dapur.

            “Maktok, Fitri dengan Wardah tak puasa.” Kalut-kalut Aidil buat aduan.

            “Kami tangkap depa masa depa tengah makan, maktok.” Tukas Adib dengan muka beriya.

            “Biaq pi la depa tak puasa pun. Hangpa tiga orang yang puasa pi main tang lain. Jangan nak kacau depa dekat dapur ni.”

            Kata-kata maktok tu buatkan budak lelaki bertiga tu tunjuk anak tekak. Lebih dari dua inci Adib, Aidil dan Aswad punya nganga. Masing-masing pandang maktok dengan muka tak percaya.

            “Tapi maktok... depa tak posa tu.”

            “Orang perempuan ni ada keistimewaan tersendiri. Ada hari kami boleh solat... ada hari kami tak boleh solat. Ada hari kami boleh puasa dan ada jugak hari kami tak boleh puasa. Bukan saja-saja si Fitri dengan Wardah ni takmau puasa. Tapi memang depa tak boleh puasa pun. Haram hukumnya kalau depa nak puasa jugak dalam keadaan tertentu macam ni.”

            Penjelasan panjang lebar dari maktok, buatkan cucu-cucu lelakinya  itu terus menyambung riak muka keliru.

            “Keadaan tertentu macam...?”

            “Wei! Bukan kita ada belajar subjek Sains ke dekat sekolah? Topik pasal kes ni pun kita ada belajar kan? Takkan korang tak tahu kot?” Hilang terus rasa malu Wardah sebab kantoi tadi.

            “Dalam Pendidikan Agama Islam pun kita ada belajar apa. Takkan hangpa tak fokus kat dalam kelas kot?” Fitri mencelah sama.

            Berkerut-kerut dahi mereka bertiga. Perah otak menggali balik pembelajaran di sekolah.

            “Oh. Ni yang dimaksudkan dengan datang ha.. ha...” Tak terlepas pulak perkataan itu nak keluar dari mulut Aidil.

            “Betul la apa yang kamu fikir tu Aidil. Haid yang datang melawat orang perempuan sebulan sekali tu la.”

            “Ohhhh.... yang itu.” Aswad dan Adib yang pending kejap tadi, dah mula dapat tangkap maksud maktok.

            “Maktok pun dah tinggal puasa macam diorang jugak ke? Berapa hari?”

            Soalan bendul dari Aidil mengundang ketawa kuat dari maktok. Kepala cucu dia itu disentuh lembut. “Maktok dah lama tinggal zaman tu, Aidil.”

            “Zaman apa maktok?” Serentak Aswad, Adib, Fitri dan Wardah bertanya. Masing-masing tayang muka polos.

            Dan ketawa maktok bersambung lagi. “Satu masa nanti kamu semua akan tau jugak. Belum masa sesuai lagi maktok nak terangkan. Hangpa ni budak-budak lagi.”

            “Oooohhhh...” Lima ulas bibir serentak membentuk ‘O’.

***

Aidil-Fitri 2006

CADANGAN yang baru aje keluar dari bibir nipis Aidil menyebabkan tiga pasang mata terbuntang besar. Mereka berempat sedang berjalan balik dari masjid selepas menunaikan solat tarawih. Alhamdulillah malam ini mereka berjaya menunaikan dua puluh rakaat solat Tarawih yang terakhir untuk tahun ini. Kumpulan mereka hanya terdiri daripada Adib, Aidil, Aswad dan Fitri. Wardah dengan Fitri kan kena excuse malam ni. Kalau tak, mereka lengkap berenam.

            “Takmau la wei. Aku tak sabotaj sepupu sendiri.” Fatehah bagi gelengan laju tanda jawapan kepada cadangan Aidil.

            “Bukannya serius pun, Teah. Bergurau aje kot.” Aidil cuba memujuk.

            Adib tunjuk isyarat ‘X’ dengan jari. “Aku tak rela nak makan penampaq puaka si Fitri tu.”

            “Boleh benak setahun wei kalau kena penampaq tu. Aku dah serik.” Aswad tunduk kutip ranting kering di atas tanah lalu diseluk masuk ke dalam baju melayu. Leganya rasa bila kesan gigitan nyamuk di belakang badan dapat digaru.

            “Aku tak pernah kena lagi tapi kalau boleh aku nak elak dari terkena sampai bila-bila.” Fatehah selak kain telekung yang mula terburai dan diikat kemas balik pada pinggang. Ditampar si Fitri memang dia tak boleh nak bayangkan macam mana. Seram kot!

            “Tak matinya kalau kena penampar puaka tu. Aku yang selalu kena pun hidup sampai sekarang. Alhamdulillah.” Kata Aidil. Songkok atas kepala dibetulkan kedudukan. “Jom la wei. Malam ni aje kita buat onar. Lusa raya kita minta ampun la dekat dia.” Aidil tak jemu-jemu memujuk tiga orang sepupunya itu.

            “Aku takmau. Sumpah aku takmau!” Putus Fatehah dengan tegas sekali.

            Langkah kaki terhenti bila mereka kini dah berdiri di depan lorong masuk rumah tokwan. Memicing mata Aidil dengan kedegilan Fatehah. “Fine. Kalau kau takmau, kau balik rumah terus. Kunci bilik jangan keluar. Tapi kau jangan nak pecah rahsia pulak.”

            “Ikut hangpa lah. Hangpa nak buat, buatlah. Aku takmau cari pasal. Aku nak balik. Apa-apa nanti, jangan libatkan aku. Baik aku balik layan drama korea dekat laptop along.” Lepastu Fatehah terus melangkah menuju ke rumah dia tanpa menoleh langsung ke belakang. Winter Sonata tengah menunggu tu. Fatehah pun macam Fitri jugak. Sama-sama minat drama korea. Tapi yang lebih fanatik, juara semestinya Fitri lah. Satu bilik penuh ditampalnya dengan poster.

            “Biar dia. Dia taknak buat takpe. Korang setuju kan dengan aku?” Muka Adib-Aswad ditenung penuh berharap. “Korang takkan kecewakan aku macam Teah kan?” Duga dia lagi bila masing-masing tak bagi respon. Iya atau tak ni?

            Adib pandang Aswad. Kening kiri dijungkit bertanya.

            “Malam ni untuk seumur hidup, sekali aje kita buat. Lepas tu aku tak ajak korang gurau kasar macam ni lagi dah. This is first and last time. Sumpah. Wallahi.” Tangan kanan Aidil dia angkat tinggi-tinggi.

            Tak sampai tiga saat, Adib dan Aswad mengangguk setuju. “First and last?”

            “Yup!” Sungguh-sungguh Aidil pegang janji.

            “Okay... kami join.”

            “Yes!” Aidil bersorak suka. Fitri, ada kejutan buat kau kejap lagi ni. Tunggu!

***

Tok!Tok! Tok!

            Fitri toleh ke arah tingkap. Terasa macam tingkap bilik dia itu diketuk dari luar. Lama diperhati ke arah situ. Tapi takde pulak bunyi lagi. Dia bawak mata balik ke helaian novel 1,2,3 I Love You karya Liana Alfiera Malik yang kejap ditangan.

            Tok! Tok! Tok! Bunyi itu datang lagi. “Jangan memain lah, Aidil!” Marah dia. Hati dia memang yakin yang itu adalah perbuatan Aidil. Siapa lagi yang punya hobi mengetuk tingkap biliknya selama ini kalau bukan Aidil? Memang tak ada orang lain lagi dah. “Hang nak apa?” Kelui dia kuat yang masih berbaring di atas katil.

            Keadaan jadi sunyi. Fitri tak diberi sebarang respons. Seketika dia menunggu. Mana tahu kot lah Aidil nak menyahut. Namun tetap juga tak ada tindak balas suara dari Aidil. Novel dihadap ke muka kembali. Pembacaan disambung. Helaian yang dia tengah baca sekarang ni adalah babak yang dia suka. Babak antara Yonna dan Kuzer. Hero dan heroin dalam novel itu.

            Namun sayangnya, pembacaan Fitri diganggu lagi. Kali ini dengan bertalu-talu ketukan di tingkap yang sama. Tok! Tok! Tok! Tok! Tok! Tok! Tok! Tok! Tok!

            “Urghh!!!” Jerit dia geram. Tak menunggu lama, novel di tangan dilempar ke sebelah. Dia bangun nak menuju ke arah tingkap. Dikuak kasar pintu tingkap kayu itu. Namun yang dia nampak hanyalah suasana malam yang gelap gelita. Tak ada langsung bayang Aidil. Terus dia bertanya, “Hang nak apa, Aidil!!!?” Dia yakin yang Aidil ada di situ.

            “Nak penampaq puaka boleh?”

            “Arghhhhhhh!!!!” Dan bergemalah jeritan Fitri di situ sebaik saja sejenis makhluk yang berbalut lengkap satu badan beserta dengan raut wajah yang putih melepak muncul depan mata dengan tiba-tiba.

            “Hiiii...Hiiii...Hiiihh...” Makhluk itu tarik hilai tawa yang sangat menyeramkan.

            “Po...Potong...Polong...Podah...Porah...Po...Po...”Tersekat-sekat suara Fitri. Menggigil badan dia semasa jari telunjuk terujuk pada makluk didepan dia itu.

            “Po-cong. Sebut bagi betul. Pocong.” Tuan empunya badan tolong memperbetulkan.

            “Hah. Betul la tu...” Dan lepas tu tubuh Fitri terus layu jatuh ke lantai dengan mata yang terpejam rapat.

            “Wei! Wei! Fitri pengsan. Turunkan aku. Cepat!” Suara hilai tadi terus hilang digantikan dengan suara semulajadi milik Aidil. Gelabah biawak dia bila tengok Fitri kejung diatas lantai tak bergerak langsung.

            “Apa dia? Pengsan!!?” Serentak Adib dan Aswad menyoal dari bawah. Mereka memainkan peranan mengangkat tubuh Aidil sehingga ke paras tingkap bilik Fitri. Cepat-cepat Aidil diletakkan ke atas tanah.

            “Aku dah cakap jangan buat, Dil. Hang ketegaq.” Marah Adib. Dia mula rasa cuak.

            “Aku tak bajet dia nak pengsan. Aku nak usik sikit-sikit aje.”

            “Sikit-sikit apa kalau dah sampai pengsan anak dara makndak tu hang buat.” Aswad turut gelabah. Tiga-tiga dah pucat muka.

            “Jom masuk tengok Fitri. Cepat!” Aidil buat pecut lari 100 meter menuju ke pintu utama rumah Fitri. “Makndak, bukak pintu!!!”

***

Aidil-Fitri 2007

MALAM ni malam raya. Lepas selesai solat berjemaah dan bertakbir raya di ruang tamu rumah tokwan tadi, masing-masing sibuk bergegas melakukan tugas. Aidil, Aswad dan Adib diberi tugas untuk tolong Abang Farhan dan Abang Adam membakar lemang. Ranting-ranting kayu kering yang dibakar atas tanah yang berlapikkan zink sudah menjadi bara.

            “Aidil, tolong pergi tanya maktok kejap. Pulut lemang dah siap belum? Dah boleh mula bakar ni.” Suruh Adam kepada Aidil. Adam adalah abang sulong kepada Aidil. Masih lagi belajar. Dia sedang menuntut di UTM  Skudai.

            “Okay, abang long.” Aidil tak banyak songeh terus saja buat seperti yang disuruh. Berlari anak dia ke dalam rumah tokwan. “Maktok, pulut lemang dah siap belum? Abang long tanya.” Tanya dia sebaik saja ternampak kelibat maktok di dapur.

            “Sat. Kakchaq dok bubuh lemang dalam buluh ni.” Jawab maktok yang masa tu tengah perah santan. Kakchaq yang dimaksudkan maktok ialah kakak sulong Adib, Aliya. Aliya merupakan isteri kepada Hisyam dan mempunyai dua orang anak. Sepasang. Yang lelaki berumur empat tahun. Perempuan pula, baru nak mencecah setahun bulan depan.

            “Ambek ni Dil. Kakchaq baru dan boh dua batang ja. Pi suruh abang long bakar yang ni dulu. Sat lagi mai masuk ambek lagi.” Dua batang buluh yang sudah berisi dihulurkan Aliya kepada Aidil.

            “Okay, madam. Thank you.” Balas dia, berseloroh. Yang dihulur sudah diambil. Aidil mula bergerak keluar dari dapur. Dalam masa dia nak menuju ke pintu utama, ringan mulut dia bertanya kepada Maklang Ramlah. “Wardah mana, maklang?”

            Maklang Ramlah tengah gigih balut ketupat sambil menonton drama hari raya diruang tamu menjawab, “Rumah Fitri kut. Budak bertiga tu bertekad nak buat kek katanya.”

            “Oh. Patutlah sunyi aje.”

            “Aidil!”

            “Ye, ma.”

            “Datang tolong mama pasang langsir ni kejap. Tinggi sangat la pulak. Mama tak berani nak panjat.” Puan Maisarah, ibu kepada Aidil berdiri di tepi tingkap sambil memasang hook pada langsir.

            “Roger ma. Aidil pergi hantar lemang dekat luar dulu. Lepas tu Aidil masuk tolong mama.”

            “Tapi Aidil kena pergi rumah pakndak dulu ambek hammer nak ketuk paku. Hammer tokwan hilang maktok kata.”

            “Okay, ma.” Ujar Aidil sebelum berlalu turun tangga keluar rumah. “Dua dulu abang long. Yang lain kakchaq tengah buat.”

            “All right. Terima kasih.”

            “Welcome.” “Korang, aku pergi rumah pakndak kejap. Mama suruh pinjam hammer.” Maklum dia pada Aswad dan Adib  selepas huluran lemang dia disambut oleh abangnya itu. Kedua-dua mereka sibuk mengipas bara.

            “Jangan lupa sambar maruku makndak buang sebesen. Boleh jugak buat kunyah sambil bakar lemang ni.” Pesanan Aswad jelas ditelinga walaupun dia dah berjalan ke rumah pakndak merangkap ayah kepada Fitri.

            “All right!”

***

“KORANG buat apa?” Sapa Aidil sebaik saja menjenguk ke dapur rumah Fitri. Hammer yang dipinjamkan dari pakndak, dikepit celah ketiak.

            “Menari Salsa. Tak nampak ka?” Sarkastik nada Fitri. Bukannya tak Aidil nampak apa yang dia, Fatehah dan Wardah tengah tekun buat? Lagi ditanya?

            “Ha.Ha.Ha. Lawaknya Fitri.” Buat-buat gelak. Tangan kiri jadi ringan menarik tocang kuda di kepala Fitri.

            “Sakitlah Aidil!” Ringan jugak tangan Fitri nak melayangkan penampar di belakang Aidil. Bukk! Hah sedas dia bagi.

            “Adoi!” Apa lagi? Mengaduh sakan budak lelaki itu dengan tindakan Fitri.

            “Padan dengan muka hang. Yang gatai dok mai kacau pasai apa?” Fatehah mengejek sambil angkat ibu jari depan muka Aidil.

            “Saja datang mintak penampar Fitri la tu.” Wardah mencelah. Serbuk koko dicedok  dengan cawan dan dimasukkan ke dalam penimbang kecil untuk dibuat sukatan.

            “Dah dapat sedas kan? Tunggu apa lagi? Pi main jauh-jauh! Jangan dok buat kacau dekat sini. Syuhh... syuhh...” Rimas dengan kehadiran Aidil disitu, Fitri bertegas menghalau lelaki itu berlalu dari dapur.

            “Ewah! Ingat aku ni ayam tokwan ke yang nak halau macam tu?” Aidil tunjuk muka tak puas hati. “Yela aku nak keluar la ni. Korang tak suruh pun aku memang nak blah pun. Huh!” Sambung dia lagi mula mengatur langkah. Namun sempat dia tarik tocang Fitri buat kali kedua sebelum bergegas menghilangkan diri dari situ.

            “Aidil!!!”

***

SEPULUH minit berlalu, setiap sukatan bahan-bahan untuk buat kek coklat sudah siap disediakan. Fitri baru nak capai mesin pengadun yang berada di atas kabinet dapur bila dia teringatkan sesuatu. “Wardah, kau boleh tolong pergi ambek handphone aku dalam bilik tak? Nak tengok kot-kot ada SMS raya yang masuk.” Dia mintak tolong dekat Wardah.

            “Roger.” Pendek jawapan itu. Tak menunggu lama, Wardah terus angkat kaki menuju ke bilik Fitri. Tapi bila aje Wardah baru nak belok masuk pintu bilik Wardah, mata dia tertangkap tubuh Aidil. Aidil masa tu tengah tegak berdiri di meja study Fitri dengan membelakangi dia. “Oi!”

            Pakk! Sergahan Wardah buatkan benda yang dipegang dia terjatuh ke lantai.

            Mata Wardah tepat ke ‘benda’ itu. Dalam sesaat, muka Wardah dah berubah riak. Dengan mulut ternganga dan mata yang terbeliak, dia menapak perlahan dekat ke arah Aidil. “Aidil... Kau...kau...” Memang dia nak lontarkan soalan. Tapi kerongkong dia macam tak bagi izin.

            “Apa ni Wardah?” Sebaliknya Aidil yang bagi Wardah soalan. Laju dan pantas. Bila Tengok Wardah cepat-cepat tunduk ambek benda yang dia jatuhkan tadi lepastu terus bawak sorok ke belakang badan, Aidil terus tayang muka keliru. “Kau tahu?”

            Wardah terus kunci mulut. Dia betul-betul tak mahu jawab soalan Aidil itu.

            “I give you two options. Please answer me. Yes or no?”

            Dan Wardah masih kaku di situ. Memang senang bentuk pilihan jawapan yang diberi oleh Aidil tu. Tapi dia rasa sangat susah nak jawab. Sebab ini bukan berkaitan dengan diri dia sendiri. Tapi... Fitri.

            Melihat Wardah macam taknak bagi kerjasama, Aidil jadi geram. Dia berjalan ke arah Wardah. Hanya dengan sekali cuba, dia berjaya merampas ‘benda’ tu. “Aku dah baca semua, Wardah. Tapi aku cuma nak tau yang kau dah tau pasal ni atau tak?”

            “Wardah mana hand...”

            Dalam masa Aidil menunggu jawapan dari Wardah, muncul si Fitri dengan tiba-tiba. Dengan muka yang sangat cuak campur dengan terkejut, soalan dia pada Wardah tak sempat nak habis. Kali ni Fitri dah join Wardah jadi kaku. Kaku di ambang pintu bilik dia sendiri. Mata tak berkelip tengok benda yang berada kejap ditangan Aidil.

            “Kenapa Fitri?” Mata Aidil kini dah terarah ke muka pucat Fitri. Fitri hanya tunduk tak kuat nak lawan pandang dengan Aidil. Bila Fitri pun bertindak macam Wardah, langsung tak berkata walau sepatah, Aidil terus lontar soalan yang buat Fitri rasa macam nak pitam. “Kau suka aku, Fitri?”



******************************************************************************
(To be continued) 
P/S;- Assalamualaikum kawan-kawan. Kalian apa khabar? Saya biasa-biasa saja. Ingat lagi tak dengan cerpen ni? Dah 2 tahun kot *Senyum rasa bersalah*.  Ini sambungannya part 2. Part  3 (ending) akan menyusul dalam sehari dua lagi. InshaAllah. Tinggal lagi 3% mungkin nak ke titik penamat. Jemput baca. Jujur, skill menulis saya memang dah berkarat tahap tak mampu nak dipolish balik. Maaf lama tak update blog *Macamlah ada yang menanti blog ni diupdate kan? Perasan gila. Hehehehh*. Lepas ni saya akan cuba untuk aktif balik. Akan cuba update perlahan-lahan. InshaAllah.
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. ^_^

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta