Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Saturday, August 27, 2011

Toucholic 18

HARI ini sudah genap satu minggu adegan kejar-mengejar drakula-orang gila dekat Mid Valley berlaku. Bermakna satu minggu jugaklah dia tak tengok muka Razin. Dan tempoh satu minggu ini dirasakan sangat aman tanpa sebarang gangguan. Aman macam hari-hari sebelum dia kenal orang gila itu. Heaven giler!

Tapi disebalik rasa aman itu dia masih berjaga-jaga dengan kemungkinan yang bakal berlaku. Disebabkan sikap berjaga-jaga yang teramat sangat, dia tidak datang kuliah dengan Swift kesayangan. Dia sanggup bonceng LC si kembar padahal dia sebenarnya adalah seorang perempuan yang sangat tak suka naik motor. Rosak tudung katanya bila kena pakai helmet. Dan disebabkan berjaga-jaga juga dia tidak mengunjungi kafe untuk isi perut. Takut jugak kalau dia mati kena racun. Si Razin tu bukan boleh kira. Orang gila mana tau nak bezakan antara baik dengan jahat kan? Macam-macam lelaki itu boleh buat untuk balas dendam. Sebab itulah dia harus berjaga-jaga pada setiap gerakan yang dibuat.

Beb, along kau habis kelas pukul berapa?” Soal Anis. Dia kini sedang beriringan dengan Najwa dan Farid berjalan menuju ke kawasan parkir.

“Empat setengah.” Testpad ditangan terus dimasukan ke dalam slingbag. Zip ditarik.

“Lambat lagi wei. Lama tu nak kena tunggu. Sekarang baru pukul dua.” Kata Farid yang merupakan teman sekelas mereka merangkap sepupu Anis. “Balik dengan aku jom? Kejap lagi lepas hantar Anis aku nak pergi Politeknik Shah Alam (PSA) ambik adik aku. Alang-alang tu boleh lajak sikit hantar kau dekat TTDI. Tak jauh mana pun.” Sambungnya lagi mempelawa Najwa untuk pulang dengan dia.

Diam seketika. Menimbang-nimbang cadangan Farid yang dirasakan sangat bernas. “Orait. Boleh saja. Jap aku nak text along aku.” Iphone merah ditarik keluar dari slingbag. Baru saja jarinya nak sentuh skrin itu korus Dream High bergema tanda ada pesanan yang baru masuk. “From along.” Maklum dia tanpa disoal. Tiga saat, senyuman terukir di bibir. “Guys, along aku dah habis kelas. Thanks Farid atas niat murni kau. Aku balik dengan along ar. Thanks again.”

Orait. Tarak hal.” Farid tersengih. Kunci kereta diseluk dari poket. “Anis, jom.” Laju dia menapak ke arah keretanya

“Aku balik dulu. Kau tu naik motor dengan along jangan pulak peluk rapat-rapat. Memanglah halal tapi tak semua orang tau yang korang tu kembar. Muka lain-lain. Tak iras langsung. Beza habis. Kang kalau ada yang pendam perasaan dekat kau mahunya menangis terguling-guling. Lagi satu. Boleh mengundang fitnah tau?” Pesan Anis lebih berbaur kepada usikan.

Dalam minggu ni saja dah berpuluh-puluh orang pelajar merisik dari dia tentang hubungan lelaki yang membonceng Najwa dengan LC hitam. Ramai yang salah faham. Ramai yang tak sedar akan hubungan darah daging yang dikongsi oleh Najwa dan Izzat. Di universiti ni pun cuma dalam 5% - 6% saja yang tahu yang Izzat tu adalah kembar Najwa.

“Biar ah. Along aku kan? Bukannya dosa.” Najwa ketawa. Kelakar pulak orang fikir aku berchenta dengan along sendiri. Eheee...

“Memanglah tak dosa. Aku yang jealous.” Anis ikut ketawa. “Wa, kau nak tak?”

“Apa dia?” Kalau dah Anis buat muka habis comel tu mesti ada benda yang dia nak buat.

“Tukar?”

Najwa kerut kening tak faham. “Tukar apa?”

Anis dah tarik sengih nakal. “Tukar driver. Kau ikut Farid. Aku ikut along kau. Boleh aku peluk dia rapat-rapat. Mesti rasa selamat kan? Amacam?”

Dah kata dah. “Gila gatal kau ni!” Bahu Anis ditampar. Boleh pulak? Ketawa bergema lagi.

“Gatal sikit je.”

“Takyah! Kalau aku setuju pun, tak naknya along tu. Kau baru gaya nak melangkah duduk atas sit je dia terus pulas minyak blah meyerit tinggal kau dekat belakang.”

Ketawa bersambung. “Aku tau. Just joke. Dah sedia maklum dengan sikap beku abang kau tu. Jom, aku blah dulu. Jumpa esok.” Balas Anis sebelum menapak ke arah kereta Farid yang berada tidak jauh dari situ. Sepupunya itu sudah pun menunggu dia di dalam kereta dengan muka habis sabar. Relaks ar Farid. Nak kalut pergi mana?

Tapi langkah Anis terkaku bila mendengar bunyi tayar kereta yang menyerit kuat bersama jeritan Najwa dari arah belakang. Lantas, dia berpaling semula. Zapp!!! Terasa darah naik ke kepala. Bulu-bulu roma sudah menegak. Muka jelas nampak terkejut yang teramat sangat. Kakinya jadi lemah bila terpandang tubuh Najwa yang sudah keras terbaring di atas tar dengan mata terpejam rapat.

“Wawa!!!”

Dan dia hanya tersedar bila Farid berlari keluar dari kereta melintasi dia dengan lajunya.
***

MELIHAT sekujur tubuh yang tak sedarkan diri di depan luar keretanya itu, Razin jadi gelabah. Muka dah pucat lesi. Putih macam kuih pau. Kalau ditoreh dengan pisau muka dia masa ni mesti tak keluar darah. Dia makin gelabah bila orang ramai mula mengerumuni jasad kaku itu. Dengan hati yang berdebar-debar, dia melangkah keluar dari kereta.

“Wawa! Wawa! Asal dengan kau ni?” Anis yang dah basah pipi menggoncang kuat tubuh Najwa. “Bukak mata. Wake up please. Jangan buat aku takut macam ni. Wawa! Jerit dia kuat. Melihat Najwa yang masih pejam mata itu Anis jadi makin cemas. Dia risaukan keadaan Najwa. Takut kalau apa-apa terjadi pada temannya itu.

“Aku rasa, kereta aku tak sentuh badan dia langsung. Sumpah!” Dalam keadaan gelabah, sempat lagi Razin mengukur jarak antara keretanya dengan Najwa. Lebih kurang dua meter. Langsung-langsung tak sentuh. Sumpah!

Suara Razin menggamit perhatian Anis. “Kau! Kau dah gila ke? Apa kau dah buat dekat kawan aku!?” Razin ditengking lantang. Rasa marahnya datang tiba-tiba sebaik saja matanya melihat wajah musuh Najwa itu.

“Aku... aku...”

“Wa!”

Ayat dia tergantung disebabkan kemunculan seorang lelaki yang menghampiri Najwa.

“Apehal ni?” Lelaki itu menyoal. Muka dia nampak resah. Pipi Najwa ditepuk-tepuk perlahan.

“Wawa kena langgar.”

“What!?” Izzat terkejut. Bibir terbuka sedikit.

“Kan aku dah cakap, aku tak langgar dia!” Laju Razin mencelah untuk membela diri.

“Bohong! Kau yang langgar dia. Kau sengaja nak balas dendam.”

“Aku tak langgar dia! Kau tak faham ke!?”

“Kau memang sengaja...”

“Tak! Aku...”

“She’s breathing. Wa pengsan je. Kita kena bawak dia pergi klinik sekarang.” Kata-kata Izzat mematikan pertelingkahan antara Anis dan Razin. Jari telunjuk dan jari tengah yang diletak pada pergelangan lengan Najwa bergerak pula ke leher.

“Kau bawak dia masuk kereta aku.” Laju Farid mengajak. Dia terus berlari membuka pintu kereta untuk Izzat dan Najwa.

Tubuh Najwa dicempung. Izzat berdiri membetulkan posisi Najwa yang berada di dalam cempungan. Sebelum dia bergerak, dia sempat merenung muka Razin. Dua pasang mata bertentangan seketika. Kemudian langkah dilajukan ke arah Persona. “Anis, tolong bawak beg Wa.”

“Ye, ye.” Anis kesar air mata dengan belakang tangan. Beg Najwa atas tar dicapai. “Kalau apa-apa terjadi dekat Wawa, aku takkan lepaskan kau! Aku sumpah!” Sempat dia menjerit kuat pada Razin sebelum berlari masuk kereta.

Razin tidak membalas. Dia hanya memandang Persona hitam itu bergerak laju meninggalkan kawasan parkir. Pandangan Izzat sebentar tadi membuatkan fikiran dia melayang. Kenapa balak drakula pandang aku macam tu? Nak kata dia marah, tak nampak macam ye je. Bengang pun bukan. Just pandang macam tu je. Pandang kosong. Macam tak ada makna apa-apa. Tapi... apa maksud pandangan tu sebenarnya?

“Razin!” Bergema jeritan Matt di situ. Berlari-lari dia mendapatkan Razin yang masih terpaku di tempat kejadian. “Wei! Budak yang pengsan tadi tu Wawa kan?” Bahu Razin ditolak. Tak cukup dengan itu, tubuh itu digoncang kuat.

“Hmm.” Perlahan lelaki itu mengiyakan. Fikiran dia masih lagi melayang. Entah ke mana-mana je.

“Kau ni dah kenapa ah? Aku dah cakap jangan buat benda gila. Kalau ye pun nak kenakan dia janganlah main kasar.” Matt termengah-mengah bersuara. Balasan SMS dari Razin yang menyatakan dia ingin menggertak Najwa dengan cara berpura-pura untuk melanggarnya dengan kereta sepuluh minit yang lepas, buatkan dia terus pecut untuk mematikan niat gila temannya itu. Tapi selaju mana pun pecutan yang dia buat, dia tetap gagal. Razin lebih pantas bertindak. “Aku nampak ada orang kendong dia masuk kereta.”

Angguk. “Niat aku nak gertak je. Tapi... takkan sampai jadi macam tu?” Soalan itu diutarakan bersama rasa hati yang tak tenteram. Bayangan jasad Najwa yang kaku terbayang-bayang di mata.

“Jadi macam mana?”

“Dia rebah. Mata pejam. Kaku. Tak bergerak langsung.”

Mata Matt terjegil besar. Dengan mulut yang membentuk ‘O’ dia bertanya, “Dia pengsan?”

“Nampak macam tu la.”

“Kau langgar dia tak?”

“Tak!” Laju dan kuat dia membalas. “Aku sikit pun tak sentuh kulit dia. Tu yang aku pelik asal dia boleh pengsan.”

“Entah-entah...” Muka Matt nampak cemas. “Dia pengsan sebab terkejut tak? Tak pun dia sebenarnya ada... takkan lah???” Lagi besar ngangaan yang dibuat. Makin besar jugak biji mata yang ditonjol.

Aksi Matt itu membuatkan Razin tertanya-tanya. “Takkan lah... apa?” Dia mula rasa tak sedap hati.

“Dia ada sakit jantung. Lepas kau gertak dia tadi, terus sakit jantung dia menyerang tiba-tiba. Tak pun... masa dia jatuh tadi kepala dia terhentak kuat dekat tar. Ada darah beku dalam kepala. Dan perlu dibedah untuk selamatkan nyawa dia. Atau dia sebenarnya...”

“Hey Matt! Would you stop talking nonsense? Aku tengah serabut ya amat ni. Tak boleh ke kau tolong calm down kan aku? Jerkah Razin tiba-tiba. Walaupun kata-kata Matt itu adalah hanya tekaan, namun sejujurnya ia berjaya membuatkan Razin jadi sentap. Macam mana kalau apa yang dikatakan oleh Matt itu betul-betul berlaku? Macam mana kalau dia betul hidap sakit jantung? Macam mana kalau kepala dia luka masa terhentak tadi? Macam mana kalau betul ada darah beku? Macam mana kalau... “Serabut!!!”

Matt tersentak. Jeritan kuat itu mampu buatkan jantung dia nak melompat keluar. Aksi Razin yang sedang tarik-tarik rambut dengan kasar menambahkan lagi rasa gerun. “Kau apehal?” Takut-takut Matt bertanya. Wajah Razin yang menunduk itu dicuri intai. Pucat! “Bhai... kau okey? Bahu Razin ditepuk perlahan.

Dia menggeleng perlahan. “Kalau dia... jadi apa-apa macam mana? Kalau betul apa yang kau teka tu jadi dekat dia... apa aku nak buat? Aku... serabut. Aku nyesal. Sumpah nyesal.” Sambungnya lagi sambil meraup muka dengan kasar. Rasa hati dia ketika ini jelas kelihatan melalui air mukanya. Dia rasa bersalah. Dia rasa tak boleh duduk diam. Dia rasa macam nak ikut je Persona hitam itu. Tapi dia tak tahu ke mana hala tuju mereka.
************
salam aidilfitri maaf zahir dan batin... =)

Tuesday, August 16, 2011

Bila Amar Dah Suka Dia 20

“DAH rasa macam tengah hadap orang utan dekat zoo je sekarang ni.” Dengan selamba bibir itu bersuara. Riak wajah masih menunjuk tanda-tanda ingin menyambung tawa. Namun bila terpandang muka minta belas si sahabat, niat jahat itu serta merta dimatikan.


Sejak setengah jam yang lepas, lelaki itu tidak duduk diam. Muka, tangan dan leher dah merah macam buah naga. Biji-biji kecil juga sudah kelihatan di sekitar lengan dan leher. Amar menggaru-garu seluruh tangan. Rasa gatal memang tak boleh dikawal. Tiba-tiba dia rasa menyesal. Menyesal sebab melanggar pantang.


“Am... tolong aku.” Pinta Amar sayu. Izham yang sedang terpacak keras dihadapannya direnung dengan pandangan redup.


Satu senyuman sinis dihadiahkan pada Amar. Kemudian dia menggeleng berkali-kali. “Dah tau diri tu tak normal macam orang lain, nak jugak cari pasal. Kalau dah memang badan tu alergi dengan seafood, sampai bila-bila pun tetap alergi.” Izham dah mula buka forum perdana secara percuma. “Tahu lah isteri kau tu masak sedap. Tapi tak perlulah kau telan tiga mangkuk kerabu campur macam tak ingat alam. Sekarang, siapa yang susah? Kau jugak, kan? Terkinja-kinja macam orang utan dalam zoo. Sumpah sebijik sama. Bezanya cuma kau tu orang betul dengan tak buat bunyi... uuk! Uuk! Aak! Aak! Uuk! Aak! Uuk!Uuk! Aak! Aak!” Sambung Izham siap dengan gaya orang hutan lagi. Dua saat kemudian dia ketawa kuat dengan aksi sendiri.


“Perlu ke kau seronok sangat bila aku terseksa macam ni?”Amar bengang. Krim gatal yang sudah tinggal separuh dibuka tudungnya. Isinya dipicit keluar lalu disapu ke seluruh kawasan yang gatal.


“Kau ni memang suka cari sakit la, Mar.” Krim ditangan Amar diambil dan dipicit ke telapak tangan. “Letak kaki kau atas kerusi.” Arah Izham bila melihat Amar sudah mula menggaru-garu kakinya. Dengan perlahan Izham menyapu seluruh kaki Amar.


“Am...” Panggil Amar sambil meraba bibir.


“Apa dia?” Izham menyahut tanpa memandang muka Amar. Dia leka menyapu krim pada kaki sahabatnya itu.


“Aku dah boleh nampak bibir sendiri.”


“Hah?” Laju Izham angkat muka memandang Amar. “Subhanallah!” dia tergamam dua saat.


“Dah agak dah...”


Dua kepala menoleh ke arah tuan empunya suara. Haji Rahim yang baru muncul itu berdiri tidak jauh dari mereka. Mata terpaku pada bibir Amar. Dua saat kemudian dia menggeleng-geleng. Tongkat dipacak pada lantai. Kuat.


“Atuk...” Suara Amar bernada sayu. Bibirnya disentuh. “Nak buat apa ni?”


“Tak ada jalan lain lagi dah. Kena pergi klinik. Tapi hospital lagi okey. Mintak-mintak kena stay dekat wad seminggu. Rasa gerun sangat bila tengok muka kamu macam tu. Nak tidur malam pun terbayang. Eeee... ngeri!” Selamba ayat itu ditutur. Langsung tak pedulikan perasaan cucu kandungnya itu.


Mendengar kata-kata atuk yang jelas kepada kutukan itu, Amar jadi makin sebal. Sampai hati betul Haji Rahim ni. Tangan masih meraba-raba bibir yang dah bengkak besar.


“Sumpah, bhai! Kalau kau berdiri sebelah Angelina Jolie, memang tenggelam terus bibir seksi dia. Yang bercahaya, yang berkilau, yang menyerlah... confirm lah bibir kau. Sepuluh kali ganda tebal. Dah macam kena suntik dengan botox terlebih dos je.” Habis saja ayat, Izham terus ketawa terbahak-bahak. Muka Amar ketika ini memang boleh buat perempuan yang bisu boleh ketawa sampai keluar suara jantan.


Amar bengang! Dah rasa macam ada asap keluar dari telinga macam corong asap kilang-kilang besar. Dia lagi bertambah sakit hati bila melihat senyuman yang ditahan pada muka si atuk. Ketawa je la terus, atuk. Tak payah nak bajet cool. Omel dia dalam hati.


“Oh, ya. Kalau kau lupa meh aku tolong remind. Kenduri sebelah sini Sabtu ni. So, bibir Kak Angie kau cemana? Eeesh! Kalau aku la... memang dah cancel. Tak kan nak bersanding dengan bibir terjulur ke depan macam tu? Kang lari semua tetamu kut. Ngeri dengan pengantin lelaki. Rosak pulak majlis. Kali tu memang betul la ada kisah benar Beauty and The Beast. Yang Beuty tu Qilah. Yang The Beast tu dah tentu-tentulah... tak payah cakap lah. Kang ada yang kecik hati.” Kata Izham lagi berselang seli dengan ketawa. Sengaja perasaan Amar diseksa. Rasa bahagia membuak-buak bila kerutan di wajah Amar makin bertambah.


Seperti jangkaan Izham, muka Amar memang bertambah serabut. Rasa resah dan gelisah sudah setinggi gunung. Hari Sabtu kenduri aku! Cemana ni? “Atuk... kalau kita can...”


“Hah!” Laju Haji Rahim menyangkal. Maksud Amar dapat difahami walaupun cucunya itu belum habis bersuara. “Kamu jangan cari pasal! Dekat lima ribu jemputan dibuat. Boleh pulak nak cancel?” Mercerlung matanya menentang mata Amar. Tajam! “Makan je ubat macam selalu. Gaya macam tak pernah jadi je. Dah berpuluh kali mulut kamu besar tebal macam tu. Selalunya satu hari dah sembuh.” Sambung orang tua itu lagi. “Dan kamu Izham!” Okey, kali ini giliran Izham pula ‘ditembak’. Memicing matnya menghadap muka Izham yang nampak tersentak. “Benda tak ada la teruk mana sangat. Yang kamu sengaja nak serabutkan keadaan kenapa? Tak sudah-sudah nak buat kecoh.”


Ketawa Izham yang masih bersisa akhirnya mati secara automatik bila disergah. Muka bengis Haji Rahim membuatkan dia mengunci suara. Gulpp!


Ibu jari kanan diangkat dan ditunjuk pada Izham tanpa si atuk perasan. Amar angkat kening mengejek. Hambik kau! “Tapi kali ni macam teruk je, tuk.”


“Tiga pinggan besar kerabu campur yang dah kamu makan, kalau tak teruk atuk pun hairan. Dah tahu diri tu tak serupa orang lain, tak tahu nak sedar diri. Boleh buat main. Nasib baik alahan jenis gatal-gatal. Kalau kena alahan yang boleh buat sesak nafas tu macam mana? Tak ke boleh bawak maut dengan cepat?” Bebelan Haji Rahim makin panjang. Walaupun mulut lancang berkata-kata, namun dalam hati perasaan risau kian menular. Ada seorang cucu pun tak mampu nak jaga. Fikir dia sendiri. Dan hal itu membuatkan dia rasa ralat.


Sejak kecil lagi, Amar memang alah dengan seafood. Hal itu disedarinya ketika umur Amar dua tahun. Dan alahan itu tidak hilang sampai sekarang. Doktor yang merawat Amar pernah berkata yang penyakit alahan memang tak akan sembuh. Cuma perlu mengelak dan mencegah. Dari kecik lagi Haji Rahim sangat menitik beratkan tentang pengambilan makanan cucunya itu. Tapi bila dah besar panjang macam ni, sendiri mahu ingat la. Tak kan bila umur dah dua puluh sembilan tahun perlu diberitahu makanan mana yang boleh dimakan dan yang mana tidak?


Amar hanya mendiamkan diri mendengar bebelan si atuk. Nak menyampuk, kang bertambah panjang lagi ceramah. Nak membangkang, memang tak menang lah. Sebab memang salah sendiri. Sudahnya dia hanya duduk menyapu krim di lengan tanpa bersuara.


“Atuk, teh herba dah siap.” Aqilah muncul bersama secawan teh herba ditangan.


Jap lagi atuk minum. Terima kasih.” Haji Rahim melabuhkan punggung di atas katil sebelah Amar. Krim dipicit ke tapak tangan.


“Eh, kenapa tu?” Melihat Izham dan atuk sedang menyapu krim di tangan dan kaki Amar, dia jadi hairan. Kaki melangkah ke arah tiga lelaki itu.


“Jangan!”


Aqilah yang sudah memanjangkan leher untuk mengintai muka Amar yang sedang membelakanginya itu menghentikan langkah. Mata Haji Rahim dicari. “Kenapa atuk?”


“Jangan pandang muka Amar kalau Qilah tanak pengsan.” Izham mencelah laju. Dan kata-katanya itu dibalas dengan tumbukan diperut dari Amar. Dia mengaduh sakit.


Or jangan pandang muka Amar kalau kamu nak tidur malam dengan tenang tanpa nightmares.”


Amar buat muka. How could you atuk... Tangan kiri dihulur pula. Haji Rahim meneruskan sapuan krim di tangan cucunya itu.


Aqilah tak puas hati. Dia perlu tahu apa yang sedang berlaku. Lalu cepat-cepat dia melintasi atuk untuk menghadap si suami.


“Don’t!!!” Jeritan tiga suara itu gagal. Aqilah sudah berdiri di hadapan Amar.


Lelaki itu menundukkan muka ke bawah. “Jangan tengok lah. Amar tengah tak handsome ni...”


Kata-kata itu mengundang ketawa Izham. “Macam lah handsome sebelum ni.” Dan ketawa dia mati lagi bila mendapat jelungan tajam dari Haji Rahim.


“Apesal ni?” Terus muka Amar diangkat. “Ya Allah!” Terkedu dia di situ dengan jegilan mata yang besar disertai dengan mulut terbuka. Gaya terkejut macam tengah tengok ular ada lapan kaki.


“Told you...” Sekali lagi tiga suara bergabung. Dua kepala menggeleng kesal. Satu kepala keras tanpa pergerakan.


“Tadi okey je. Kenapa tiba-tiba...”


“Alahan.” Haji Rahim pandang muka cucu menantunya itu sekilas.


“Dengan?”


“Seafood.” Sukarela Izham menjawab.


“Kerabu campur tadi ke?” Aqilah pandang muka tiga lelaki di hadapannya itu. Tiga-tiga menjawab dengan anggukan.


“Bak sini krim gatal tu. Biar Qilah yang sapukan.” Dia menadah tangan padaIzham. Krim beralih tangan. Aqilah mengambil tempat di sebelah Amar. Diperhatikan dengan teliti kulit muka suaminya yang sudah ditumbuhi dengan bintik-binti merah. Nak tergelak jugak bila mengenangkan muka Amar yang dah tak macam orang tapi kesian. Kang kecik hati pulak suaminya itu. “Sorry, Qilah tak tau yang awak alah dengan seafood. Kenapa tak cakap awal-awal?”


“Nak cakap dekat pasar tadi tapi tak sempat.” Amar buat muka sendu. Sejujurmya dia amat selesa bila melihat air muka isterinya yang jelas nampak risau itu.


“Dah tu, kenapa pergi makan jugak kerabu tadi?”


“Sebab dia tak sedar diri yang dia tu tak normal macam orang lain.” Atuk menyelit dengan pandangan sinis. Amar buat muka lagi. Izham di hujung katil dah kulum senyum mengejek.


“Sapu sini.” Bibir yang kian membengkak itu di dekatkan pada Aqilah. “Lepas tu sini.” Kepala didongak. Bawah dagu ditunjuk.


Walaupun ada rasa macam jangtung nak melompat keluar, permintaan Amar dituruti. Mukda dah rasa panas. Air liur ditelan dua kali. “Lagi?”


“Sini pulak.” Leher pula disua.


“Sakit?” Aqilah bertanya. Kesiannya tengok Amar macam ni.


“Hmm...” Amar menjawab dengan nada habis manja. Tak cukup dengan itu, dia buat pula muka comel. Mata dikelip-kelip berkali-kali.


Melihat keadaan luar alam itu, Izham mencebik meluat. “Buat manja boleh.”


Haji Rahim hanya tersenyum nipis. Senang melihat cucu-cucunya mesra begitu. Memang target dia inginkan hubungan antara Amar dan Aqilah bertambah mesra. Dia tahu, kedua-duanya masih lagi tidak dapat menerima perkahwinan mengejut ini dengan sepenuhnya. Lebih-lebih lagi Aqilah. Doanya agar suatu hari nanti Aqilah akan dapat menerim Amar dengan ikhlas. Dan begitu juga sebaliknya.


“Geli la aku tengok kau manja macam ni, Mar. Kecur air liur aku kau tau? Habis tegang urat-urat aku ni. Eeii... geli!” Kata Izham lagi. Luaran memang dia nampak kurang senang dengan aksi miang-miang temannya itu, tapi dalam hatinya dia suka melihat cara Aqilah ‘menjaga’ Amar. Dan dia juga suka melihat Amar yang sudah pandai bermanja dengan Aqilah. Dia berdoa agar hubungan Amar dan Aqilah akan sentiasa diberkati Allah. Amin...


Amar hanya mengangkat ibu jari sebagai tanda ‘best oh!’.


Haji Rahim berdiri. Lengan Izham yang tengah buat muka ditarik menuju ke arah pintu bilik. “Kamu tak payah nak buat muka dengki macam tu. Atuk suruh kahwin cepat-cepat tanak. Lepas tu mula la nak dengki bila tengok orang lain bercinta.”


“Atuk, kan Am dah cakap yang...” Suara Izham kian menjauh. Sudah menapak tangga turun ke aras bawah mungkin.


Amar tersenyum. Melihat air muka Aqilah yang kini betul-betul rapat dengan mukanya itu membuatkan dia tersenyum ralit. Isterinya itu tekun menyapu krim di kulit muka Amar tanpa menyedari mukanya direnung.


“Dah. Kaki dengan tangan?”


Dia hanya tersedar bila suara Aqilah menjamah telinga. Menggelengkan kepala“Atuk dengan Am dah sapu.”


Aqilah pandang muka Amar sekilas. “Lepas ni jangan makan seafood lagi.”


“Iye.”


“Qilah tak masak dah apa-apa jenis seafood untuk awak.”


“Okey.”


“Jangan pandang langsung makanan yang ada seafood.”


“Baiklah.”


“Faham?”


“Faham...”


“Good.” Gadis itu menyungging senyum.


“Qilah.”


“Ye?” Qilah angkat muka pandang Amar.


Lelaki itu juga sedang merenung dia dengan senyuman manis. “Terima kasih.”


Aqilah jugak tersenyum. Dalam hati Allah saja yang tahu macam mana nak gugurnya jantung.

“Sama-sama.”


“Come close.”


“Huh?”


Muka tertanya-tanya Aqilah diabaikan.Amar angkat mendekatkan wajahnya ke wajah Aqilah. Cup! Satu ciuman ‘diletak’ pada dahi isterinya itu. “As a gift.”


Dan Aqilah terus terkelu tak keluar suara.

***

p/s :- tak terlambat lg kut klu nk ucap Selamat Menjalani Ibadah buat. Kurangkan dosa, tambahkan pahala... =)

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta