Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Saturday, May 5, 2012

Eleh!!! Cakap Je Lah Suka... (part 2)

“HAIH...” Pengumuman yang baru dibaca dilaman portal melahirkan keluhan dibibir. Dia toleh belakang mencari muka Fatin. “Kau dah baca portal?” Fatin yang tengah tekun menyiapkan tutorial dipandang.

            “Dah. Kejap lagi la ni kan kena pergi?”

            “Aku baru je pasang angan nak buat acara kuak lentang petang ni. Tensi gila.” Anak rambut ditiup geram. Dia kemudian berdiri menarik menghampiri meja Fatin.

            “Kau suka sangat tidur petang kan? Bengap otak tu baru tau.” Tanpa tapis, sebaris nasihat yang berunsur laser dilontar keluar.

            Syakila cebik bibir. “Bengap lah sangat kan. Member aku masa dekat poli dulu, tiap-tiap petang tidur, 4 flat jugak every sem.” Sambung dia lagi pada Fatin yang dah dia kenal selama dua semester mereka belajar di sini. Masa berlalu dengan panatas. Pejam celik- pejam celik kini mereka dah berada di pertengahan semester dua.

            Laju jari menaip sesuatu di keyboard.“Tu mungkin kelebihan dia. Makin kerap tidur petang, makin bergeliga otak dia. Kita ni jangan ikut. Memang dah termaktub dalam hukum hidup, yang tidur siang ni tak elok. Tak pernah dengar ke before? Ke nak aku karang tazkirah berjela-jela?”

            “Heh!” Bahu dia menolak bahu Fatin. Kepala dongak ke siling. “Kejap lagi aku demam. Aku tanak pergi boleh tak?”

            Bahu Fatin mula yang menolak bahu Syakila. “Bajet kau boleh baca masa depan la ye? Harapan... Perjumpaan RPS tu wajib tahu? Ada la tu RPS kita nak bagitau apa-apa. Kalau tak penting, tak adanya Dr. Nak jumpa kita.”

            “Haih!” keluhan dilepas bebas. “Malas gila aku nak pergi. Nak hadap muka si poyo tu lagi-lagi laaaaa tak hingin.”

            “Si poyo tu pun tak pernah cakap yang dia suuuuuka hadap muka kau, kan?”

            “Wei!” Tarik muka lapan belas.

            “Tahu pulak tak heaven bila aku cakap kau cenggini. Yang kau layan dia cenggitu heaven pulak? Suka sedap hati kau je nak gelarkan orang ye?” Bidas Fatin lagi.

            Syakila terus tarik muka tunjuk protes.

            “Oi guys!”

            Thiya yang muncul depan pintu bilik mereka dipaling serentak. Gadis itu nampak dah siap sedia nak pergi menghadap RPS. Dengan jaket bengkelnya. Dengan kad matriknya. Beretika sungguh!

            “Perjumpaan RPS?” Kening gadis india itu terangkat sebelah.

            Fatin kerling sesaat jam dekat toolbar Dell kesayangan.“Pukul empat.”

            “Yeah, empat petang hari ni. Bukan esok tahu? Tak reti-reti nak siap?”

            Dahi berkerut. Tubuh menyandar tenang pada kerusi besi warna kuning. “Relaks ah. Baru pukul tiga.” Kata Syakila.

            “Baru... ye? Dah tu masa bilanya nak mandi? Eh korang dah solat belum?”

            “Dah.” Syakila mengangguk.

            “Kita kena tunggu bas lagi tau???”

            “Eh, aku belum cakap dekat korang lagi eh?”

            Soalan itu menarik mata Thiya dan Syakila. Serentak dua-dua pandang muka Fatin. “Amende?”

            “Kita tayah naik bas. Zaimi ajak naik kereta dia.”

            Dan pemberitahuan itu melahirkan dua jenis respons dari dua gadis yang sama. Thiya kupas senyum riang. Syakila pula terus tarik muka tak setuju.

            “Hah! Jenis muka macam ni aku faham sangat. Nak membangkang la tu.” Sergah Fatin. Hidung Syakila dituding. “Apehal kau?”

            “Malas! Naik kereta Zaimi, aku malas!”

            “Tak suruh pun kau pulas stereng. Duduk belakang diam-diam. Tu pun malas jugak?” Thiya jegil mata yang dah sedia bulat. Betul la susah nak faham dengan sikap perempuan sorang ni. Ada saja yang tak kena.

            Tak menjawab. Badan disandar kasar pada kerusi. Dengan tangan yang bersilang di dada, dia merengus keras.

            “Hah! Ini pun. Jenis muka macam ni pun aku faham.” Fatin bercekak pinggang sambil merenung tepat ke muka Syakila. “Riak tak lalu nak tenung muka si Akil tu, kan?”

            Mata diangkat naik ke siling. Rengusan terus-terusan dari Syakila adalah jawapan bahawasanya, telahan Fatin itu tepat sama sekali. Iyela... Kalau naik kereta Zaimi, bermaksud dia akan jumpa Akil dengan pastinya. Nama pun satu RPS.

            Tanpa menunggu lama,Fatin berdiri. Lengan Syakila ditarik supaya dia ikut berdiri. “Kau tapayah nak mogok ke hapa. Pergi siap! Zaimi cakap tiga empat puluh lima dah kena gerak. Cepat!”

            “Okey! Jumpa RPS... aku pergi. Kereta Zaimi... aku takkan naik! Muktamad!” Syakila yang sudah berdiri menjerit agak kuat. Membuktikan dia tetap tekad dengan pendirian tanak naik kereta Zaimi.

            “Wei...”

            “I’m off!”Lepas je ayat itu dilontar tegas, Thiya dan Fatin ditinggal laju masuk ke dalam bilik.

            Fatin pandang Thiya. Thiya tenung Fatin. “Gila kelikir!”

***

“YO!” Nampak saja kelibat Fatin dengan Thiya menuju ke arahnya, dia menyapa. Akil di kerusi sebelah hanya diam melayan mp4. Entah lagu apa yang dia dengar pun tak tahu la. Nama ja pakai earphone, tapi orang sebelah boleh tumpang dengar sekali. Kuat giler sound.

            “Hoi!” Sapa Thiya dengan gaya habis macho.

            “Paling habis brutal la tu?” Komen Zaimi. Dia mencebik sesaat.

            Akil yang tengah melayan lagu dengan mata terpejam rapat, masih tidak memberi respon. Langsung tak sedar akan kehadiran dua gadis itu. Padahal dua-dua tengah berdiri betul-betul sebelah pintu kerusi yang dia duduk.

            “Hoi!” Sergah Fatin kuat. Pintu kereta yang sedia terbuka sejak tadi ditepuk-tepuk.

            “Pekak giler.” Celah Thiya bila Akil masih lagi tak kasi respon. “Dude!” Jerit dia lagi bersama sepakan pada kaki kiri Akil yang terjulur keluar.

            “Ah!!!” Dan kali ini, tindakan bermoral Thiya itu berjaya menarik perhatian Akil. Sepantas kilat kelopak mata terbuka. Melihat Thiya dan Fatin di depannya, dia menjegil geram. “Apehal korang?” Suara jelas kedengaran marah. Kaki yang disepak digosok-gosok untuk kurangkan rasa perit. “Pompuan spesis sepak orang korang ni. Giler bahaya.”

            Thiya gigit bibir dengan keterlanjuran sendiri. Niat di hati nak sepak perlahan je. Tak target terguna tenaga lebih.“Sorry...” Dia menyengih serba salah.

            Satu rengusan dilepas. “Nevermind. At least kau tau jugak mintak sorry lepas sepak orang. Bukan macam kawan perempuan korang yang tak macam perempuan tu. Main sepak-sepak orang then blah macam manusia tak ada hati. Huh!” dia merengus lagi lepas ayat yang terakhir. Muka devil Syakila mula tertayang satu demi satu diruang mata tanpa dipinta. Haih!

            “Hah! Kutuk la dia banyak-banyak. Kang kena sepak dengan dia lagi padan muka kot.” Fatin hela nafas. Dua kali dia menggelengkan kepala. Hangin tak sudah!

            “Bajet aku nak senyum je bila dia sepak lagi?”

            “Cool ar, bhai.” Thiya mencelah. “Tayah nak hangin-hangin.”

            “Entah kau ni... Hangin pulak tetiba apehal?” Zaimi disebelah menyampuk. “Eh, Akil mana?”

            Nama yang meniti di bibir Zaimi terus membuatkan Akil toleh kanan. Riak macam harimau nak terkam mangsa dihadiah pada Zaimi.

            “Err... Syakila?” cepat-cepat dia mengubah. Faham benar dengan renungan maut dari si sahabat.

            Fatin dan Thiya tergelak. Nampaknya krisis berebutkan panggilan antara Akil dan Syakila masih tak boleh nak habis. Bertambah-tambah lagi ada la.

            “Ni yang kitorang nak bagitau korang ni.Tak jadi ar tumpang kau Zaimi. Akil..eh.. bukan... Syakila nak naik bas.” Maklum Fatin. Syakila yang berdiri tidak jauh dari mereka dituding.

            “Laa... Asal pulak?”

            “Lagi mau tanya?” Thiya mumuncungkan bibir ke arah Akil.

            “Dia suruh kitorang naik dengan kau. Gila sampai hati nak buat cenggitu? Takkan nak biar dia sorang-sorang naik bas?” Sambung Fatin lagi.

            “Dah tu, plan kita nak pergi pasar malam cemana?”

            “Cancel?”

            Zaimi tepuk dahi. “Korang ni betul la suka buat kitorang serba salah tau tak?” Mata tepat ke muka Akil.

            Dengan muka yang berkerut, jari tuding pada hidung sendiri. “Aku ke?” Akil nampak blur.

            Angguk tegas. “Dengan si Syakila sekali! Pun... sama jek. Dua-dua kawan. Dua orang kawan yang suka serabutkan kawan-kawan yang lain. Eh, kau dengan Syakila tu tak boleh nak berbaik ke? Korang macam ni kitorang susah hati tahu? Yela, hati kau nak kena jaga. Hati dia pun kena nak kena bendung. Macam kita buat tugasan in group la. Kau suka tu, Syakila suka ni. Kau kata ya, dia kata tak. Dia kata boleh, kau kata jangan. Dia cadang, kau bangkang. Kau setuju, dia tolak. Dah tu cemana? Kitorang sebagai kawan ni, tatau nak follow yang mana. Tatau nak ikut cakap siapa.” Keluh Zaimi dihujung ayat.

            “Kitorang macam ni... salah aku ke?”

            “Dan dia.” Celah Thiya.

            “Dua-dua sama.” Fatin tayang muka bosan. “Kita dah semester dua pun korang still macam tu jugak. Tak boleh nak tengok muka kau-aku. Langsung!”

            Akil mencebik meluat. Aku pulak yang kena apehal?

            “Dalam kes korang ni, cuma ada satu cara nak settle. Tolak ansur.”

            Akil pandang Fatin. “Ni dah kenapa pulak? Nak settle apa pulak ni? Tolak ansur bagai. Amende ni???”

            “Takkan kau nak terus dera jiwa kawan-kawan kau kot? Tak kesian ke dekat kitorang? Lama-lama boleh sakit jiwa tahu dengan krisis Akil vs Akil ni?” Zaimi naik berang bila Akil macam tak ambik endah apa yang cuba dicadangkan Fatin. Tak sudah-sudah dengan kepala hangin. Hentak kepala dekat dinding nak? Kot la kurang sikit ego tu.

            Terdiam. Kata-kata Zaimi buatkan dia mati ayat. Tak tahu nak dibalas apa bila dia rasa serba salah terhadap mereka.

            “Kitorang mintak sangat...”

            “Akil, tolonglah berbaik dengan Akil.” Dengan muka penuh harapan, Fatin menyambung ayat-ayat Thiya yang terhenti. “Kau lelaki, tak salah kau yang kena mulakan. Tolak ansur la sikit.”

            Lagi lah dia jadi serba salah bila tiga-tiga manusia itu tayang muka belas. Dia jadi serba tak kena. Posisi badan dibetulkan. Hati tak tenang. Belakang leher digaru-garu.

            “Akil, please...” Serentak suara Thiya, Fatin dan Zaimi.

            “Ak... Aku... aku...”

            “Kitorang rayu sangat-sangat ni. Ke kau nak kitorang melutut?”

            “Woi! Apehal korang ni?” Dia menyergah bila Fatin dan Thiya mula membongkokkan badan. Cepat-cepat dia melolos keluar dari kereta. “Giler!” Bentak dia dengan muka cuak. Sampai nak melutut segala. Boleh pulak? “Tengok ah cemana. I’ll try but kalau dia still bodoh sombong macam tu jugak, jangan salah aku. Dan... jangan nak sakit jiwa ke hapa!”

            Dengan serta merta, riak mendung pada tiga wajah itu berubah ceria. “Thanks.” Tak sangka pulak drama nk melutuk diorang itu dah dapat ‘pilukan’ hati Akil. Eheh!

            Merengus untuk kesekian kalinya. “Tunggu apa lagi? Kata nak pergi jumpa RPS.”

            “Nak gerak la ni.” Enjin kereta yang dah lama dimatikan, dihidup kembali. Cermin dinaikkan. “Tin, kau dengan Thiya naik dengan aku.” Saran Zaimi. Mata mengerling Akil yang masih berdiri di luar kereta. “Kau naik bas.”

            “Pardon me?” Bulat mata lelaki itu.

            “Kata nak try berbaik dengan Syakila kan?” Dan-dan Fatin mencelah bila dia dapat tangkap apa yang berada difikiran Zaimi. Cepat-cepat dia melolos masuk ke dalam kereta mengambil tempat Akil sebelum menutup pintu.

            “Why not kau mula dari sekarang jek?” Thiya kini sudah selesa duduk di belakang kasi idea.

            Terpana sekejap dia di situ. Dengan muka habis terkejut dia merenung muka-muka di dalam kereta. “Sekarang???”

Tiga-tiga angkat kening mencabar. Renungan tak percaya Akil dibalas.

“ Takkan kot?”

Masih statik dengan respons yang sama.                                                         

“Serious??”
            
            “Tayah banyak cakap. Pergi je la. Akil dah naik bas. Bas dah nak gerak tu. Pergi! Pergi!” Thiya kibas-kibas tangan menghalau. Bengang jugak rasa bila Akil macam tak berapa nak setuju.

            Fatin mula tunjuk muka dah habis sabar. “Dah ada peluang, redah je la. Itu pun nak kena ajar ke? Ke kau penakut?” Mata dijegil besar-besar. Saja nak gertak.

            Dalam banyak-bayak perkataan yang diluah Fatin, satu ayat saja yang buatkan dia sentap. P.E.N.A.K.U.T. “Pardon me?” Dia tenung Fatin macam nak telan. Macam nak lapah-lapah kulit budak perempuan yang ada mulut macam... macam...macam bom nuklear tu. Sekali tertembak, hancur satu kawasan. Macam tengah jadi kat hati dia sekarang ni. Sekali Fatin bomm!!! Sentap teruk kot. Rasa tercabar gila. “Kau nak kutuk aku benda lain boleh. Nak kutuk aku bodoh macam cipan ke, busuk macam bangkai platipus ke, siot macam tahi ke, perangai macam setan pun... aku okay jek. Tapiiiii... yang tu jangan sebut. Kau macam mencabar aku tahu?”

            “Laah...” Kepala Zaimi senget sedikit. Cuba mencari muka Akil di luar kereta. “Kau baru perasan ke? Kitorang memang tengah cabar kau dari tadi lagi.”

            Telan liur. Tahan rasa. Cover muka. Control bengang. Itu yang dia tengah usahakan masa ni. Tarik nafas. Hembus. Tarik. Hembus. Pejam mata sesaat. “Fine! Aku pergi.”

            Tiga kepala mengangguk laju. Dengan riak muka selamba, tiga muncung menghala ke arah bas biru yang nampak macam dah nak bergerak.

            “Go means go.” Tekan Thiya bila Akil masih setia berdiri di sebelah. Cakap nak pergi. Yang jadi tunggul dekat sini lagi apehal?

            “Okey! I’m going.”

            “Orait. But please! Jangan pulak bila dah sampai sana nanti ada yang berdarah lebam benjol sana sini. Bercakap main mulut je sudah. Kaki tangan ikat ketat-ketat!” Tegas Fatin. Bila difikir sekali, ada jugak terbit rasa risau kalau dibiarkan Akil dengan Akil bertentang muka. Tapi bila difikir lagi sekali, dua-dua Akil punya akal yang waras. Dua-dua tahu fikir logik. Tak adanya nak jadi benda yang dia tengah risaukan tu. Hopefully la...

            “Manner aku tinggi tahap bangsawan tau?” Habis je ayat, Akil terus susun langkah laju nak kejar bas yang dah mula bergerak. Bas di mana yang dalam tu ada Nurul Syakila Sazali. Bas yang dalam tu ada makhluk yang pasti akan jeling dia kejap lagi. Jeling yang boleh dia rasa macam nak hentak kepala orang dengan kayu hoki. Ya! Itu dia memang pasti! Huh!

***

“MAAF pakcik. Lambat.”

            Suara yang sinonim dengan corong telinga mengubah perhatian. Perhatian dia yang asalnya pada mp4 ditangan beralih ke bahagian depan bas. Eesh! Air muka sepantas kilat berubah keruh. Rasa tak suka ketara ditayang. Apehal tetiba naik bas pulak si polan ni? Tak pasal aku kena hadap muka kau! Huh! Dan bila saja budak lelaki itu melangkah ke arah dia, cepat-cepat muka ditoleh ke arah cermin. Kau dekat, aku libas!

            Apehal kau? Bajet bagus la tu! kerek! Maki Akil dalam hati. Tengok je muka tapai basi Syakila semangat sahut cabaran budak bertiga tadi meruntun terus. Terus rasa macam nak ajak orang lawan pedang. Lawan tikam-tikam ventrikel kanan pun boleh jugak. Muka kau betul la boleh buat bengang aku bertandang tahu?

            Suasana dalam bas tersangatlah sunyi. Hanya ada enam orang termasuk dia. Empat orang duduk di kerusi paling depan. Syakila dah pilih kerusi dua dari belakang. Dan dia kini sedang berdiri di tengah-tengah. Otak ligat berfikir mana tempat dia nak duduk.

            Hampir satu minit, akhirnya keputusan dah dia buat. Kata nak berbaik, kan? Cari port dekat-dekat ah. Takkan nak berbincang, sorang dekat depan sorang lagi dekat belakang. Tu bukan berbincang namanya. Kaki mula menapak. Bersama hati yang ada rasa gemuruh, kerusi depan Syakila didekat. Tapi bila dia baru je nak letakkan punggung di situ, satu beg kanvas warna hitam dah mengambil tempat dahulu. Pantas dan memang tak dijangka.

            “Aku lenguh. Nak lunjur kaki dekat seat sebelah. So, aku kena letak beg dekat situ.” Sungguh selamba dan tanpa perasaan Syakila mengungkap. Dan itu lah kata-kata yang pertama dituju buat Akil sejak peristiwa sepakan pada kaki Akil semester lepas. Sebenarnya, lepas je hari kejadian sepakan pada kaki Akil itu, dua-dua dah buat macam gaya tak pernah kenal. Akil anggap Syakila tak wujud. Dan Syakila pua terus tanam dalam otak dia yang manusia bernama Akil dah lesap terus dari bumi.

Sebenarnya dah ditanam niat tanak langsung berkomunikasi secara lisan mahu pun isyarat dengan  budak lelaki yang tengah pandang dia dengan muka agak sentak tu. Sungguh-sungguh dia berazam nak tunjuk gaya macam dia tak sedar langsung wujudnya Akil di situ. Tapi azam dia tak jadi bila Akil dilihat bakal duduk berhampiran dengan dia. Sumpah! Tak suka!
            
              Tarik nafas. Lembut. Lepas. Pun lembut. Cadangan hati suruh bidas balik minah kerek itu ditolak. Cadangan otak yang yang masih waras dipilih. Otak cakap sabar, dia pun ikut bersabar. Badan digerak pula menghala seat belakang Syakila.

            “Sorry.”

            Purse dan fail kertas yang dah mendahului dia dipandang geram. Kemudian mata ditala lagi ke muka selamba tanpa perasa si Syakila.

            Okey! Fine... kau nak ajak main eh? Tak sampai satu saat, dia kini sudah duduk disebelah Syakila.

            “Wei!” Terjerit dan terberdiri gadis itu dengan ‘lawak’ yang dibuat oleh Akil. “Apehal kau?”

            “Kau yang request aku duduk sini.” Berpeluk tubuh dengan mata ke depan.

Riak muka ketara cuak!“I’m not!”

 “Gaya kau macam ya je.”

“Blah la wei! Kau ni dah kenapa? Blah!” Kaki Akil yang tersarung sneaker disepak-sepak. Sumpah dia tak selesa macam ni!

“Aku ada benda nak cakap dengan kau. Oleh yang demikian...” muka bengang Syakila ditilik tiga saat. “Kita kena duduk dekat-dekat. Macam ni pun okey jugak.” Sambung dia lagi bersama senyuman yang boleh buat Syakila rasa nak tetak orang.

“Sejak bila kita macam rapat yang kau nak cakap-cakap bagai dengan aku hah?” Akil yang dah ubah posisi duduk dipandang garang. Lelaki itu dilihatnya tak ada tunjuk tanda-tanda nak bergerak dari situ.

Satu rengusan kasar dihela. Beg kanvas di kerusi depan dicapai. Tapi baru je gaya dia nak melangkah keluar dari ‘sangkar’, langkah dia terhenti. Kaki lelaki itu dah menjadi penghadang laluan.

Dengan kaki kanan yang diangkat tinggi, dia bersandar tenang pada kerusi. Tangan dibawa ke belakang kepala. Masih mampu bersantai walaupun tak putus-putus terima jegilan tajam dari Syakila. “Kita tak pernah rapat. Aku tau. Kau tak pernah suka aku. Itu pun aku tau. Tapi apa yang buatkan kau tak pernah nak pandang aku macam manusia yang ada hati ada akal, itu aku tak tau. Aku dah buat apa sampai kau buat aku tak pernah wujud depan kau, tu pun aku tak pernah tau. But... it doesn’t matter la. Aku dah tak pernah kisah pun apa pandangan kau dekat aku. Yang aku kisahkan sekarang ni, feeling kawan-kawan kita.”

Mendengar ayat terakhir Akil itu, kening dia terangkat. Sedaya upaya dia berginjak rapat pada cermin bas. Cuba menjauhkan jarak dari lelaki itu. “Apehal diorang?”

“Kondisi kau-aku jadi hal pada diorang.”

Kening diangkat lagi sekali.

“Diorang cakap, kau-aku macam ni buat diorang serba salah.”

“And?”

“Kau-aku dah buat diorang susah hati.”

“And...?”

“Zaimi cakap... hati aku diorang nak kena jaga. Hati kau kena bendung. And majoriti assigments in this semester kita one group. So, kepala kau-aku yang tak pernah nak serasi, buatkan diorang rasa tak heaven.”

“Maka?”

Tindak balas-tindak balas yang diberi oleh Syakila berjaya membuatkan Akil naik bengang. Kuat kaki dia menghentak lantai bas sebelum berdiri menghadap Syakila. “Kau boleh tak jangan nak tunjuk kerek sangat dekat aku? Aku cakap baik-baik dengan kau ni pun dah habis bagus tau?” Tengking dia baran. Dengan jarak antara dia-Syakila hanya jauhnya kira-kira satu kaki, timbul jugak niat dia nak ketuk kepala gadis itu dengan tukul besi.

Menjeling dua das pada Akil. Kaki melangkah satu tapak ke belakang. Cuba menambah jarak antara dia dengan lelaki itu. Dengan tangan yang masih memeluk tubuh, Akil dipandang sinis. “So, apa kau nak dari aku sebenarnya?”

Akil terus bawa mata ke luar tingkap bas. Rasa stress menggunung-gunung bila tengok muka Syakila. Menambahkan aura nak tikam orang pun boleh jadi ni. “You better know what to do.”

“Kau datang jumpa aku. Bukan aku yang cari kau. So, kau lebih faham apa yang kau nak.”

“Fine!” Mata dibawa ke muka angkuh Syakila. Tarik nafas sesaat sebelum... “Kau-aku... kawan?”

Macam nak terkeluar anak tekak dia punya nganga. Dengan mata tak berkelip muka Akil dicari. Pandangan lelaki itu dibalas. “Kau-aku... what!?”

“You heard me.” Dia pandang bumbung bas. Jelas muka bosan dipamer. Betul la tekanan kalau bercakap dengan orang yang buat-buat tak faham nih!

So, what’s your decision? Yes or no? But before tu, let me tell you something. Aku request ni bukan sebab aku hadap sangat nak kawan dengan kau ke hapa. It’s all about my friends’s sake. Or much better if I say... our friends’s sake.” Sengaja perkataan ‘friends’ ditekan kuat.

Telan liur sambil cover riak. Sejujurnya, kata-kata Akil itu sedikit sebanyak ada jugak buat hati dia tersentuh. Serta merta wajah kawan-kawannya bermain di mata. Timbul pula rasa bersalah. Kata-kata Akil belum dibalas. Terdiam dia di situ sambil berfikir.

Hah! Terdiam kau! Akil yang tengah perhati gerak-geri Syakila itu terus kupas senyum sinis.

“Okey, fine!” Lepas beberapa saat, Syakila kembali bersuara. “Kau-aku jadi kawan. Tapi!”

“Aku macam dah dapat agak apa lepas ‘tapi’ kau tuh.” Celah Akil bila Syakila tetiba menggantungkan ayatnya.

Gadis itu mengangkat kening sebelah, mencabar. Bajet kau tu ahli nujum la eh?
***

BAS kini dah berhenti betul-betul di depan bangunan C.I.C yang terletak sebelah Hospital Kangar. Dan di situlah mereka bakal berjumpa dengan RPS kejap lagi. Dari atas bas, bayang Fatin, Thiya dan Zaimi dah kelihatan di depan pagar bangunan itu. Nampak sangat budak bertiga tu tengah tunggu ketibaan Akil Vs Akil.

            “Apa-apa yang aku buat lepas ni, harap kau tak salah faham. Tak terlebih perasan ke hapa.” Kata Akil tegas. Dia kini sudah bersiap sedia untuk turun dari bas.

            “For. My. Friends’s. Sake!” Langkah Zaimi dipintas. “Aku takkan lupa tujuan aku.” Lepas tu laju dia menapak ke pintu bas.

            “Oi!”

            Langkah Syakila terhenti.

            Gadis itu dihampiri. “Turun sama-sama.”

            Hujung bibir tinggi sebelah. Sinis! “And... smile?”

“Tunjuk mesra sikit.”

“Tapi tak perlu lah sampai nak bertepuk tampar ke hapa.”

Erkk!? Meluru muka selamba Syakila dicari. “Kalau kau belum tau, I’m telling you... Aku ada belajar hukum hakam. And yet... aku bukan jenis tepuk or tampar perempuan.”

“Wah...”Tunjuk muka teruja dua saat sebelum riak ditarik sinis kembali. “Mulianya kau.” Bawa mata keluar tingkap. “And kalau kau nak tau la kan... aku pun bukan jenis main tepuk tampar dengan lelaki. Yet... aku jenis pakai kaki je.”

Tertelan liur dua kali mendengar ayat terakhir itu. Bukan sebab dia takut, tapi... “Kau ni perempuan jenis apa ni?”

 “Jenis cakap pakai kaki.”

Telan liur lagi. Perempuan ni memang tak boleh dibuat main! Dah macam Thaliban aku tengok. “Hmm... turun ah. Tunggu apa lagi? Ke nak aku kendong sampai bawah?”

Soalan kedua itu mengundang renungan petir dari Syakila. “Again... Jenis aku cakap pakai kaki.”

“Fine. So, shall we...?”

Pejam mata sesaat. Nafas dihela panjang. Syakila terlebih dahulu menjejak tanah dan diikuti oleh Akil.

Serta merta, muka straight bertukar ceria. “Gila la kau! Macam tu punya dahsyat pun kau boleh buat?” Syakila ketawa dihujung ayat.

“Itu baru sikit. Banyak lagi tau benda dahsyat yang aku pernah buat. Kalau nak dicerita memang tak cukup setahun la. Ha.ha.ha....” ketawa Akil pula bergema. Walaupun dia tak tahu hujung pangkal bentuk ‘drama’ yang dicipta oleh Syakila, dia layankan aje. Dalam lakonan ni, dia perlu bijak membawa watak. Skrip pun tak boleh dibuat sambil lewa. Kena masuk pada waktu yang tepat. Tak boleh main terjah. Kang tak pasal-pasal kena ‘cut!’ dengan ‘director’. Dan gaya lakonan kena nampak macam real kalau tamau kantoi dengan penonton bertiga tu.

“Apa yang banyak sangat story kau tuh? Cuba cerita. Nak jugak aku tahu. Ha..ha...ha...”

“Nanti-nanti la. Kau ni, gaya macam kita dah tak jumpa lepas nih. Hari-hari kot kau hadap muka aku. Free nanti aku story la. Ha..ha..ha...” Sungguh-sungguh Akil ketawa. Dia berusaha kuat untuk menghasilkan ketawa palsu yang nampak macam tulen. Sesekali pipi sendiri dipicit. Baru aku tahu ketawa palsu boleh buat pipi kebas. Heh!

Seperti Akil, Syakila turut merasakan jenis seksaan yang sama. Lenguh tulang pipi aku! Haih! Tarik nafas sesaat sebelum senyuman habis mesra pulak dikulum. “Yela. Aku tunggu. Nanti-nanti eh?”

Angguk tanda dia berjanji. Berjanji jugak palsu tahu? “Apehal korang nih? Gaya dah macam nampak gajah tunggang orang jek. Dah kenapa?” Dengan senyuman yang masih bersisa, Zaimi, fatin dan Thiya yang tengah tenung dia dan Syakila dengan muka susah nak percaya ditegur. Tiga-tiga tengah tayang gigi geraham paling hujung.

Tersedar dari sentakan, Zaimi terus tarik sengih. “Tadi macam nampak betul gajah tunggang orang.”

“Tu yang kitorang jadi macam ni.” Sela Fatin. Thiya disebelah hanya mengangguk.

Amenderrrrr la korang nih.” Sapa Syakila.

“Kalau macam tu, jom kita?” Akil tunjuk muncung ke arah pintu bangunan warna putih depan mereka itu.

“Haa... jom...jom...” Tergagap-gagap Thiya bersuara. Belakang Akil-Syakila yang dah melolos masuk ke dalam pejabat direnung dengan mata terjegil. Dua saat kemudian, laju muka Fatin dan Zaimi dicari.“Seriously?”
            
             Dua makhluk itu mengangguk serentak.“Seriously.”

            “Akil vs Akil?” Entah kenapa dia rasa macam dia tengah mimpi. Sungguh susah nak percaya. 

            “Okey. Diorang nampak mesra amat. Memang bukan fantasi. Fine. Alhamdulillah. Tapi aku macam...” Sambung Fatin lagi. Muka nampak lega sangat.

            “Susah nak percaya?”

            Tekaan Zaimi dibalas dengan anggukan tegas.

            “Akil-Syakila? Seriously???”

********** 

p/s : belum ending lg.. ni jek yg smpat buat.. lama sgt x update blog.. sory... and thanks a lot!

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta