Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Tuesday, November 24, 2009

Bila Amar Dah Suka Dia 8

“AMAR.”


Badan mengiring ke kanan.


“Amar…” Dua harakat panjang nada Izham. Bahu Amar yang tengah tidur mati itu digoncang.


Dipusing pula ke kiri. Tanpa sedar bantal dicapai menutup muka. Amar menyambung dengkuran. Langsung tidak menyedari kehadiran Izham di situ.


Izham dah mula naik hangin separuh badan. Asal mamat ni susah sangat nak bangun hari ni? Mata mengerling sekilas jam ditangan. Dah pukul dua petang pun. Kalau anak dara sure orang tanak ambil buat menantu kalau dah tidur sampai waktu macam ni. Nasib baiklah member aku ni anak teruna. Hailah~~ ”Bangun lah weyh ! Ada surprise untuk kau kat bawah nuh.” Lagi kuat tubuh Amar digoncang. Tapi sia-sia je usaha Izham bila lelaki langsung tak menunjukkan sebarang tanda hendak membuka mata.


Grrgghhh!!! Nafas disedut dalam-dalam. Mulut dibuka seluas mungkin. Dan… "Amar Taqqiuddin!!!"Dengan penuh rasa bengang ya amat Izham menjerit. Satu saat… Dua saat… Tiga saat… "Hailah!" Badan dihumban kuat atas katil Amar. Izham meronta-ronta macam budak kecil bila dia gagal lagi. Cadar katil ditarik-tarik. Bantal dilontar ke bawah. Sungguh! Amar memang tidur mati. Pergerakan Izham terhenti bila otak tetiba membuahkan satu idea. Dua saat kemudian bibir menarik senyum. Nakal! Laju dia melompat turun dari katil menuju ke destinasi.


Tak sampai lima minit Izham muncul kembali. Tangan kanan dan kiri bergabung tenaga lalu…


"Tsunami!!!Tolong!Tolong!Tsunami!!"


"Hak!Hak!Hak!"Tanpa boleh dikawal, ketawa Izham pecah. Muka ngeri Amar yang dah terpacak disebelah katil betul-betul berjaya membuatkan hatinya geli. "Gaya macam rumah tepi laut je nak ada tsunami."


"Am!"Sergah temannya itu seraya sisa air yang melekat dimuka dengan t-shirt tanpa lengan yang tersarung pada badan. Mata jatuh pada baldi biru yang dipegang Izham. "Kau gila ke apa?Main jirus air pulak."Bahagian tengah katil yang basah dituding."Malam ni aku nak tidur mana?"


"Dengan atuk pun boleh." Jawab Izham sambil kelip mata tiga kali. Sengaja menambah kebengangan Amar.


"Kau main-main eh? "Izham dijegil besar. Boxer kotak-kotak yang dipakai dibetulkan. "Kau memang sengaja menempah bala kan?"


"Rilex ar Amar. Aku memain jek." Izham mula kecut bila Amar dah tunjuk muka macam gajah kena bakar hidup-hidup. Hidung sahabatnya itu kembang kempis menahan amarah. Sumpah aku dah over-bengang dengan budak Izham ni!


"Memain hotak kau!" Kaki mula diatur ke arah Izham yang berada di sebarang katil. "Kau sini! Aku nak ajak boxing!"


"Weyh...weyh! Boxing apekebendanya time nih?" Izham mula bergerak ke belakang. Gila ke apa celik mata je nak ajak boxing segala? Mamai kot si Amar ni. "Amar, kau ni sebenarnya sedar ke tak? Kalau tak aku nak jirus dengan air sekali lagi. Dua baldi aku kasi. Nak?"


"Izham!!!" Dengan jeritan itu, maka pecutan 100 meter pun berlangsung tanpa dirancang.


"Am, serious kau nak ajak aku boxing nih?"Dalam keadaan huru hara itu sempat Izham menyoal. Selaju mungkin dia berlari meyelamatkan diri.


"Kau rasa macam mana?"


"Aku rasa kau serious."


"Dah tu asal tanya lagi?" Semakin laju Amar mengejar.


"Saja tanya." Dan semakin pantas Izham berlari menapak menuruni tangga.


Bila sampai je di anak tangga paling bawah, langkah Amar terhenti dengan automatiknya. Tercengang lima saat sebaik saja matanya menangkap kelibat seseorang yang dikenali berborak dengan Haji Rahim di ruang tamu. Telinga ditadah luas cuba mengenali suara lembut yang macam pernah dia kenal. Perlahan-lahan gadis yang bertudung litup membelakanginya dihampiri.


"Morning, Amar Taqiuddin." Sapa atuk dengan nada yang betul-betul sinis. Senyuman mengejek dihadiahkan kepada cucu kesayangan.


Amar yang mendengar sindiran itu terkulat-kulat. Tangan dibawa ke belakang leher. Sesekali rambut yang serabai ditarik-tarik Hailah Haji Rahim ni...dah nama pun weekend. So...


Izham yang dah berdiri disebelah Haji Rahim tayang simbol 'peace' padan muka. Asal celik mata je dah kena sound dengan Haji Rahim. Sesekali matanya memberi isyarat pada Amar dengan mengerling gadis yang masih belum menoleh itu.


Amar pelik. Kening kanan dan kiri hampir bertaut. Anak dara siapa yang tersesat kat sini? Dating dengan atuk ke? Tolong jangan cakap yang aku nak dapat nenek baru. Oh tidak! Dia mengorak tiga langkah ke depan. Ingin mengintai siapa tuan empunya badan.


"Kamu tak payah nak mengintai anak dara orang."


Dengar saja suara keras itu, terus dia terkaku. Amar tidak jadi meneruskan langkah. Takut-takut mata atuk direnung. Hak alorh atuk ni, potong line la. Nak usha sikit je pun. Itu pun tak kasi. Tapi asal hati aku rasa kencang lain macam jek?


"Better kamu naik mandi sekarang. Kejap lagi dah nak makan tengah hari. Kamu tau tak, dekat dua jam Aqilah tunggu kamu nak makan sekali. Dah tu bila bangun tidur pulak memekak sampai bergegar rumah." Tu dia... Ini lah yang dipanggil bila Haji Rahim dah membebel. Tajam matanya merenung Amar yang dah tayang muka macam gajah terkejut.


Aaa...paaa!??? Luas mulut ternganga sebaik saja telinga menangkap sebaris nama yang disebut oleh Haji Rahim lima saat yang lepas. Dia!? Aqilah!? Dia!? Aqilah!? Dia!?


"Hah, tunggu apa lagi? Megah sangat tayang boxer kat Aqilah?"


Gulpp! Dua kali air liur ditelan rakus. Terasa macam muka disambar petir. Malu tak payah cakap la. Boleh pulak atuk cakap macam tu depan dia!? Nasib baik dia tak toleh belakang. Kalau tidak, nak tak nak kau kena kahwin dengan aku sebab kau dah tengok aurat aku. Erk!? Boleh pulak macam tu? Pape je la Amar. "Sorry." Ucap Amar perlahan sebelum berlalu meninggalkan ruang tamu. Terkocoh-kocoh dia meniti anak tangga.


Laju Izham menekup mulut menahan tawa. Kalau ikutkan hati nak saja aku ketawa tak ingat dunia bila Amar kena marah. Tapi disebabkan atuk yang berada di sebelah terus dibatalkan niat jahat itu. Kesian kau Amar. Dah besar gajah macam ni pun still kena bebel lagi. Depan buah hati pulak tuh. Nasib kau lah sahabat.


"Hah!"


Tak sampai satu saat senyuman Izham mati bila disergah tetiba. Cepat-cepat dia menegakkan badan macam askar tengah kawad kaki.


"Kamu pun sama je Izham. Asal main kejar-kejar dengan Amar macam tuh? Tak malu ke dekat tetamu? Nama je besar panjang tapi perangai..." Ayat seterusnya tidak disambung. Haji Rahim menggeleng kesal. Pening kepala dia bila memikirkan sikap Amar dan Izham yang tak pernah berubah. Tapi senakal-nakal dua sahabat itu, nasib baiklah mereka serius dalam bekerja. Hanya hal yang satu itu boleh membuatkan Haji Rahim hidup dengan tenang. Kalau tidak mahunya dua makhluk itu dihantar masuk tabika semula.


Aqilah yang dapat menangkap muka Izham yang dah berubah riak tersenyum lebar. Dia tergeleng-geleng. "Itu lah, siapa suruh cari pasal?" Gadis itu tarik sengih nakal.


”Ala atuk ni...” Izham dah mula merengek. ”Hidup mesti lah kena happy. Okey what Am dengan Amar macam ni. Atuk suka ke kitorang jadi murung je dua puluh empat jam. Monyot tujuh hari tujuh malam. Bisu tiga ratus enam puluh lima hari? Karang atuk kot yang tertukar perangai dengan kitorang. Atuk happy go lucky, Am dengan Amar pulak yang garang.” Panjang lebar dia membalas tanpa memikirkan respon yang bakal diterima. Ada Aqilah berani lah dia. Heh! ”Atuk tak apa lah ada sahabat. Setia je dengan tongkat dengan paip tuh. Am tak sempurna kalau tak ada Amar. Amar pulak tak boleh hidup kalau tak ada Am. Tak kan lah kitorang...”


”Eh Izham!” Celah orang tua itu dengan suara mendatar. Ewah, budak nih. Aku sound dia, dia sound aku balik? Paip disedut kasar sebelum kepulan asap dihembus. Sepasang mata kuyu Izham menjadi mangsa tenungan menikam Haji Rahim.


Aqilah yang duduk bertentangan dengan dua lelaki itu dah hampir nak semput punya lah kawal gelak. Gila berani betul si Izham nih.


“Sikit yang atuk cakap, banyak pulak yang kamu menjawab ye?” Kepala tongkat dipegang erat.


Ventrikel kanan dah terasa kecut. Pandangan Haji Rahim memang hampir membuatkan denyutan jantung dia terhenti. Alamak Am! Hantu mana yang masuk dalam badan aku ni sampai tak sedar aku boleh terlawan cakap Haji Rahim? ”So..sorry atuk.” Terketar-ketar dia meminta maaf. Jangan sampai atuk bidas aku dengan tongkat dia sudah. Sungguh aku tak nak!


Better kamu pergi kedai tolong Mak Kinah belikan kicap daripada kamu duduk menempel kat sini.”


Dia menjuih muncung dua inci. Pergi kedai!? Ini yang lemah ni. Halahai~~ “Atuk minta la Pak Husin belikan. Am malas ar nak keluar.”


Terjegil mata orang tua itu dengan jawapan yang diberikan. “Pak Husin kan pergi servis kereta? Tak boleh ke nak mintak tolong kamu? Ke kamu nak atuk yang pergi belikan?”


”Boleh jugak.” Dengan muka habis innocent Izham membalas. ”Lagipun Am rasa dah lama atuk tak pergi kedai depan taman tu. Sesekali jalan-jalan apa salahnya atuk. Hirup udara segar.” Heh! Am berani potong kaki la kalau atuk pergi kedai. Susah sangat lah nak tengok atuk drive sendiri. Selalunya kalau nak gerak ke mana-mana mesti dengan Pak Husin. Tak pun Amar atau Izham. Kalau nak bergerak solo tu, macam harapan je lah.


“Izham!” Bergetar hebat nada Haji Rahim. Sikap Izham betul-betul menduga kesabaran dia. Dah melampau sangat si Izham ni.


Memang dah sangat tak boleh tahan, akhirnya Aqilah menghemburkan tawa dengan telatah si atuk dan cucu itu. Pandai saja Am menjawab bila atuk buka mulut. Ini baru Izham sorang atuk dah hampir putus nafas. Kalau dicampur dengan mamat poyo tu pulak, mau bergoncang dunia gamaknya. Haji Rahim, walaupun nampak bengis tapi jelas kelihatan dia menyayangi Amar. Izham orang luar pun sudah dianggap seperti cucu sendiri. So, no wonder la dia sebagai orang baru pun dah terasa disayangi oleh lelaki tua itu. Mana taknya, kali pertama bertemu dengan Haji Rahim, dia dah mula rasa senang berbual dengannya.


”Okey... okey...” Kedua-dua tangan diangkat tanda mengalah. ”Atuk, don’t take heart lorh. Am kidding jek.” Am nak pergi la ni.”


”Banyak la kamu punya don’t take heart. Entah apa simpulan bahasa yang kamu pakai ni? Dah-dah! Pergi kedai cepat. Karang kamu dengan Amar tak berselera nak makan pulak kalau tak ada kicap.” Masak sangat dengan perangai kedua-dua cucunya itu. Jangan harap lah diorang nak sentuh nasi kalau tak ada kicap. Tak kisah la ada seribu hidangan sedap pun, kicap tetap jadi hidangan utama. Memang senyawa sungguh dua sahabat ini.


That’s why la kitorang sayang atuk. Hanya atuk yang memahami kitorang. Only you…


“Kamu jangan nak bermadah bagai kat sini. Karang atuk ketuk jugak kepala kamu dengan kepala tongkat ni nak?” Sungguh lah boleh lesap kesabaran aku dengan budak Izham ni.


”Heee...” Izham koyak sengih sampai ke belakang telinga. ”Qilah, jom?” Sempat lagi dia mempelawa Aqilah sebaik saja melintasi gadis yang masih tersenyum ceria itu. Tiga kali kening digerak-gerak bersama sengihan gatal.


”Izham!”


”Yeah...yeah...yeah...” Berlari-lari lelaki itu menuju ke luar rumah bila Haji Rahim dah melayangkan tongkat saktinya.


”Perangai senget dia memang tak boleh nak diubah lagi dah.” Keluh Haji Rahim sambil menggelng kesal. ”Maaf ye Aqilah pasal perangai tak betul si Izham tu. Perangai dia memang macam entah pape sikit. Kalau ditokok dengan Amar memang boleh migraine atuk ni.”


Kata-kata itu dibalas dengan ketawa sebelum Aqilah bersuara. ”Tapi, atuk jugak pernah cakap kat Qilah kalau sehari tak melayan telatah senget bebudak tu, atuk sunyi.”


Muka Haji Rahim yang sinonim dengan riak bengis, boleh tersenyum bila dia berbual dengan gadis manis itu. ”Itu lah. Bila diorang senget, atuk pening. Bila diorang diam lagi lah atuk pening.” Dia ketawa dihujung bicara.


”Senakal-nakal diorang, itu lah yang atuk sayang kan?”


Senyuman makin lebar. ”Of course la. Sebab tu lah atuk rasa nak kahwinkan budak berdua tu cepat-cepat. Baru lah diorang matang sikit bila dah pegang status suami orang. Calon Amar dah jumpa. Izham punya calon yang belum lagi.” Paip diletak di atas meja. Muka Aqilah direnung. “Qilah, atuk ada benda nak dibincangkan dengan kamu.”


Telan liur. Spontan tubuh menegak. Aqilah dah mula tak senang duduk. Macam boleh agak je apa yang atuk nak cakapkan ni. Nafas dihela panjang. ”Ada apa atuk?”


***


SEUSAI makan tengah hari, Amar membawa diri ke halaman rumah. Izham lepas makan tadi terus mencari mangkuk tandas. Membuang segala apa yang terisi di dalam perut. Mau taknya, makan macam orang kebulur. Semua menu dia hentam. Dah tu, empat pinggan nasi selamat dia telan. Haji Rahim pula naik ke bilik. Aqilah ringan tulang menolong Mak Kinah mengemas dapur. Tinggal lah Amar berteleku sendirian. Kepala didongak ke langit yang biru. Kepulan awan berterabur indah. Cantiknya ciptaan yang Maha Kuasa. Entah kenapa hatinya lapang dengan kehadiran Aqilah hari ini walaupun belum pun satu huruf mereka berbual antara satu sama lain sejak tadi. Hanya Amar, atuk dan Mak Kinah je yang lawan menyoal gadis itu ketika di meja makan sebentar tadi. Amar hanya bertindak mendiamkan diri. Rasa macam mulut digam dengan gam gajah bila berdepan dengan Aqilah. Lidah pula kelu lain macam.


”Assalamualaikum.”


Sedang dia leka melayan otak, satu suara lembut menyapa dari belakang. Terus kedudukan dibetulkan. Kaki yang diparking elok atas meja diturunkan ke bawah. Mata mencari kelibat tuan empunya suara. "Waalaikumussalam."

Senyum segaris. Mug yang berisi air diletak di hadapan Amar. ”Mak Kinah suruh saya hantarkan nescafe dekat awak.”


Amar hanya mengangguk dua kali.


”May I?” Soal gadis itu sambil menuding kepada kerusi batu yang bertentangan dengan Amar.


”Sure. Cuba melemparkan senyuman even hati dah huru-hara. ”Please, have a seat.”


Senyumam berbalas. Dengan penuh kesopanan kerusi diduduk. “Amar.” Perlahan suara itu memanggil.


“Ye.” Amar telan liur.


Kedua-dua tangan digenggam. Qilah, nak cakap ke tak ni? Aqilah menyoal hatinya sendiri. Muka nampak sedikit resah.


”Are you going to tell me something?” Senafas dia bertanya bila agak lama Aqilah membisu. Muka gadis yang tertunduk itu cuba diintai.


Lambat-lambat Aqilah mengangguk. C’mon Qilah. Nak tak nak kau kena cakap juga. Ini soal masa depan kau okey! Sekali lagi hatinya berdetik. “Hmm... Actually tadi atuk...”


Go on.” Hati Amar meronta-ronta ingin tahu apa yang bakal keluar dari bibir mungil itu.


Tarik nafas. Hembus. Tarik. Hembus lagi. Tarik… “Atuk cakap weekend ni…”


Weekend ni...”


”Atuk... nak...”


”Atuk nak apa?”


Okey, shoot! ”Pinangkan saya untuk awak. Then tunangkan kita terus.”


Pardon!?” Biji mata hampir tersembul. Mulut membentuk O. “Serious?”


Aqilah mengangguk sebagai jawapan.


Amar! Kau akan ditunangkan dengan dia!? What!? Bertunang dengan Aqilah. Hah!? Aku nak tunjuk respon yang macam mana. Tipu lah kalau aku tak seronok ya amat. Tapi, tak perlu kot aku nak tunjuk gaya terencat aku. Am... Mana Am!? Di saat inilah dia mencari bayang Izham. Rasa macam nak je dia berlari redah masuk tandas mencari Izham. Rasa nak peluk Am kuat-kuat. Rasa nak jerit pada dunia bahawa aku akan bertunang dengan gadis yang dah berjaya buat aku tak tidur malam sejak kali pertama bertentang mata. Ceits! Tipu lah kalau aku tak tidur langsung. Perumpamaan yang melampau tuh. Amar, rilex okey. Cool... Jangan excited sangat lorh. Sedaya upaya Amar control macho even kat dalam hati dah berselerak dengan pelbagai rasa.


“Atuk yang cakap. Tapi saya...”


Melihat muka Aqilah sudah mula berubah mendung membuatkan Amar tersentap.


“Minta maaf, saya belum bersedia nak jadi isteri orang.” Lembut suara itu kedengaran. “Saya tau awak pun tak setuju dengan penjodohan ini kan?”


Erk!? Siapa cakap saya tak setuju? Balas Amar dalam hati. Perasaan gembira sebentar tadi mulai lesap bila mendengar bicara seterusnya dari Aqilah. ’Saya belum bersedia nak jadi isteri orang.’ Sebaris ayat itu berjaya melekat kuat di otak dan hati. Sebaris ayat yang bisa membuatkan denyutan nadi Amar terhenti.


So, saya nak mintak tolong awak.” Muka Amar dipandang lima saat. “Tolong cakap dengan atuk, jangan teruskan penjodohan ni. Masih banyak lagi impian yang belum saya capai. Kalau boleh biarlah saya berjaya mengejar cita-cita saya dulu sebelum bergelar isteri orang.”


Sepi. Amar tak terluah sebarang ayat. Sungguh hatinya hancur dengan kata-kata yang diluahkan oleh Aqilah. Lebur terus impiannya untuk mengambil gadis itu sebagai permaisuri hidup. Berkecai terus harapan untuk hidup bersama Aqilah.


”Amar, awak boleh tolong saya kan?” Separuh merayu suara Aqilah menyapa telinga.


Muka mendung gadis itu mernatap jantung.Ya Allah, andai ini takdir aku... aku redha... Lima saat Amar menyepi sebelum memulakan bicara. “Aqilah...”


“Atuk!!!”


Serentak dua kepala menoleh ke belakang bila mendengar jeritan Izham.


“Ya Allah, atuk!” Amar mengatur langkah seribu mendapatkan Haji Rahim yang dah terkulai layu di ribaan Izham.


“Atuk!” Aqilah ikut dari belakang. Tiga muka jelas cemas melihat Haji Rahim seperti sukar bernafas. Tangan kanan diletak pada dada.


“Atuk!” Amar panik. Pipi Haji Rahim diusap lembut. ”Atuk kenapa ni!? Am call ambulans cepat!” Dah gaya macam orang hilang akal Amar ketika itu. Tanpa membuang masa Izham terus mengeluarkan handphone mendial nombor ambulans.


”A...a...mar...” Tersekat-sekat sua orang tua itu memanggil nama cucu tunggalnya itu.


”Ye atuk.” Rasa sebak dah ketat di dada.


Aqilah di sebelah sudah mengalirkan air mata. Dada Haji Rahim disentuh lembut. “Atuk, mengucap atuk.”


“Qi...Qi...lah...” Nama Aqilah pula diseru. Terketar-ketar tubuh lelaki tua itu di dalam pelukan Amar.


“Ye atuk.” Dengan sendu dia menyahut.


“To...to...long atuk.”


“Apa atuk?”


“Ja...jadi... is..te..ri.. Amar.”


Tersentap dia dengan permintaan itu. Dalam situasi sebegini, otak tak dapat berfikir dengan rasional. Aqilah serba salah. Tak tau nak jawab apa. “Atuk, kita ke hospital?”


Lambat-lambat Haji Rahim menggeleng dengan permintaan itu. “A...aa...tuk. Tak aa...kan pergi...” Tercungap-cungap dia menarik nafas. “...se...la...gi...” Tarik lagi. “Kaa...muu... tak... se..tuju.”


Kata-kata itu membuatkan Aqilah pejamkan mata lima saat. Air mata merembes laju di pipi. Ya Allah, andai ini takdir aku.... “Qilah setuju atuk.” Tanpa rela tiga patah perkataan itu diluah keluar.


“Te..terima... kaa...sih...” Selepas mengucapkan terima kasih, mata Haji Rahim terus tertutup rapat. Tubuhnya kaku di atas riba Amar.


”Atuk!!!” Tiga suara bergabung.


”Am, kita kena bawak atuk ke hospital!” Jerit Amar pada Izham. Kepala Haji Rahim diletak di atas riba sahabatnya sebelum Amar berlari mendapatkan kunci kereta.


”Qilah, pergi panggil Mak Kinah!” Arah Izham dengan mata yang betakung.


Aqilah menganggguk laju seraya berlari ke dalam rumah.


”Atuk! Bangun lah! Am tanak atuk mati! Am sayang atuk!” Sekuat mungkin Izham meraung. Pipi Haji Rahim ditepuk-tepuk. ”Tolong jangan tinggalkan Am dengan Amar! Jangan mati atuk!”


”Diam lah kamu!”


”Erk!” Hampir terkeluar anak tekak Izham bila melihat Haji Rahim celik mata semula.


”Atuk belum mati!?”


”Kamu nak sangat ke atuk mati!?”


Laju Izham menggeleng. ”Tapi kenapa...”


”Pecah rahsia ni, pecah lah kepala kamu atuk kerjakan.”


”Am tak faham.” Izham muka blurr. Sekejap atuk mati. Sekejap tak mati. Mana satu ni?


”Tak faham diam! Ikut je rentak atuk.”


“Tapi atuk...”


“Izham!”


“Okey...okey.” Senyuman mula tersungging bila otak Izham dapat menangkap sesuatu. “Atuk buat semua ni sebab nak satukan Amar dengan Qilah eh?”


“Bijak jugak kamu ni kan?”


Makin lebar senyuman. ”Of course lorh. Ini Izham lah atuk.”


“Diam! Amar dah datang tuh. Sambung nangis cepat.” Kalut-kalut Haji Rahim berkata bila dia ternampak Amar berlari semula ke arah mereka sebelum mata dirapatkan kembali.


”Atuk! Bangun lah!” Dan dengan selambanya macam tak berlaku apa-apa Izham meneruskan lakonan. ”Jangan mati dulu!”


"Am, cepat angkat atuk masuk kereta!" Arah Amar seraya mengangkat tubuh atuknya dari ribaan Izham.Dua tenaga bergabung mencempung tubuh Haji Rahim menuju ke luar rumah.


”Atuk, Amar sayang atuk.” Sayu suara Amar menuturkan ungkapan keramat itu. Hanya Allah saja yang tau perasaan dia ketika ini. Ya Allah~~

*************************************************************************************

p/s :- mcm biasa... nak mntak sory sbb lmbt update blog. sgt bz dgn study. bdk uni dah abes exam kan? now bdk poli plak yg kalut nk exam. so, time mcm ni la lect nk wt kuiz, asimen, test... so sgt bz lorh.. jgn marah eh... enjoy~~ :)

Monday, November 9, 2009

Bila Amar Dah Suka Dia 7

”AMAR please...”

”Aku tengah buat kerja ni Am.” Sebuah fail yang menempatkan kedudukan kewangan syarikat dibelek. Penuh dengan ketelitian dan kekusyukan. Amar bila tengah bekerja ini la gaya dia. Gaya pekerja yang berdedikasi. Puju rayu sahabat sendiri sejak hampir satu jam yang lepas hanya dibiar sepi. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

”Am... tolonglah bawak aku.” Sepuluh jari tersusun kemas. Izham muka tak puas hati. Amar yang tengah leka menatap fail ditenung tajam.

Helaian muka surat seterusnya diselak.

”Amar...”

”Weyh Am!?” Bentak lelaki itu separuh kuat bila Izham dah mula merangkak naik ke atas meja dia. ”Turun la weyh! Habis barang aku tunggang langgang nih. Turun!” Sambungnya lagi sambil menolak tubuh Izham. Tiga buah fail yang terhumban ke lantai dikutip. Gila ke apa budak Izham ni. Sampai naik ke meja segala. Hailah~~

”Aku tak akan pijak lantai selagi kau tak cakap yang kau nak bawak aku jumpa dia!” Gertak Izham dengan muka bengis. Aku bukannya mintak benda pelik-pelik pun. Itu pun tak boleh nak tunaikan ke? Haisyh!

Tersentak Amar mendengar gertakan itu. Kecil matanya merenung muka tak bersalah Izham. Ewah, main gertak-gertak pulak. ”Kau tak rasa yang kau sangat melampau?”

”Tak.”

Pakk! Amar tepuk meja. ”Okey. Fine!” Gagang telefon diangkat lalu nombor yang dah sebati berada di kepala hotak didial dengan rakus. Hampir sepuluh saat akhirnya panggilan dijawab. ”Assalamualaikum... Lunch karang saya jemput awak. Pukul 1.30.” Klik!” Hanya itu yang keluar dari bibir Amar. Mata berlari ke muka Izham yang dah pun kupas senyum puas. ”Satisfied huh!?”

”Of course lorh!”

***

Where’s she? Aku dah gila teruja ni nak jumpa dia.” Soal Izham sambil memandang tepat ke arah tabika yang megah berdiri sepuluh meter di hadapan mereka.

Hak alorh... Dia pulak yang lebih-lebih ni apehal? ”Rilex ar bai. Kejap lagi dia keluar la. Yang kau over-excited ni apehal? Atuk kenenkan aku dengan dia or kau? Gaya macam kau jek yang kena paksa kahwin dengan dia.” Ujar Amar seraya menggeleng tiga kali.

”Hahaha!” Tawa bergema seluruh kereta. ”Haih... Dengar macam jealous jek nih. asal? Kau takut aku terjatuh dengan dia ke?”

Amar mula gelabah. Hati pun dah mula bergoncang hebat. Haisyh! Jangan lah Am. Kalau ye pun aku harap bukan kau. Orang lain aku boleh gagah nak terima but not my buddy. Please... Tapi kalau betul la benda ni terjadi apa yang perlu aku buat? Serious!Demi Izham sanggup aku korbankan perasaan aku. Kalau itu yang boleh buat kawan aku bahagia. Huhuhu...

”Weyh!”

Terus otak bergerak seiring dengan hati bila terasa tangan Izham melekap kuat dibahu. Amar toleh kiri. ”Kau pehal?”

”Tu...” Muncung dipanjang ke depan.

Erk! Telan liur. Rate jantung semakin tak sekata. Oksigen pun macam nak tak nak je masuk lubang hidung bila terpandang sesusuk tubuh yang sedang berjalan menuju ke arah mereka. Amar... Calm down okay...

”Yes!” Izham melompat riang bila mata menangkap riak muka si sahabat dah berubah pucat lain macam. Betul tekaan aku. Memang betul dia. ” Is she Aqilah?” Angkat kening tiga kali.

Amar diam. Hanya pandangan mata masih melekat pada gadis yang sudah menghampiri.

”Hoi!” Pipi Amar ditepuk dua kali. ”Aku report sama atuk yang kau usha anak dara orang sampai macam ni sekali. Atuk tak pernah ajar buat macam ni kan?” Usik lelaki itu sambil tersengih panjang. Sungguh lah Amar dah mula tangkap cintan. Weyh sahabat. Kau tak ngaku pun aku tau la. Nak sorok feeling konon. Dengan aku tak dapat lah.

”Haisyh! Sakit lah tenuk!” Tubuh Izham ditolak kasar. Hadoii! Kantoi lagi. Hmmph... ”Aku bukan usha dia la. Aku usha play ground kat laman tabika nuh. Kecoh ar kau ni.”

”Usha play ground la sangat. Ceits! Blah ar. Weyh diam diam! Dia dah dekat tu. Amar, control macho sikit.” Necktie yang tergantung di kepala seat dicapai lalu dihulur kepada Amar. “Wear this tie. Baru nampak macho.”

“Weyh!” Tangan Izham yang ingin menyarung necktie ke leher ditepis laju. “Apehal pulak kena pakai necktie bagai? Kau ingat kita nak attend meeting pasal masalah company ke?” Kena backhand jugak mamat ni dengan aku karang.

“Syyhh…” Kata-kata Amar dibiar sepi. Izham buka pintu kereta bila Aqilah dah berdiri di sebelah Amar. Senyuman paling manis dihadiahkan buat gadis yang ayu berbaju kurung danbertudung litup itu. Amar kau memang lucky.

Amar kaget bila melihat reaksi gila excited sahabatnya itu. Ya Allah tolong jangan izinkan Am buat perangai dahsyat dia. Am, tolong jaga air muka aku temanmu ini. Don’t create a stupid probs okay. Cepat-cepat dia pun ikut menonong keluar berdiri di sebelah Izham bila lelaki itu terpacak di depan Aqilah.

“Hai.” Sapa Izham ramah seraya menghulur tangan.

Muka Aqilah sedikit berubah. Dia hanya kaku di situ dengan kening bertaut. Biar betik mamat nih. Apehal nak salam-salam sesama bukan muhrim?

”Oit!” Bahunya dilanggar dengan bahu Izham. Amar mendekatkan bibir ditelinga lelaki itu. ”Sejak bila kau dah lupa pasal agama ni? Let me remind you. C’mon my beloved buddy... jangan buat hal! Nak aku melutut ke?” Perlahan suara dikeluarkan. Amar dah rasa panas. Peluh pun dah mula keluar di dahi.

Izham kupas senyuman nakal. Hahaha! Cuak...”Rilex ar bai. Asal gelabah sangat ni?” Muka Aqilah kembali dipandang. ”Sorry... I’m kidding you lorh. ” Tangan ditarik semula. ”Nak test jek tadi tuh. Chill ar awak. Chill... Jangan gelabah macam member saya ni.” Selorohnya lalu ketawa. Tangan dipanjang memeluk bahu Amar yang dah pucat seribu.

Thank god. Nafas dihela.Alhamdulillah... Pheuwww~~ Saja nak buat gimik rupanya budak Izham ni. Nasib baik... Mata berlari pada sepasang mata bulat yang hanya memandang ke bawah. ”Sorry ye. Dia memang macam ni. Senget lain macam sikit.” Katanya lembut. Pandangan menikam Izham dibuat tak endah.

Oow... Aku senget ye? Tape-tape... Tunggu la kau kejap lagi.

So, lunch... jom?” Perlahan ajakan Amar itu. Tangan merayap ke atas kepala. Tergaru-garu. Mula la ni nak malu-malu bapak kucing. Asal la aku jadi lemah bila berdepan dengan dia? Hadoii...

Izham yang perasan tentang telatah Amar terus tersengih-sengih. Tu dia... Dia dah mula dah. Jangan sampai kau hayun-hayun kaki kat sini sudah la Amar. Kang aku tak ngaku sahabat kot. Ngeee...

Lunch kat mana? Kalau boleh dekat-dekat sini je la ye. Kejap lagi saya kena jumpa ibu student. Ada hal yang nak dibincangkan.” Beritahu Aqilah dengan penuh kelembutan. Jam tangan Polo yang terletak elok di pergelangan tangan dikerling sekilas. Asal la tetiba jek mamat ni nak ajak aku lunch pulak? Tengok... tak pasal-pasal aku kena cancel date dengan Lissa. Ni mau berdarah jugak lah telinga aku dengar dia membebel balik rumah karang. Lima hari empat malam belum tentu habis lagi peluru dia tembak aku. Adeh~~

”Lorh... baru je cadang nak bawak awak lunch kat atas Eiffel Tower. Baru lah romantik banyak. Cancel kan aje lah tak boleh ke? Bukan senang nak lunch dengan cucu Haji Rahim tau.” Tanpa diundang Izham mencelah dengan seraya buat muka comel.

Haishy! Aku boleh out of control kalau dengan tenuk sorang ni. Buat lawak apekebendanya? Kalau kelakar boleh la aku gelak. Ini aku rasa macam nak hentak kepala si Izham ni dengan kepala treler. Huh!

Ceits. Bajet kalau kau cucu Haji Rahim tu aku kisah ke? Macam aku hairan sangat hah? Tak ada maknanya aku nak kisah.

”Shall we go?” Selit Amar bila sepi dah menjengah lima tujuh saat.

Aqilah menjawab dengan anggukan. Dia bergerak berkira ingin membuka pintu kereta.

”Kejap!” Laju Izham menegah. Lengan Amar yang dah menuju ke tempat driver ditarik lalu ditolak ke arah Aqilah. ”Open the door for her, gentleman.”

”Eh, no need.” Cepat-cepat Aqilah menghalang. ”Saya boleh buka sendiri. It’s okay. Thanks.” Macam aku sangat jek sampai nak orang tolong bukakan pintu. Terima kasih saja lah eh. Tanpa membuang masa pintu belakang dibuka. Aqilah melolos masuk ke dalam.

”Apa? Aku ada buat salah ke?” Dengan muka yang langsung tak rasa bersalah Izham menyoal bila Amar menghadiahkannya renungan membunuh.

”Kalau ikutkan hati aku...”

”Kau nak campak aku pergi Labuan?” Tingkah Izham dengan selamba badak.

More than that aku mampu buat!” Keras suara lelaki itu. “I’m warning you. Behave!” Sempat dia berpesan dengan jegilan luas pada Izham sebelum masuk ke dalam kereta.

“Ceits. Bajet aku takut!”

***

“HAHAHA!” Bergegar Restoran Cinta Sayang dengan gelak ketawa Izham. Aqilah pun apa kurangnya. Sakan jugak dia ketawa. Tapi belum sampai tahap berdekah-dekah lagi lah. Merah muka menahan tawa dengan sejarah hidup Amar yang dibongkar oleh sahabat sendiri.

Amar? Kulit sawo matang pun mampu blush bila amarah dah bergabung dengan malu. Bengangnya pada Izham jangan cakap lah. Boleh pulak bahan aku depan Aqilah? Dah tu punya la kencang dia bercerita kisah zaman sebelum aku mumaiyiz lagi kat gadis ni. Memang nak kena backleg dengan aku betul budak sekor ni. Gggrrrrrhhh!!!

”Haa... ada lagi satu cerita.” Muka Izham bersinar-sinar dengan pancaran cahaya yang datang entah dari mana.

”Am... sudah-sudah lah tu. Kau tak penat ke? Dah banyak sangat kau bercerita.” Amar makin tak keruan bila Izham langsung tak menunjukkan yang dia bakal menamatkan kisah zaman kanak-kanan mereka. Rasa macam nak blah pun ada ni.

”Alaa... Rilex ar. Aku nak story lagi satu je.” Nescafe ais disedut dengan rakus. “Dulu masa darjah dua kot yang seluar…”

“Stop it!” Laju Tangan Amar melekat kuat di bibir Izham. ”Am, please don’t.” Lebih cepat dari kilat dia menggeleng.

“Apa? Cerita la. Saya nak dengar. Tak apa la Amar. Best jugak saya dengar kisah kanak- awak berdua.” Terhibur sungguh dia bila melepak dengan Amar dan Izham. Ternyata Izham seorang yang peramah, gila-gila, cakap main bedal jek. Bila bersama Izham membuatkan Aqilah terkenang arwah abangnya Hafiz. Perangai mereka hampir sama. Itu yang membuatkan Aqilah mudah mesra dengan Izham.

“Kau cerita Izham, aku blah!” Kata Amar seraya berdiri. Kali ini Amar betul-betul serious. Muka nampak bengis lain macam.

”Okey. Bubye... Karang aku hantar Aqilah balik tabika ye. Kau jangan risau. She’ll safe with me.” Tenang Izham berkata. Geli right atrium aku bila kau gertak nak blah Amar. Bajet macam berani jek tinggalkan buah hati kat sini. Heh!

Tersentap sekejap dengan ketenangan yang diterima. Ewah tenuk ni... Sengaja nak menduga kemachoan aku. Hailah! Perlahan-lahan Amar merapatkan punggung dikerusi. Dagu ditongkat pada tangan. Muka sangat nampak tak puas hati.

”Okey, cepat story.”

Ey eh budak ni. Suka saja bila Am bahan aku. Desis hatinya bila Aqilah tersenyum senang.

”Dulu...”

Aku. Sangat. Benci! Laju kedua-dua telinga ditutup. Tak sanggup nak mendengar history sendiri.

Izham masih kencang meneruskan cerita tanpa mempedulikan Amar disebelah. ”Pernah dulu masa darjah dua. Si Amar ni cirit-birit. Dia pergi toilet sorang-sorang. Dekat dua jam jugak la dia tak masuk kelas. Saya pelik then saya pergi toilet jenguk dia. Risau jugak kalau-kalau something yang buruk jadi. Awak tau...”

”Am...” Selit Amar dengan muka yang dah disembam pada meja. Sungguh dia berharap supaya izham tidak meneruskan cerita.

”Nak tau.” suara lembut Aqilah mencelah.

”Hailah~~” Amar makin tertekan. Sibuk je dia nak tau. Apehal?

”Sampai je kat depan pintu toilet, ada la dengar suara budak menangis.”

”Amar?”

Izham tersengih lebar dengan tekaan Aqilah. Tiga saat kemudian dia mengangguk.

”Sebab?” Suka saja aku kalau dapat bahan cucu Haji Rahim ni. Hahaha...

”Seluar dia kena rembat. And...”

”Am please...” Sekali lagi Amar mencuba nasib.

“Siapa curi?”

“Musuh kitorang zaman sekolah dulu.” Balas Izham seraya meneguk minumannya.

”Musuh? Korang ada musuh ke?” Soal Aqilah berminat ingin tahu.

Ada. Diorang jealous dengan kekayaan dan kekacakan si Amar ni.”

Erk!? Aqilah telan liur. Kacak ke dia? Heh! ”Then jumpa tak seluar tu?”

Geleng. “Sampai sekarang tak jumpa.”

”Dah tu takkan sampai balik Amar lepak toilet?”

”Tak.” Sengihan jahat mula menampakkan diri. ”Awak teka dia pakai apa sepanjang kelas hari tu.”

”Bukan pakai. Tapi dipaksa pakai okey!.” Sampuk Amar tetiba. Perkataan ’dipaksa’ ditekan kuat. Benci sungguh bila aku terkenangkan the bad day. Very bad!

”Track suit?”

”Nope.”

”Awak carikan dia seluar sekolah yang lain?”

”Tak.”

”Dah tu?”

”Kain pelikat.”

”Okey la tu. Asalkan ada benda yang boleh digunakan untuk tutup apa yang patut.”

”Memang la okey. Tapi cuba awak bayangkan kalau pakai baju sekolah siap dengan necktie then kasut sekolah pun tersarung kemas pastu kaki balut dengan kain pelikat. Tak pelik ke? Sumpah! Gaya lebih dahsyat dari segala Wak Korjo. Hampir separuh hari la jugak dia macam tu. Gaya macam budak baru bersunat pun ada.”

”Iye?” Dan ketawa kedengaran kembali. ”Serious memang buruk!”

”Buka serious tapi sumpah! Sumpah dia memang nampak buruk hari tu. Tapi nasib baiklah fikir kawan kan. So... saya temankan lah dia kat kelas. Nak keluar rehat pun tak berani. Takut orang gelak.” Sambung Izham lagi sebelum menghembur tawa kuat.

”Asal tak call atuk mintak hantarkan seluar lain?”

”Saya lebih rela pakai lebih dahsyat macam Wak Korjo tu dari call atuk.”

”Sebab?” Lembut Aqilah menyoal.

Alahai~~ Hati Amar berdesis sendiri. Pandangan Aqilah berbalas. ”Tak pasal-pasal sekolah tu jadi tunggang langgang.”

”Eh takkan atuk sanggup nak saman kot?” Kening hampir bertaut. Haji Rahim yang dikenali sangat baik hati. Macam tak percaya jek.

”Kalau dengan Haji Rahim... segalanya mungkin. Nak-nak lagi cucu kesayangan kan...” Tambah Izham. Siku Amar dikuis.

”Oow... Patut la.” Aqilah tayang lesung pipit dikedua-dua pipi.

”Awak nak dengar cerita lagi tak?”

”Hah sudah!” Kali kedua Amar berdiri. Lagi lama kat sini lagi banyak rahsia aku terbongkar. Si Izham ni memang mulut becok. ”Balik jom? Tadi awak cakap kena jumpa ibu your student kan?”

”Aah la. Saya dah lambat ni.” Aqilah mulai cemas. Cepat-cepat dia berdiri. “Jom-jom.” Handbag digantung pada bahu.

“Tunggu kejap. Saya pergi bayar.”

***

THANKS for a nice lunch.” Ucap gadis itu sebaik saja melangkah keluah dari kereta dan berdiri di sebelah Amar.

“You’re welcome.”

Kepala disenget sedikit memandang Izham. ”Izham... nice to meet you.”

“Dah tau. Sesiapa yang jumpa saya mesti cakap macam tu.” Kembang kempis hidung Izham tahan megah. ”Nice to meet you too.”

“Saya masuk dulu. Assalamualaikum.” Sopan gadis itu menutur sebelum berlalu.

”Asal kau jadi mast kat sini?” Soal Izham pada Amar yang leka merenung Aqilah.

”Huh!?” Tersentak sekejap dengan sergahan teman di sebelah.

”Weyh! Go and invite her for next date.”

Pardon!?”

“Tipu la kalau kau tak dengar.”

Diam lima saat. “Ada aku cakap nak keluar date dengan dia lagi?” Debar di dada cuba ditutup.

”Hallah! Sudah laaaaaaaa.... Kau sembunyi la sedahsyat mungkin. Kau putar la serabut mana pun. Aku still boleh nampak la weyh! Kau dah tangkap cintan Amar. Ngaku je la.” Ujar Izham sambil mencebik panjang.

”Am, tolong?” Kereta direverse laju. Seklias Izham dikerling.

“Tolong apa? Kasi tau dia yang kau falling for her?”

Nope.”

”Dah tu?”

”Tolong tidur bai. Aku dah tak larat nak dengar suara kau lagi. Tolonglah.”

“Cehh!”
*************************************************************************************
p/s :- salam.. here new n3.. sory3 lmbt posting... ada 4 5 hal yg mghalang... thnks 4 ur waiting... hepy reading... :)

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta