Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Wednesday, June 20, 2012

TOUCHOLIC 25

“TOP up RM10 satu. Maxis.” Setelah pesanan dibuat dia bergerak ke bahagian belakang. Pintu peti sejuk besar itu dibuka. Botol 500ml Sprite dicapai. Sempat sebungkus Mister Potato  kari disambar sebelum dia bergerak semula ke kaunter. Lepas pembayaran dibuat dia dia menolak pintu untuk melangkah keluar. Namun langkah dia terhenti bila matanya berlaga dengan sepasang mata yang amat dikenali ketika tubuh tinggi lampai itu turut menarik pintu yang sama.

            Hanya dua saat pandangan mereka berlaga. Spontan, Irdini lemparkan senyuman.

Tapi sayangnya, yang dibalas hanyalah muka tak beriak. Lelaki itu kemudiannya dengan selamba berlalu ke kaunter. “Top up Maxis RM30.”

          Erkk? Irdini merengus geram. “Kerek giler! Macam handsome sangat. Bukannya kau tak kenal aku. Gaya macam tak pernah tengok muka jek. Apa salah kalau senyum sikit. Macamlah kena bayar cukai. Berlagak! Budak sweater putih, kau memanglah sangat annoying tau tak?” Gumam dia dengan rasa sebal. Pintu transparent yang berada didepannya itu ditumbuk-tumbuk geram. Dan tindakan dia makin mengganas bila otaknya membayangkan pintu itu sebagai muka Izzat. “Dush! Dush! Hambik kau! Kerek sangat! Dush! Dush! Aku patahkan hidung kau! Korek biji mata kau! Tenyeh mulut kau! Iyahh! Iyahh!”

            “Kau tengah buat apa ni?”

            Aiyakk! Teguran yang datang dari belakang mematikan tingkahnya. Kaku sekejap dia di situ. Suara garau itu dia benar-benar kenal. Mata dipejam seketika sebelum dia berpaling ke belakang. Laju senyuman ditarik. Lebar.

Izzat  angkat kening menanti jawapan.

 “Aku... aku...” Aku apa, Nini? Soalnya dalam hati. Hah! Idea! Lengan baju ditarik lalu disental pada pintu itu. “Ni... pintu ni... kotor sangat. Penuh air liur. Eeesh! Siapalah yang bodoh sangat pergi ludah dekat sini? Kan dah nampak kotor. Bodohnyalah manusia tu.” Kalut-kalut dia tembak alasan. Hentam saja. Risiko fikir kemudian.

“Kalau orang yang ludah tu bodoh, habis tu orang tolong kesat dengan t-shirt sendiri tu paling cerdik ke?” Tenang soalan itu diutarakan sebelum dia membuka pintu dan melangkah keluar dari situ.

Aiyakk lagi sekali. Sindiran Izzat itu membuatkan dia terus bawak tangan ke belakang. Dia gigit bibir bawah. Kuat! Terasa darah menyerbu naik ke muka. Tiba-tiba dia jadi malu. Teramat malu. Sebab tu manusia perlu fikir dahulu sebelum berkata-kata. Supaya tak berlaku keadaan bodoh macam ni lah. “Haaaaa...” Kepala dihentak berkali-kali pada pintu sebelum dia menggesel-geselkan muka di situ. “Bodohnya la aku ni...”

“Takkan  nak kena jilat kesan ludah tu jugak? Lalu ke? Betul-betul paling cerdik...”

Gulpp! Irdini angkat muka. Ternyata Izzat masih berada di situ menyaksikan setiap aksi yang dibuat oleh Irdini. Jelas ada riak sinis pada wajah itu. “Mana de! Aaa... aku...ah! Sepit rambut.” Pantas dia meraba-raba kepala. Sepit warna ungu muda yang tersepit kemas pada rambut ditanggal dan disepitkan semula. Dia pandang pintu itu macam pandang cermin. “Tadi senget. Sekarang dah okey dah. Hahahaha... Kelakar gila sepit ni. Hahaha...” Sambung dia lagi diakhiri dengan ketawa yang berpanjangan. Ketawa itu ketara palsu. Dia tak tahu kenapa dia perlu ketawa di saat ini. Tapi yang dia tahu dia akan cuba sedaya upaya untuk tutup rasa malu. Tutup rasa malu dari berjaya dihidu oleh Izzat. Dan cara yang paling mudah ialah pura-pura ketawa. Walaupun hanya pada sepit rambut!

Riak sinis tampil semula pada wajah lelaki itu. Beberapa saat kemudian dia mula mengorak langkah meninggalkan Irdini yang masih ketawa bodoh di situ.

“Budak sweater putih!”

Langkah kelima terhenti. Dia tak pasti kenapa dia perlu bagi respon pada troublemaker itu sedangkan yang dipanggil bukanlah nama dia. “Hmm.”

Cepat-cepat Irdini menghampiri Izzat. Purse dibuka. Empat helai not RM10 dan enam helai not RM1 ditarik keluar. Kemudian, dia menyeluk tiga keping siling 20 sen dari poket seluar. “Nah. Aku pulangkan balik duit kau. No more and no less.”

Jungkit bahu. Duit beralih tangan.

“Hello... tak reti nak tengkiu-tengkiu orang ke?”

Izzat tak jadi bergerak. “Kau yang hutang aku. Not me. So, no tengkiu-tengkiu from me.”

“Kau memang kerek giler, kan? Setakat nak tengkiu-tengkiu orang pun susah ke?” Si gadis menggumam tak puas hati. Datang dari planet mana lah makhluk Allah yang sorang ni. Perangai tak serupa orang langsung.

Lagi sekali langkah dia tak menjadi. Irdini yang masih berdiri di belakangnya dihadap. “Okey. As you wish... terima kasih. Done. Now, would you let me go?”

Hanya satu saat, riak muka Irdini berubah. Ceria. “Haaa... Macam tu lah perangai manusia yang sepatutnya. Tapi lagi patut kalau ucapan terima kasih tu disertakan dengan senyuman. Barulah nampak macam ikhlas.” Dia tersenyum comel. Kening digerak-gerak. Teringin jugak aku nak tengok muka mamat ni bila dia senyum. Sejak dia kenal Izzat, tak pernah walau sekali pun lelaki itu senyum. Sekali pun tak. Sumpah tak tipu! Senyumlah.... senyumlah... Please!

“Harapan.” Sepatah yang dibalas

 Senyuman mati. Irdini mencebik meluat. “Aku pun tak hadap dengan senyum kau tu.”

“Tadi mintak macam hadap sangat je.”

“Aku tak mati lah kalau tak tengok senyum kau tu.”

Hujung bibir terangkat sebelah. Baru buka mulut nak membalas telinga dia menangkap bunyi sesuatu.

 Tanak! Pergi! Pergi sana!”

Satu suara kasar menarik perhatian dua kepala. Serentak mereka menoleh ke kanan. Tidak jauh dari tempat Irdini dan Izzat  berdiri, kelihatan seorang remaja perempuan sedang memarahi seorang makcik yang sedang menjinjing tiga bungkus beg plastik besar.

“Anak tak nak cuba tengok dulu ke? Mana tau ada yang berkenan nanti.” Lembut suara makcik itu memujuk. Dua bungkus beg plastik di letak atas lantai. Manakala yang sebungkus lagi dibuka ikatannya. Lubang plastik dibesarkan dan sebaik saja dia menghulur bungkusan itu pada remaja itu, pantas ditepis kasar.

“Makcik ni tak faham ke? Dah orang kata tak nak beli tu... tak nak lah! Yang nak paksa-paksa ni apehal?” Tak cukup dengan itu, makcik yang nampak uzur itu ditengking lantang.

Melihat adegan itu, Irdini jadi bengang. Pantas dia mengatur langkah menghampiri dua manusia itu. “Adik nama apa?” Tanpa salam dia menyoal remaja perempuan itu.

“Amy.” Dengan muka yang tak manis langsung si remaja membalas.

“Amy umur berapa?”

“Lima belas.” Kasar dia menjawab. Irdini dijeling tajam.

“Baru lima belas? Wahh...” Dia ketawa sambil bertepuk tangan. “Tahniah.”

“Asal?” Sinis remaja itu bertanya.

“Tahniah sebab budak lagi dah jadi kurang ajar.” Habis saja ayat itu, ketawanya hilang. Berganti pula dengan riak bengis.

“Kau gila ke hapa? Tiba-tiba datang sini cakap aku kurang ajar. Cari pasal, huh?” Dah macam anaconda nak terkam mangsa riak muka budak perempuan yang bernama Amy itu. Mulut bergerak-gerak mengunyah gula-gula getah. Sesekali gula-gula getah itu ditiup menjadi belon.

Berdesing telinga mendengar soalan mintak pelempang itu. Tangan kanan dan kiri dah terketar-ketar. Kalau ikutkan hati nak saja si budak tak beradab itu dilempang bertalu-talu. Biar bengong setahun. Kurang ajar sangat! “I’m twenty. And of course you may call me akak. Akak tanak cakap banyak.” Sedaya upaya riak bengis dikawal. Senyuman disungging bila matanya melirik ke arah mangsa kurang ajar Amy sebentar tadi. Wanita itu ikut menyungging senyum walaupun hambar cuma. “Mintak maaf dekat makcik ni sekarang.”

“Mimpi sikit.” Dengan muka habis cengeng dia membalas. Sambil berpeluk tubuh jelingan sinis dilontar buat Irdini. “Aku? Mintak maaf? Harapan je lah.”

“Tak pe la, cik. Tak payah mintak maaf. Makcik yang salah. Adik ni dah cakap tak nak beli kerepek tapi makcik yang salah pergi paksa dia.” Wanita yang masih menjinjing bungkusan kerepek itu akhirnya bersuara.

“Orang kurang ajar macam ni patut diajar makcik. Tak boleh kasi muka sangat. Apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang ni. Dah tak tahu jaga budi bahasa. Sebab tu lah ramai yang rosak sekarang ni. Banyak sangat ikut budaya yang tak elok. Haihh!” Terkumat-kamit bibir Irdini membebelkan Amy yang tengah tayang muka bosan.

Izzat yang berperanan sebagai tunggul di belakang Irdini terus tarik pinggir bibir. Gaya membebel macam diri tu bukan remaja. Dah macam opah akhir abad pun ada.

“Entah keluar dari celah hutan mana tetiba datang serang orang. Gila!” Bentak Amy kasar sebelum mengorak langkah meninggalkan Irdini dengan mata yang terkebil-kebil.

“Keluar dari hutan kau cakap aku? Budak ni memang lah...”

“Tak pe la, cik. Biar dia dia pergi. Makcik tak nak la sebab makcik awak berdua bergaduh. Biar la adik tu pergi. Biar je.”

“Makcik...”

“Sebungkus kerepek berapa, makcik?” Izzat mencelah laju bila melihat Irdini ingin meneruskan pertelagahan dengan budak yang memakai celak tebal bawah mata yang dah beberapa langkah jauh dari  mereka. Bungkusan besar dari genggaman wanita itu diambil sopan lalu dibuka. Dia mengintai beberapa jenis kerepek yang berada di dalam.

Irdini merengus. Jelingan tak puas hati masih dilontar kepada Amy. Betul la kurang ajar! Bajet make up tebal-tebal macam tu habis stylo la eh? Dah macam zombi pun ada. Heh!

“Tiga bungkus RM10.”

Bungkusan itu disimpul kemas. “Saya beli semua.” Kata Izzat selepas itu. Wallet diseluk dari poket jean. Tiga keping not RM50 dihulur pada wanita yang memakai baju kurung lusuh itu.

“Eh, semua RM60 saja.”

“Tak pe. Lebih tu makcik simpan.” Tambah Izzat lagi bersama senyuman nipis buat wanita yang belum diketahui namanya lagi.

“Tak payah lah. Banyak sangat ni. Makcik tak boleh nak terima.” Tolak wanita itu. Huluran Izzat tidak bersambut.

“Makcik ada anak?”

Soalan Izzat dibalas dengan anggukan.

“Berapa orang?”

“Tiga.”

Duit tadi diseluk masuk ke dalam beg kecil yang sudah terkoyak zipnya yang dipegang oleh wanita itu. “Untuk anak makcik. Tolong jangan tolak. Saya ikhlas.” Katanya kemudian. Tercalit senyuman manis di wajah itu.

Putus nafas. Melihat senyuman yang tak pernah dilihat di wajah lelaki itu, Irdini jadi speechless. Keras dia di situ dengan mata tepat pada muka Izzat tanpa berkelip. Kau senyum!??? Budak sweater putih senyum!!!??? Seriously???

“Makcik segan nak ambik duit ni. Banyak sangat.” Wanita itu jelas masih berat hati untuk menerima pemberian Izzat.

“Anggap saja Allah turunkan rezeki untuk anak-anak makcik dengan menghantar saya.”

Dua keping not huluran Izzat disentuh. “Tapi...”

“Makcik, orang cakap rezeki jangan ditolak. Terima la. Saya tau dia ikhlas.” Irdini yang baru tersedar dari kakuan terus mencelah. Tangan wanita itu disentuh lembut.

Senyuman manis dihadiah kepada Izzat dan Irdini silih berganti. Sesaat kemudian kelopak mata wanita itu dipenuhi dengan air sebelum bocor menuruni pipi. “Terima kasih...”

“Irdini. Panggil saja saya, Nini.” Faham dengan pandangan wanita itu, Irdini terus memperkenalkan dirinya.

“Yang ni pulak nama apa?”
            
            “Saya...”
  
         “Izzat. Nama penuh dia Izzat Naufal Bin Carl Ezairy.” Baru saja Izzat berkira untuk memberitahu namanya Irdini terlebih dahulu menyelit.

            “Izzat... Nini, nama makcik Norliza. Selalu orang panggil makcik, Acik Noli.”

            “Acik Noli? Comelnya nama tu. Macam lagu korea yang kumpulan T-ara tu la. Roly poly... roly roly poly...” Dengan selamba tanpa sedar di mana dia berada ketika itu, dia menari. Sebiji macam tarian Roly Poly yang T-ara tunjukkan dalam video klip lagu hit mereka itu.

            Tindakan tak malu gadis itu membuatkan Izzat tepuk dahi. Apa pulak budak troublemaker ni buat? Eeesh! Masalah betul. “Kau kalau nak kaut glamour tolong jangan bila dengan aku.” Bisikan itu kedengaran perlahan namun berbaur tegas. Dia pura-pura pandang arah lain bila ada mata-mata yang memerhati ke arah mereka.

            “Erk!” Perbuatan Irdini mati tiba-tiba. Lambat-lambat sengihan serba salah ditarik. “Sorry, acik Noli. Over-acting pulak. Sumpah acik, nama acik tu betul-betul buat Nini teringat lagu tu. Lagu dia best. Acik pernah dengar? Roly poly.. Roly ro...”

            “Oh,  c’mon... Please not again. Not here. Not when I’m with you. Please!” Sergah Izzat bersama susunan sepuluh jari yang tersusun.

            Chill ah. Aku cuma nak bagitau acik yang lagu tu best. Kau tak suka biar ar. Asal acik suka. Kan acik? Acik suka lagu tu kan?” Jelingan tajam dilempar pada Izzat. Sesaat senyuman ceria pula dipaku pada Acik Noli.

            Wanita itu tertawa kecil sambil menganggukkan kepala mengiyakan kata-kata Irdini.         Dua remaja itu pandang muka kau-aku. Izzat mencebik. Irdini menjeling.

            Tawa Acik Noli masih berlagu. “Kamu berdua ni kawan ke?”

            “Tak!” Hampir serentak dua suara menjawab.

            “Baru kenal tadi?”

            “Tak!”

            “Dah tu?” Acik Noli jadi keliru.

            “Kitorang belajar dalam universiti yang sama.” Maklum Irdini dengan muka sebal. Lelaki yang berdiri di sebelah Acik Noli masih tak jemu-jemu dijeling.

            “Oh, belajar lagi. Semester berapa dah?”

            “Tiga.”

            Acik Noli menghala pula pandangan ke muka Izzat.

            “Tiga jugak.” Sukarela Irdini menjawab bagi pihak Izzat.

            “Umur berapa ni?”

            “Nini dua puluh tahun.”         

            “Saya...”

            “Kitorang sama umur, acik.”

            “Muda lagi.” Senyum. “Tinggal mana? Kawasan sini jugak ke?”

            “Ya. Rumah Nini dalam taman perumahan ni. Dia pun.” Muncung dijuih ke arah Izzat.

            “Dekat sangat la. Mesti jalan kaki datang sini, kan?” Acik Noli meneka.

            “Tak de la dekat sangat. Kalau nak jalan kaki boleh je. Tapi Nini malas sikit nak keluarkan peluh. Nini datang dengan kereta. Tapi Izzat ni dia datang dengan...” Kepala dikalih pada Izzat yang tengah berpeluk tubuh. “ Wei, kau datang naik apa?” Tanya dia pada lelaki itu.

            “Jawab ar. Asal tanya aku pulak. Semua benda kau tau pasal aku. Dari tadi apa yang acik tanya aku, kau yang sibuk nak jawab. Sekarang kau jawabkan jugak la.” Dalam tenang dia menghentam Irdini. Lembut tapi memang makan dalam. Mana dia tahu pasal aku? Berapa umur aku, semester berapa aku sekarang ni, dekat mana aku tinggal. Aku pernah bagitahu ke?

            Irdini tayang gigi. “Aku belum sempat siasat lagi kau datang sini naik apa tadi. Kalau pergi kampus tu aku tau la hari-hari kau naik LC warna hitam.” Kalau nak tahu, dalam diam sejak Izzat sudi berlakon jadi teman lelakinya di hadapan Amanda and the gang, hati dia tertarik untuk mengenali Izzat dengan lebih dalam. Sudahnya latar belakang lelaki itu dah pun dia siasat. Walaupun tak semua pasal Izzat yang dia tahu, dia amat berpuas hati.

Dari umur, tahap semester, kawasan tempat tinggal Izzat semua dia siasat. Izzat pergi kuliah naik apa pun dia tahu. Hobi Izzat melepak dalam perpustakaan lepas habis kelas pun dia dah sedia maklum. Boleh dikatakan separuh perkara tentang lelaki itu dia dah boleh hafal.

Kalau ada yang tanya tentang kesukaan Izzat, dia boleh tolong jawabkan. Kalau ada yang tanya dia, Izzat suka minum air apa? Dia akan jawab milo tabur panas. Sebab selalunya bila dia ternampak Izzat melepak di kafe, lelaki itu akan membeli air milo tabur panas untuk dirinya. Kalau ada yang tanya nombor plat motosikal Izzat, dengan lancar dia boleh menyebut. Sebabnya dalam otak dia dah ditanam tiga abjad dan empat angka nombor plat LC hitam milik Izzat. Pokoknya dia tahu serba serbi pasal budak sweater putih itu. Tapi kalau ada soalan pasal Izzat yang dia tak tahu nak jawab macam mana, dia tak perlu risau. Sebabnya dia akan terus menyiasat tentang lelaki yang bernama Izzat Naufal Bin Carl Ezairy itu.

Oh ya! Nama penuh Izzat dia dapat tahu dari seorang lelaki yang pernah dilihat berjalan bersama Izzat minggu lalu. Selepas Izzat berlalu meninggalkan budak lelaki yang telah diketahui namanya Rafael itu, Irdini cepat-cepat mendapatkan Rafael dan bertanyakan tentang nama penuh Izzat. Sudahnya, pada hari itu Irdini memandu pulang ke rumah sambil tersengih kerbau dengan sebaris nama Izzat Naufal Bin Carl Ezairy terlabel besar di kepala.

“Okey la... Acik mintak diri dulu. Dah lewat ni. Anak-anak tengah tunggu acik dekat rumah. Nanti risau pulak diorang kalau acik balik lambat.” Ujar Acik Noli.

“Betul la. Dah pukul sepuluh.” Sekilas jarum jam pada tangan dipandang.  “Acik balik naik apa?” Soal Irdini lagi.

“Jalan kaki.”

“Rumah acik dekat mana?”

“Batu Tiga.”

“Batu tiga!!!?” Ternganga Irdini mendengar sebaris nama tempat itu. Izzat yang mulanya tenang mukanya terus berubah riak. Terkedu seketika.

“Dekat je.” Tokok Acik Noli lagi dengan muka yang manis.

“Dekat acik kata? Jauh tu. Berjalan kaki dari PSA(Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah) ke Giant pun boleh buat students dia semput. Inikan pulak dari TTDI pergi Batu Tiga. Jauh kot.” Dengan riak terkejut yang belum hilang Irdini berkata.

“Hari-hari acik datang  berniaga dengan jalan kaki?” Izzat pandang muka Acik Noli.

“Baru dua minggu ni je acik berjalan kaki. Sebelum ni acik kayuh basikal. Tapi basikal acik dah rosak. Biasa la, basikal tua. Dah lama pulak tu. Nak cari rezeki yang halal, kena berusaha sikit la.” Balas wanita itu.

Berkerut-kerut dahi Irdini mendengar ucapan yang dianggap sayu padanya itu. Raut wajah Acik Noli direnung lama. Jatuh simpatinya dengan keperitan hidup yang terpaksa dilalui oleh wanita itu. “Acik, jom?”

Acik Noli tunjuk muka pelik. “Jom...?”

Lesung pipit dalam sebelah kiri ditayang. “Jangan tolak. Jangan cakap banyak. Jangan rasa segan ke apa.” Diam sejenak. Lengan Acik Noli diraih. “Nini ikhlas nak hantar acik balik rumah. Dan Nini harap acik pun ikhlas terima pelawaan Nini ni.”

“Tapi...”

Ibu jari menekan bibir sendiri. “Acik...”

***
“KAU kalau tak selesa tarik seat tu ke belakang sikit. Maklumlah... kaki aku tak panjang macam kaki kau.”
  
          Ucapan agak sinis dari Irdini itu tidak dibalas. Kerusi yang diduduknya kini ditolak ke belakang. Betul la kaki pendek. Dalam hati dia mengutuk Irdini yang punya saiz badan lebih kurang Najwa. Nak kata tinggi tak. Rendah pun tak. Orang cakap sedang-sedang. Agak sedang-sedang sampaikan kerusi dah nak hampir dengan stereng.

            “Acik selesa tak dekat belakang? Ke nak duduk depan?” Irdini berpaling ke tempat duduk belakang.

            “Selesa. Selesa sangat. Tapi kan Nini... acik segan lah. Menyusahkan kamu berdua je.” Ternyata Acik Noli masih berasa ragu-ragu untuk menerima pelawaan Irdini dan Izzat yang sudi menghantar dia ke rumah. Baru saja kenal, dah nak hantar balik rumah? Tak ke segan.

            “Acik kalau mengantuk  boleh tidur dulu. Karang kalau dah sampai Batu Tiga Nini kejutkan.”

            Acik Noli ketawa. “Dari sini nak ke Batu Tiga tak sampai sepuluh minit pun. Nak tidur apanya.”

            “Sepuluh minit kalau tak jam.”

            “Eesh,tak pe ke ni?”

            “Kitorang ikhlas.”

            “Izzat, tak pe ke tolong hantar acik balik ni?”

            “Dia tak kisah la acik.” Izzat di sebelah dikerling dua saat. Tenang lelaki itu memandu kereta. Mereka kini sudah berada di lampu isyarat TTDI.

            Hampir dua puluh minit mereka berada di jalan raya. Keadaan kereta yang berderet membuatkan kesesakan lalu lintas. Dalam masa hampir dua puluh minit itu Irdin dan Acik Noli tak henti-henti berbual. Yang banyak bertanya mestilah Irdini. Acik Noli hanya tolong jawabkan je.

Setelah banyak bertanya itu dan ini pada wanita itu, banyak yang dua remaja itu mengetahui tentang hidup Acik Noli. Rupa-rupanya wanita itu merupakan seorang janda yang telah kematian arwah suaminya lima tahun yang lepas akibat serangan jantung secara tiba-tiba. Sebelum kematian arwah Pakcik Bahar iaitu nama arwah suami Acik Noli, mereka suami isteri ada membuka kedai runcit. Tapi setelah kematian Pakcik Bahar, kedai runcit mereka terpaksa dijual untuk melangsaikan hutang kepada pembekal-pembekal barang kedai mereka.

Selepas itu, untuk menampung kehidupan Acik Noli bersama tiga orang lagi anaknya, wanita itu telah mengambil upah mencuci baju di siang hari dan pada malamnya pula dia mengambil upah dengan menjual kerepek jiran sebelah rumah. Bukan dia tak mahu mencari kerja lain seperti bekerja dikilang atau di mana-mana kedai makan atau runcit. Tapi kerja-kerja seperti itu tidak membolehkan dia seringkali berulang-alik ke rumah untuk menjenguk keadaan anak-anaknya yang ditinggalkan. Tiga-tiga masih kecil dan masih perlu diberi perhatian. Yang sulung berusia sembilan tahun. Nombor dua pula tujuh tahun. Dan yang paling bongsu empat tahun.

“Acik memang selalu pergi berniaga dekat TTDI ke?” Soal Irdini yang sudah berkaca matanya mendengarkan cerita Acik Noli. Daifnya kehidupan wanita itu. Tiba-tiba dia membayangkan macam manalah kalau diri dia berada di tempat wanita itu. Mungkin dia tak sanggup. Kesian acik.

“Tiap-tiap malam.”

“TTDI saja atau ada pergi tempat lain?”

“Ada lagi tempat lain. Macam Bukit Jelutong, KTM Batu Tiga, Giant. Kadang-kadang kalau mampu acik pergi Glenmarie.”

Lagilah bertambah simpatinya terhadap wanita itu. “Jauhnya acik. Larat acik pergi semua tempat-tempat tu.”

“Macam acik cakap tadi la... Nak cari rezeki yang halal. Kena lah berusaha keras. Kalau acik tak buat macam tu, siapa nak tanggung kos pembelajaran sekolah dua orang anak acik tu. Yang umur empat tahun tu masih minum susu. Kena beli susu tepung lagi untuk dia. Susu tepung sekarang ni semuanya mahal-mahal.” Tenang setiap ucapan yang diluahkan oleh wanita itu. “Eh, Izzat. Kenapa diam je dari tadi?” Izzat yang menyepikan diri sejak tadi ditegur.

 “Tak tahu nak bercakap apa. Semua yang saya nak tahu, semua dia dah tanya.” Balas Izzat lembut. Nipis senyuman untuk Acik Noli melalui cermin.

Bibir Irdini terbuka sedikit sebelum mencebik. “Macamlah kau tu selalunya cakap banyak. Kau diam, aku je la kena bertanya.”

Then go on je la. Aku ada suruh kau stop asking acik ke?” Tenang dia memalas. Sampai saja di simpang masuk KTM Batu Tiga, signal diberi. Dua saat Myvi itu dah mebelok ke kiri.

‘Hentaman’ mulut lelaki itu membuatkan dia mencebik. “Kecik hati la pulak.” Perlahan dia berbisik pada diri sendiri. “Acik, rumah dekat mana?”

“Turunkan acik dekat  sini dah la. Acik boleh jalan kaki balik rumah.”

“Apa pulak nak jalan kaki acik...”

“Alang-alang dah hantar, biar la sampai depan pintu rumah.” Izzat menyambung kata-kata Irdini. Kini mereka sudah berada di hadapan jalan kecil yang agak gelap.

“Boleh la Nini minum teh ke...” Gurau Irdini dengan sengihan.

Dan gurauan itu menjemput kerlingan tiga saat dari lelaki di sebelah. “Giler tak malu.”

Walaupun tanpa sesuara, kritikan Izzat yang hanya dapat dibaca dengan gerakan bibir itu membuatkan dia mencebik lagi lama. “Ada aku suruh kau bancuh ke teh tu?”

 “Jangan la gaduh. Iye... kejap lagi turun dulu tau. Minum teh secawan dua.” Acik Noli mula menyelit bila dilihatnya dua-dua dah tunjuk aura nak bertikam lidah.

“See?” Irdini tayang muka riak.

Sindirian itu tak dibalas. Malas betul nak melayan orang yang tak tahu malu macam dia ni. Izzat hanya tenang memandu.“Masuk jalan ni ke acik?” Soal dia bila mereka dah berada di depan simpang jalan kecil yang agak gelap gelita tanpa lampu jalan.

“Haah... masuk sini. Nampak tak rumah papan kat depan tu? Tu la rumah acik.” Maklum wanita itu lagi.

Lepas beberapa saat,destinasi yang dituju telah tiba. Izzat tekan brek betul-betul depan pintu rumah papan yang agak kecil itu. “Okey, dah sampai.” Tangan pada stereng dilepas. Dibawa ke belakang kepala. Urat-urat badan dikejangkan sedikit bila sengal mula terasa.

“Gaya drive dah macam KL- Perlis je gaya. TTDI ke Batu Tiga je pun.”

“Yang nak sakit sangat ni apasal?” Tanpa menoleh, sindiran Irdini dibidas.

“Dah dah... Jom singgah rumah dulu. Cakap siap, rumah acik buruk. Yela, rumah lama. Harap selesa lah ye.” Acik Noli yang dah berada diluar berkata. Izzat dan Irdini digamit supaya keluar.

“Kerek!” Bentak si gadis. Pintu kereta dibuka lalu dia melangkah keluar.

Izzat tarik muka bosan. “Masalah betul.” Omel dia perlahan tanpa didengari Irdini. Dua saat, dia sudah berada diluar kereta. Langkah Acik Noli dan Irdini diekori dari belakang. Sempat controller kunci ditekan sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah papan itu.

*******

p/s:- lama x nmpak ejat-nini ek? =)

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta