Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Friday, February 3, 2017

Hot And Cold (Bab 5) (Reedit)

KAU nak pergi mana?” Fizi yang masih berada atas tikar sejadah, bertanya.
Sejadah yang dia guna untuk solat tadi, dilipat empat dan disusun kemas di atas rak. Dia dan kawan-kawan sebilik baru selesai menunaikan solat Asar secara berjemaah. “Bengkel KA.”
“Buat apa?” Pidut tengok muka Carl dengan riak tanda tanya. ‘Apa dia nak buat dekat bengkel KA waktu macam ni?’
“Denda.” Apit tolong jawab. Songkok atas kepala dibetulkan kedudukan.
Dan seperti yang dijangka Apit, lelaki-lelaki itu tayang muka keliru secara serentak. “Denda?”
“Kau kena denda, bro?” Epon selaku imam solat berjemaah tadi, mencelah. “Seseriusnya?”
Carl jungkit bahu dulu sebelum berlalu ke arah locker. Sehelai t-shirt warna putih dicapai. Baju melayu yang tersarung ditubuh, digantikan dengan t-shirt putih itu. “Aku ada Apit sebagai saksi kalau korang tak percaya.”
Epon-Pidut-Fizi-Boyot secara berjemaah lipat maut ke muka Apit yang masa tu tengah tanggalkan baju melayu. “Apit?”
“Dekat sekolah tadi kawan kita ni buat kes dengan Putri, budak kelas apa entah. Bergaduh sampai budak tu cekak kolar baju Carl. Lepas tu kena panggil hadap Cikgu Hamzah. Cikgu denda diorang bersih bengkel KA.” Terang Apit agak detail. Masa kejadian pagi tadi, dia merupakan salah seorang saksi yang berada di dalam perpustakaan. Dia ingat jelas betapa sadisnya kolar baju Carl dicekak oleh budak perempuan yang bernama Putri itu. Dan dia boleh tahu nama budak tu pun sebab dia terdengar Batrisya, kawan sekelasnya menjerit nama Putri sama nada macam dia jerit nama Carl di tempat kejadian.
“Putri?” Boyot rasa macam dia sangat kenal dengan pelajar yang bernama Putri di sekolah ini. ‘Takkan Put, kot? Tapi aku tak pernah dengar pun student nama Putri selain dia dalam sekolah.’
“Kau kenal?” Tanya Apit. Tubuh dia kini dah berganti dengan jersey rasmi sekolah.
Classmate kitorang ada sorang nama macam tu. Putri Aryana Danila. Kitorang panggil dia Put. Put kot, bro?” Fizi yang juga rakan sekelas Boyot, menyelit.
Carl yang tengah tarik zip pada kaki seluar track-suit, terus bawa mata ke arah Fizi. “Nama yang sama dengan nametag budak tadi.”
Kenyataan dari suara tenang Carl, buatkan dua lelaki itu tergelak besar.
“Kau bukan orang pertama.”
Ayat Fizi itu mengundang lapisan pada dahi Carl. “Means...?”
Boyot habiskan sisa tawa dulu sebelum tolong menjawab bagi pihak Fizi. “Sebelum ni dah dua orang budak kelas kitorang kena bedal dengan dia.”
“Kau kira beruntung sebab kena cekak kolar je. Yang lagi dua orang tu, siap lebam mata kena tumbukan puaka dari dia. Dua minggu bro lebam tak hilang.” Bayangan peristiwa Putri menumbuk mata dua orang lelaki budak kelas dia masa minggu pertama mereka masuk kelas, terbayang di ruang mata Fizi.
“Giler kentang. Ganas tak agak ke apa budak tu?” Epon geleng kepala dua kali. Cerita Boyot dan Fizi pasal budak perempuan yang bernama Putri itu buatkan dia rasa gerun.
“Padanlah dia bertindak ganas pun. Budak-budak tu cari pasal. Biasalah bila dah pindah ke sekolah baru, jumpa pulak awek baru... nak mengoratlah kononnya. Sekali ngorat tak dapat. Dua kali ngorat pun tak dapat. Kali ketiga ngorat baru dapat.”
“Dapat?” Tebak Apit. Laju suara Boyot disekat.
“Dapat memang dapat. Tapi bukan dapat cinta. Dapat penumbuk puaka. Cop mohor besar-besar dekat biji mata masing-masing.”
“Lerrr...” Bilik itu bergema dengan ketawa lima suara. Hanya Carl yang diam tak beri sebarang respons. Dia lebih suka mendengar tanpa mencelah.
“Mana tak dapat penumbuknya kalau dah hari-hari hantar surat bawah meja. Lepas tu siap dok buat confession bagi satu kelas tahu. Aku rasa paling buat Put bengang sebab diorang tu bet sesama sendiri. Siapa dapat ngorat Put, yang menang tu kena belanja yang kalah selama sebulan.” Maklum Boyot lagi, panjang lebar. Sikit sebanyak, dia telah memperkenalkan Putri kepada roommates dia.
Pidut berdecit. “Kalau macam tu, memang patutlah dia bedal diorang tu pun.”
“Itulah. Tapi...” Boyot lipat tengkuk ke arah Carl. “... kena cekak kolar baju?”
“Jangan cakap yang kau pun cuba ngorat dia jugak, Carl?” Tebak Fizi walaupun dia rasa Carl tak buat macam tu.
Apit tarik senyum mengusik. “Boleh dikatakan ye. Tapi member kita ni guna cara yang lagi sweet.”
“Carl buat apa?”
Apit tepuk bahu Fizi yang berada disebelahnya. “Berebut buku rujukan Kimia.”
“Kau dah merapu, Apit.” Nafi Carl seraya melemparkan tuala ke muka temannya itu.
“Tak sangka kau sweet macam ni, bro.” Sakat Boyot.
“Diam-diam ubi berisi.” Masuk Pidut.
“Shut.Up.” Pintas Carl, menyekat yang lain dari terus gigih menyakat. Dia nampak jelas cahaya mengusik diwajah lima sahabatnya itu. “Gotta go.”
“Kirim salam dekat Putri!”
Walaupun jeritan itu bergema di corong telinga, dia langsung tak menoleh. Terus saja melangkah keluar dari dorm. Malas layan.
***
KAU betul ke tak nak kitorang temankan, Put?” Bella pandang tepat ke mata Aryana meminta kepastian gadis itu.
“Yelah Put. Kalau kau nak aku temankan kau, aku no hal.” Sampuk Batrisya pula seraya matanya masih berada di muka surat buku Fizik. Suasana dibilik prep ketika ini agak lengang kerana ramai pelajar pergi belajar di kelas masing-masing.
It’s okay, guys. Aku pergi sorang je la. Lagipun bukan korang yang kena denda. Aku ni haa...” Jari telunjuk tepat ke batang hidung sendiri. Lepastu dia sambung buat soalan matematik.
“Tapi risau wei kau pergi sorang.” Kata Irwana bersama air muka prihatin.
Tangan Aryana yang ligat memicit kalkulator tiba-tiba berhenti. Dia pandang Irwana pelik.
“Apesal pulak?”
“Yelah. Kalau biar kau pergi sorang dah confirm-confirm kau akan bertikam lidah dengan mamat bajet cool kau tu. Silap-silap batu bata yang ada kat bengkel tu korang buat peluru. Tak ke naya macam tu?” Irwana meluahkan apa yang buatkan dia jadi sangat risau.
“Kalau dia tak cari pasal dengan aku, confirm perkara yang kau risau tu takkan terjadi.” Balas Aryana bersahaja.
“Yang bab cari pasal tu aku confirm akan jadi.” Irwana tekan perkataan ‘akan’ jelas-jelas. “Bukan kitorang tak kenal kau.”
Stop worrying about me boleh tak? Aku promise takkan ada orang yang masuk hospital hari ni.” Tangan diangkat tanda berjanji. Wajah rakan-rakannya satu persatu dipandang. “Wei. dah pukul 4.50 petanglah.” Jarum jam tangan yang terlilit kemas pada pergelangan tangan,buatkan dia gelabah. “Kenapa aku tak sedar? Nak kena solat lagi. Kalau lambat, mati aku dengan Cikgu Hamzah.” Tepuk dahi dua kali. Muka risau jelas kelihatan. Aryana ligat mengemas buku-bukunya yang berterabur di atas meja.
“Nak solat apanya? Kau kan tengah period.”
Ayat Bella itu buatkan dia tepuk dahi lagi. Muka dah nampak makin lega. “Aku lupa. Alhamdulillah. Aku boleh pergi bengkel terus. Thanks for reminding me, buddy.” Lepas disusun sekemas mungkin, dia melangkah keluar dari bilik prep. “Aku ciao dulu. Tunggu aku time dinner karang!” Sempat dia menjerit kepada lima pasang mata yang sedang memerhatinya.
Roger!”
**********

Hot And Cold (Bab 4) (Reedit)

“MANA pulak bebudak ni? Hari ni kita habis kelas sama kan? Budak KE,PDG,PGM dengan PGP tak keluar ke? Dah lama kita tunggu ni.” Aryana merungut perlahan. Dia dan Bella kini sedang berada di kantin sekolah menunggu kepulangan kawan-akawan yang lain dari kelas.
“Tu lah pasal. Biasanya diorang yang tunggu kita.” Bella melabuhkan punggung disebelah Aryana. Kedudukan mereka ketika ini betul-betul menghadap longkang. Nasib baiklah longkang bersih. Takde air. Selesa sikit nak memandang. “Kenapa hari ni lambat pulak?”
“Ada extra class apa. Tapi kelas kan lain-lain. Takkan nak extra class serentak kot?”
“Serentak?” Bella kuis dagu. Memikir. “Macam tak logik. Tapi boleh jadi logik.”
Aryana yang melihat gaya temannya itu, ketawa sekejap.“Jawapan tak membantu langsung.” Bahu Bella ditolak. “Bell. Agak-agak kan, Bat ingat tak nak sampaikan pesan aku dekat mamat bajet cool tu ? Uih! Kalau dia tak bagitahu, memang naya aku.” Aryana pandang Bella disebelah. Harapan dia untuk Batrisya tak lupa akan pesanan dia pagi tadi sebelum mereka berpecah untuk naik ke aras kelas masing-masing lepas habis waktu rehat sangat tinggi. ‘Nasib baik la Bat satu kelas dengan 'budak tu'. Tak perlu la aku susah-susah cari dia. Masa dengan tenaga aku pun tak terbuang dengan sia-sia.’ Tengok muka dia pun aku aku bengang! Ni pulak nak bercakap. Memang tak ah!
“Insha-Allah. Confirmed Bat sampaikan rindumu untuknya.”
“Oi! Kau...” Laju lengan Bella ditepis bila kawannya itu dah melalut ke laut.
Pecah gelak. “Gurau je pun.”
“Gurau tak gurau sangatlah. Kelakarnya tak langsung.” Bibir mencebik lebar. Sungguh dia tak suka Bella bergurau serupa itu.
“Tapi aku sebenarnya macam susah nak jamin yang pesanan kau akan sampai...”
Mendengar ayat tergantung itu, Aryana terus berpaling mencari muka Bella. Terangkat sebelah kening dia. “Kau jangan doa macam tu, beb. Seriau dah aku ni.” Jantung jadi kecut tiba-tiba. Hati mula rasa  tak sedap.
“Kau bukan tak tau.  Bat tu kan jenis yang pelupa sikit.”
Kedengaran jelas ditelinga sendiri nafas yang dihela dalam-dalam. “Tak sikitlah. Selalu aku rasa. Banyak pelupa dia tu.” Kedua-dua lutut ditarik rapat pada dada. Dagu ditongkat pada lutut. Sambil mata menjeling langit yang biru. “Actually aku pun tak yakin jugak. Adoi! Macam mana ni?” Dia sembamkan pulak muka pada lutut.
“Aku rasa dah sampai masanya.”
Suara Bella buatkan dia mendongak. “Untuk apa?”
“Untuk kau bertawakal.”
“Bell...” Dia sembam balik muka pada lutut. Gundah gulana amat hati dia waktu ini.
Yo!” Sapa Arissa yang muncul tiba-tiba dari belakang.
Disebelah Arissa pula ada Juwana.“Lama korang tunggu?”
“Tak berapa nak lama sangat. Setengah jam je.”Walaupun senyum, jawapan Bella kedengaran sangat sinis.
Ketawa pecah dari dua ulas bibir.
“Ala... sorry ah. Aku pergi bilik guru. Ada hal kelas sikit. Maklumlah, aku kan penolong ketua kelas.” Arissa melemparkan sengihan. Memang betul dia baru saja balik dari bilik guru. Baru lepas jumpa dengan Cikgu Suriani selaku guru kelas Pengurusan Makanan(PGM).
Well... Aku kan kawan kepada penolong ketua kelas. Faham-faham aje lah. ” Selit Irwana yang turut menemani Arissa ke bilik guru.
It’s okay. Bukan tak biasa sesi tunggu menunggu ni. Korang lambat, kitorang tunggu. Kitorang lambat, korang tunggu. Eh, mana Bat dengan Uni?” Mata melilau ke sekeliling. Kehadiran Murni-Irwana di situ masih tak berjaya menghalau rasa resah dia sekarang ni. Aryana jadi tak boleh nak duduk diam.
“We’re here.” Batrisya bersama Murni yang muncul entah dari mana menyahut. Bila masa dia berjalan ke sini pun tak tahulah. Tetiba je ada.
“Rindu amat ke?” Murni membetulkan tudungnya.
“Rindu sangat! Hari-hari menghadap pun tak pernah surut rasa rindu tu.” Balas Bella dengan nada penuh puitis sebelum satu cebikkan lebar dia kupaskan dibibir.
Tergelak yang lain melihatnya. Sangat tak cute!
“Bat!” Bergegar tiang-tiang kantin dengan jeritan Aryana. Nampak saja muka Batrisya, terus dia berdiri. Lengan budak perempuan tu diruntun. “Kau dah sampaikan pesan aku belum?” Batrisya dipandang dengan penuh harapan.
Batrisya terkedu sekejap. Blur jadinya sebab tiba-tiba dia disergah.
“Kau jangan kata tak!” Tukas Aryana keras bila dilihatnya Batrisya terkulat-kulat.
“Ya Allah!” Ternganga gadis itu bila otak dia menangkap sesuatu. “Sumpah Put! Aku betul-betul lupa. Betul!” Kedua-dua tangan diangkat tinggi. “Lupa sungguh!” Dia mengangguk berkali-kali, mengiyakan yang dia betul-betul terlupa untuk sampaikan pesanan Aryana kepada Carl.
Bahu Batrisya dipeluk.“Why, Bat? Why? Why did you do this to me?” Dia menggumam dibahu temannya itu. ‘Patut la aku rasa tak sedap hati.’ Huk.Huk. Huk. “Habis tu macam mana ni? Mana nak cari dia? Time kelas dah habis. Bersih bengkel petang ni. Karang dia tak datang memang nahas la aku dengan Inchek Hamzah.” Bahu Batrisya dilepas. Aryana berjalan ke hulu ke hilir di depan kawan-kawannya pulak. Sambil tangan memicit kepala memikirkan bagaimana cara untuk dia selesaikan masalah yang satu itu. Walaupun satu tapi berat amat rasanya beban yang ditanggung.
“Put.” Suara Murni kedengaran seperti berbisik.
“Tanak kacaulah, Uni. Aku tengah serabut ni.” Respons dia tanpa menoleh ke arah kawan-kawannya walau sesaat pun. Dia lebih suka meneruskan perbuatannya dengan berjalan ke hulu hilir.
“Put!” Murni nampaknya tak mahu mengalah. Dipanggil Aryana lagi sekali. Kali ini dengan nada agak tegas.
Akhirnya, dia terpaksa mengalah. Dia menoleh ke belakang mencari muka Murni. “What?”
“Tuuu...” Muncung Murni terarah pada surau sekolah.
“ Nak jemaah dekat surau dulu?” Soal Aryana dengan muka toya.
        “Nak. But after.”
After what?”
Cup! Cup! Aku rasa aku dah faham apa maksud Uni.”
“Dah kenapa pulak kau ni, Wana?” Kalau tadi tenungan tak faham dia lontarkan pada Murni, kali ni Irwana pulak mendapat tenungan itu.
         “Tuuu...!”Murni dan Juwana bersuara serentak seraya muncung mereka menunjuk ada sebatang tubuh yang sedang tunduk menanggalkan stoking di tangga surau.
“Haaaa...” Bella, Arissa dan juga Batrisya masing-masing dah kupas senyum sebaik saja memandang ke arah surau. ‘Patutlah beriya sangat Murni tunjuk situ tadi.’
“Erk?” Reaksi dia sebaik saja maksud Murni dan Juwana berjaya diselam. “So?”
So?” Bella bercekak pinggang. Tak percaya itu jenis tindak balas yang diberikan oleh Aryana. ‘Tadi bukan main dia menggelabah sebab Bat terlupa nak sampaikan pesan dekat Carl. Tapi sekarang bila dah ada depan mata, macam tu pulak jadinya?’
“Takkan aku kena pergi jumpa dia?”
“Dah tu?”
‘Eesh! Nyampahnyaaaaaaa.’ “Taknak....” Dia mula merengek. Tapi rengekan dia terhenti bila otak tetiba disapa sesuatu. “Bat, kau kan classmate dia.”
“Okey. Aku classmate dia. Maka?” Batrisya angkat kening sebelah.
Aryana menyengih. “Maka... apa kata kau tolong pergi bagitahu dia?”
“Kenapa mesti aku?”
“Sebab aku suruh kau bagitahu tadi, kau lupa. Tapi sekarang kau dah ingat. Dan dia pun dah ada depan mata kau. So...”
“Oh. No...no...no... Tadi kau kirimkan aku pesan sebab kebarangkalian besar kau tak dapat jumpa Carl dekat sekolah. Sebab itu aku setuju untuk tolong sampaikan pesan. Tapi aku terlupa. Sorry about that. But, sekarang ni kau dah terjumpa dia. Dah nampak dia dengan jelas sekali. Dekat pulak tu. Maka, apa kata kau pergi inform dekat dia sendiri?”
       “Alaa... Kau kenal dia. Sebab tu la aku minta kau pergi cakap dengan dia.”
“Kenal. Tapi dia tak bercakap dengan aku. Aku pernah bagitahu kan before?” Batrisya pandang muka Aryana dalam-dalam. “Sorry beb. The answer is no! Kau pergi la cakap sendiri.” Sampai ke sudah Batrisya tidak setuju dengan cadangan Aryana.
“Habis tu macam mana ni?” Tangan disilangkan ke dada.
“Aku rasa better kau pergi sendiri cakap dengan dia. Lagipun Cikgu Hamzah suruh kau bagitau dia kan?” Arissa yang hanya dia memerhati sejak tadi terus mencelah.
Aryana diam sejenak. Mengetap bibir, berfikir. “Kalau... aku tak nak?” Tutur dia perlahan.
“Let me remind you about something. Inche Hamzah kesayangan kau tu susah nak consider dengan student tahu?” Irwana pula menyampuk, mengingatkan. ‘Apalah susah sangat kau nak pergi bercakap dengan Carl tu, Put oi?’
“Setuju!” Serentak  empat yang lain bersuara. Turut mengiyakan peringatan Juwana.
Dia merengus dulu sebelum tolak muncung ke depan. Lepas agak lama cadangan kawan-kawan ditimbang dengan sebaik mungkin akhirnya, dia buat keputusan. “Okey, fine! Aku pergi.” Dengan ayat itu langkah diatur menuju ke surau.
Bella, Juwana,Batrisya, Murni dan Arissa tak menurut. Mereka memilih untuk terus berdiri di situ. Memerhati dari jauh.
Setibanya di hadapan surau, Aryana menoleh ke kiri dan kanan. Melilau pandangan dia. ‘Eesh! Dah ke mana pulak dia ni? Baru tadi je aku tengok ada kat sini. Dah hilang pulak!’
         “Ambik wuduk!” Maklum Bella yang berdiri dekat kantin, memahami apa yang berada difikiran Aryana.
‘Eh? Patutlah.’ Aryana cover malu. “Tahu.”
“Yelah tu...”
Berpatah balik ke arah kawan-kawannya. Takkan dia nak tunggu depan pintu masuk surau. Itukan laluan masuk bagi lelaki. Hampir lima minit menunggu, akhirnya gerangan yang ditunggu muncul di depan pintu masuk surau.
         “Hah! Dia dah datang. Pergilah cepat.” Bisik Murni bila melihat Aryana masih teragak-agak.
“Kejap lah.”
“Cepat!” Seraya itu, Bella menolak tubuh Aryana ke depan bila Carl mendekati pintu surau.
“Opocot pak lebai!” Aryana menekup mulut bila dia tak sempat mengawal latah yang keluar dari bibir. Lepas tu pipi terasa merah sebab malu. ‘Kau melatah macam mak nenek depan dia kenapa, Put?’
  Carl nampak tersentak dengan kehadiran Aryana secara tiba-tiba itu. Wajah Aryana direnung dengan penuh tanda tanya. ‘Dah kenapa tetiba menjelma dekat sini? “Ehem...” Carl berdehem bila Aryana masih berdiri di situ tak bersuara.
“Err...aaa...ermmm...” ‘Apehal tak boleh cakap ni?’ Dia menoleh kebelakang mencari teman-temannya. ‘Wah, berani betul diorang tinggal aku kat sini.’ Bebel Aryana dalam hati bila melihat lima sahabatnya berada lebih kurang 10 meter darinya. Dah  tu masing-masing tengah tersenyum penuh makna pulak tu. Haih!
Can you make a move? Aku nak masuk.” Carl mula buka mulut bila Aryana hanya membatukan diri. Macam patung dekat tugu negara.
Aryana angkat kepala mencari mata Carl. Mak ai! Tinggi bebenor mamat ni. Aku yang sedia tinggi ni pun paras bahu dia je?
“Datang sini semata-mata nak ukur beza tinggi kita ke apa?" Carl angkat kening bila mata redupnya bertentang dengan mata bulat Aryana.
Gulpp! ‘Dia ni spesis boleh baca fikiran orang ke hapa?’ Dia berdehem sekali sebelum buka mulut. “Err... ermm... Petang ni...”
Kedua-dua tangan disilang ke dada. Menunggu apa yang nak disampaikan oleh gadis itu.
“Denda... pasal tadi... kena buat petang ni.” Terasa payah untuk mengatur ayat. Dan dia tak tahu kenapa.
“Lagi?” Soal Carl dengan muka tenang.
‘Lagi dia tanya? Eesh! Tak habis-habis dengan gaya cool entah apa-apa dia tu. Sedut nafas dalam-dalam. “Cikgu Hamzah suruh sampaikan pesan dekat kau ni. Kita kena bersihkan bengkel petang ni lepas waktu prep. Cikgu nak kita ada dekat bengkel tepat jam 5 petang ni. Cikgu cakap kalau tak datang dia akan kenakan denda yang lebih berat. Diwajibkan hadir petang karang. Is it clear?” Fuh! Laju macam hafal skrip la pulak.
Okay.”
“Hah?” ‘Itu je? Just OKAY?’
“Anything else?” Tanya Carl lagi bila Aryana masih tidak berganjak dari tempatnya. ‘Belum habis cakap lagi ke yang tak berginjak ni?’
Nope!” Pantas Aryana menjawab. 
“Again, move away. Aku tanak terlepas jemaah sekali dengan yang lain. Back off.”
“Eh!” Terpana jadinya. “Masuklah! Aku takde larang kau pun? Tak kesah langsung pasal kau nak masuk dalam.” Sakit hati pulak rasanya bila mendengar ayat yang bernada begitu sinikal.
“Tapi aku kisah.” Jawab Carl pendek.
  “Uh?” Dahi Aryana berlapis.
“Sebab kau berdiri di tengah-tengah laluan, miss.”
  Kenyataan itu buatkan Aryana laju menunduk ke lantai. ‘Alamak! Baru aku perasan yang aku berdiri betul-betul depan pintu surau. Bahagian lelaki pulak tu. Allah! Muka malu dia cuba kawan seketat-ketannya. “Oh! Tak perasan.” Muka tak bersalah dia pamirkan pada Carl sebelum dia melangkah ke belakang memberi laluan kepada lelaki itu. 
It’s supposed to be... Oh, sorry. Aku tak perasan. 'Sorry should be included in your sentences." Nasihat Carl dengan muka selamba masa dia menapak ke dalam surau.
Aiyak! Aryana ternganga dua saat. Terpempan dia di situ dengan nasihat yang berbaur sidiran dari lelaki itu. Dan dia hanya mampu terkedu tanpa sebarang suara.
But, miss. I think, I’ve to tell you something.” Panggil Carl yang tiba-tiba menghentikan langkahnya.
Aryana yang sedang mengatur langkah untuk mendapatkan para sahabat yang setia menanti dengan senyuman nakal, menoleh kebelakang. Langkahnya juga terhenti. Hanya tiga langkah yang menjarakkan mereka.
“Apa dia?” Soalan itu kedengaran agak kasar.
“I won’t  join you, this evening.”
“Pardon me?” Aryana tayang muka tak berapa nak faham. Tapi rasa tersentak tu memang ada. 
“Sebab aku tak bersalah pun.” Selamba Carl berkata.
“Hah?” Bulat mata hampir nak terkeluar sebaik saja dia dapt hadam maksud tersirat disebalik niat lelaki itu. “Kau jangan buat hal. Jangan cari pasal!” Nada Aryana bertukar rentak. Ayat-ayat ugutan dari Cikgu Hamzah berpusing-pusing di telinga.
“Memang aku tak salah pun. Kau yang mulakan dulu. So, kau sendiri tanggung.”
“Kauuu!!!” Tak dapat nak menahan baran, Aryana meluru laju ke arah Carl yang sudah berdiri di muka pintu surau. Niat di hati mahu je dibelasah mamat bajet cool tu.
          “Tolong jangan batalkan wuduk aku! Dan tolong hormat surau.” Suara Carl agak keras membuatkan Aryana menghentikan perbuatannya itu.
“Kau yang cari pasal dulu kan!?” Suara hampir tak terkeluar. Nasib baik surau. Kalau tempat lain, memang dah bergema suara dia di telinga lelaki itu.

         “Oh, come on. Not again!” Lima gadis yang setia menjadi pemerhati sejak tadi meluru mendapatkan Aryana yang sedang mencekak pinggang.



**********

Hot And Cold (Bab 3) (Reedit)


APA cerita?” Terjah Bella pantas sebaik saja muka Aryana menjengul di depan pintu ofis Cikgu Hamzah.
Dia tak membalas dulu. Jari telunjuk kiri diletak diletak pada bibir. Manakala tangan kanan pula menggenggam tombol pintu. Pintu ditutup perlahan. “Kalau ye pun, boleh tak tunggu aku tutup pintu ofis dulu?” Tangan Bella ditarik menjauhi bilik Cikgu Hamzah.
Sorry!” Tangan naik rapat ke bibir. “Excited meh.” Bella kenyit mata sebelah sambil tersengih comel.
So, cikgu cakap apa?” Celah Arissa. Macam Bella dan yang lain jugak. Dia jadi tak sabar. Sejak Aryana dan Carl diusung masuk ke dalam bilik Cikgu Hamzah setengah sejam yang lepas, dia dan yang lain turut menyibuk sekali sampai ke pintu ofis.
Peluk tubuh dengan kasar. Wajah mencuka terpamer jelas. “Benci gila!” Kaki menghentak-hentak lantai dengan kasar.
“Siapa?” Bulat mata Irwana merenung si teman.
“Carl?” Tukas Batrisya.
“Kau kenal dia?” Ada riak pelik di wajah Aryana.
“He’s my classmate.”
“Ohhhh...” Panjang nada ‘oh’ itu. ‘Budak Kejuruteraan Elektrik rupanya.’ “Dia memang suka cari pasal dengan orang meh?”
Definately not. Not at all.” Jawapan diberi bersama gelengan yang beriya. “Dia budak paling cool dan paling senyap dalam kelas. Percaya tak dah dua bulan kitorang satu kelas. Dan meja dia betul-betul depan meja aku. Tapi, dia tak pernah tegur aku. Even sepatah perkataan pun. Dia bercakap dengan budak-budak lelaki je. Tu pun aku boleh kira berapa patah perkataan yang keluar dari mulut dia sepanjang berada dekat kelas. Paling banyak dia bercakap pun dengan Apit. Maybe sebab diorang duduk sebelah-menyebelah.”
“Dia duduk depan kau. Dah dekat dua bulan. Tapi sepatah pun dia tak pernah bercakap dengan kau?” Pintas Murni yang berdiri di sebelah Bella.
Batrisya menggeleng lagi. “Aku je yang dok bercakap dengan dia.”
“Dia respons tak?”
“Kalau tak angguk, dia geleng. Kalau tak geleng, dia angguk. Kalau korang nak tahu, Carl tu expert dalam semua subjek. Memang gila-gila expert. Tapi dia tak kedekut ilmu. Kalau aku tak faham, aku tanya Apit.”
Kenyataan terakhir itu buatkan lima kepala berkerut kening.
“Cop!” Murni angkat tangan, menghentikan penerangan Batrisya. “Part ayat kalau kau tak faham, kau tanya Apit? Tapi yang kau cerita, budak Carl tu pandai gila dan tak kedekut ilmu. Tiba-tiba kau tak faham kau tanya Apit.”
“Haah. Aku yang jadi tak faham dengan cerita kau. Kaitan Apit dalam pernyataan tadi apa sebenarnya?” Kerutan pada dahi Arissa dah bertambah lapis.
Batrisya koyak senyum dulu sebelum membalas. “Iyelah. Dah dia tak bercakap dengan aku. Bila aku tanya Apit, Apit akan tanya Carl. Then Carl akan explain dekat Apit dan secara tak langsung dekat aku jugak. Maka, sebab tulah aku cakap dia pandai gila dan tak kedekut ilmu.”
“Ohhhhh.” Lima ulas bibir membentul ‘O’. Penjelasan Batrisya itu berjaya menghilangkan lapisan-lapisan yang hadir pada dahi para sahabat.
“Tapi, pandai tak pandai pun... dia dah cari pasal dengan aku!” Bentak Aryana bila muka ‘bajet cool’ Carl datang bertubi-tubi di ruang mata. “Kalau tak sebab dia, aku tak perlu susah payah nak bersih bengkel!”
“Kau kena denda bersih bengkel?”
Yes! Kau tau tak bengkel apa?” Tepat mata Irwana ditenung.
“Kau jangan cakap bengkel KA?”
“Unfortunately... yes!”
Mata Bella besar. “Gila best. Bengkel KA semak kot. Pasir berlonggok-longgok. Bata berterabur. Simen berguni-guni pecah. Kita belum mula buat kerja kursus sebab bengkel semak tahu tak?”
Bella yang boleh jadi arif pasal keadaan bengkel KA itu pun sebab dia budak kelas Kejuruteraan Awam. Sama dengan Aryana. Ingat lagi minggu lepas Cikgu Muaz merangkap cikgu mata pelajaran Kejuruteraan Awam ada cakap yang kelas mereka belum boleh mulakan kerja kursus sebab keadaan bengkel serupa itulah.
What to do? I’ve no choice. Antara potong 100 d-merit dengan bersih bengkel KA, kau rasa aku patut pilih yang mana?”
“Seratus!?” Lima suara bergabung, tak percaya.
Arissa tepuk bahu Aryana. “Aku sokong pilihan kau.”
“Sememangnya pilihan yang tepat.” Batrisya mencelah, menyokong.
Masing-masing punya rasa lega sebab Aryana bijak membuat pilihan. Jangan main-mani dengan d-merit. Boleh gelap masa depan sijil sekolah.
“Tapi kena bersih bengkel KA!?” Tak puas hati dia makin menjadi-jadi. “Arghh!” Pekik Aryana berang sebelum terjerit kuat dihujung ayat. Tak menunggu lama, dia terus buka langkah laju meninggalkan bangunan bilik guru.
“Wei, Put! Tunggu ah!” Jerit Murni. Terkocoh-kocoh dia mengejar Aryana. Bella, Batrisya, Irwana dan Arissa ikut dari belakang. ‘Fuh! Rasa macam dah lari seratus meter aku punya semput.’
Tak menoleh langsung. Dia tetap mengatur langkah menuruni tangga. Berdetap-detap bunyi tapak kasut.
Gigih punya gigih dapat jugak Murni memaut lengan Aryana. “Chill ah, Put. Kau nak ke mana ni?” Tercungap-cungap dia bertanya.
Langkah mati. Satu rengusan kasar dihela. “Aku nak pergi kantin. Lapar!” Kata dia. Muka sedang bercahaya dengan pelbagai jenis riak. Masam, kelat dan pahit. Manis je yang tak ada.
“Wohoaa... Kau jangan buat pasal. Masa rehat dah lama habis kot. Karang tak pasal-pasal kena cekup.” Tegah Irwana. Dia adalah kawan yang paling baik sedikit antara mereka berenam bersuara. Antara kawan yang agak berhati-hati dan berfikir sedalam-dalamnya sebelum ambik keputusan untuk buat onar menyertai kawan-kawan yang lain. Sikit je baik pun. Takut-takut berani.
“Dah tu? Aku lapar gila. Takkanlah aku tak boleh nak pergi cari makan? Lagipun, menghadap cikgu Hamzah dalam masa rehat, bukan atas kehendak aku. So, aku boleh kira ini sebagai excuse.”
“Kata kau excuse. Kata cikgu-cikgu?”
Rengus kasar. Mata juling ke atas dua saat sebelum dia pandang tajam ke muka Irwana.
“Aku nak pergi makan, Wana. Kalau kau tanak ikut, it’s okay. But, please let me go. Jangan halang aku. Aku lapar!” Aryana ingin mengorak langkah. Genggaman tangan Irwana dileraikan.
Okay. Okay. Chill.” Murni cuba meredakan keadaan. Bahu Aryana dipegang. “Kita ke kantin. Kitorang pun lapar jugak ni. Tunggu kau dekat sini sampai masa rehat habis.” Tangan mendarat pula di bahu Irwana. “Wana, kalau tak berani nak ikut kitorang pergi makan, kau boleh masuk kelas. Kitorang tanak paksa. Siapa yang nak ikut, jom. Siapa yang nak masuk kelas terus, okey then.”
“Aku ikut?” Murni cepat-cepat mencelah.
Me too!” Batrisya tunjuk sengih.
Arissa angkat tangan beriya. “Aku pun. Lapar...” Sambil menggosok perut.
“Wana?”
Lima pasang mata terpaku ke muka Irwana.
Riak serba salah tertera jelas di wajah itu. Dia tunduk merenung lantai sambil berfikir. “O...kay laaaa...” Walaupun lambat-lambat dia kasi jawapan, namun jawapan itu berunsurkan positif.
“Alhamdulillah.” Masing-masing menadah tangan ke langit. Enam pasang kaki bergerak seiring berlalu dari situ. ‘Maaf, cikgu. Terpaksa ponteng kelas sebab lapar sangat!’

*****

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta