Chill Out ~~ ^_* (kalau tak suka lagu boleh stop kt atas ni)

new updated!


new n3 :-)

# Hot And Cold (Bab 5)
# Hot And Cold (Bab 4)
# Hot And Cold (Bab 3)

* my new email (YM, FB) :"carl_aryana89@yahoo.com"

(^__^)

(^__^)

Kalaulah Hot n Cold dapat peluang ke untuk ke versi cetak.. apa kata kalian?

Friday, September 27, 2013

TOUCHOLIC 28



TAK rela. Tak sanggup. Tak suka. Tak selesa. Tak nak! Tak nak! Tak nak!!! Perkataan-perkataan itulah yang tengah replay beribu kali kat dalam hati dan otak dia. Setiap langkah yang diatur terasa berat. Setiap tempat yang dikunjung terasa bosan. Setiap perkara yang dilakukan terasa tak heaven langsung. Langsung-langsung tak! Sunway Piramid yang sepatutnya merupakan tempat yang sangat happening bagi remaja macam dia berubah menjadi macam suasana dalam gua usang. Bosan dan tak menyeronokkan. Lelaki yang berjalan dua langkah di depan, dijeling tak puas hati. Sesungguhnya rasa tak puas hati dan geram pada diri sendiri bergunung-gunung tingginya dari geramkan makhluk yang satu itu. 


            Hampir empat jam dia ‘bergembira’ di shopping mall ini dengan hati yang sangat ‘mekar berbunga’. Bila dah penat memaki hamun di dalam hati, sesekali terkeluar ikut mulut. Mata tajam merenung lelaki yang nampak santai dengan jeans Lee Cooper bersama checkered warna hitam putih itu. Berkali-kali soalan kenapa-aku-mesti-kalah-dengan-orang-gila-nih berputar-putar di kepala lagi. Dan dia hanya mengikut dan menurut semua kata-kata dan arahan yang dicipta oleh lelaki itu macam lembu kena cucuk hidung. Bezanya cuma, dia diseret dengan  slingbag pergi ke mana saja arah tujuan lelaki itu. Ufthh!!!


            Peristiwa di tapak jualan hari konvokesyen minggu lepas menjengah kembali di ingatan.


            “Kau apehal seronok sangat?” Najwa yang asyik menyanyi lagu yang dia sendiri tak pasti tajuk dan bahasa apa itu disergah. Sekali dengar macam lagu Inggeris. Dua kali dengar dah macam German. Kali ketiga dengar,  macam Urdu pun ada. Mana satu??? Dah la muka tu nampak bercahaya gila. Baru kejap tadi muka tu macam ada bara api, tup-tup dah macam kena tepek salji. Apehal?


            “2-1 tu... Tak logik pulak kalau aku tak seronok kan?” Hirisan bawang diteruskan. Ilmu yang diturunkan oleh Razin tadi diguna. Cuma dia tak mampu dan tak berani nak potong laju-laju macam Razin. Kang tengah leka dok menghiris, terhiris pulak jari sendiri. Kes naya wei!


            “Amende yang korang tengah main sebenarnya ni? Aku sebenarnya dah tak tahan sabar dengan kau yang konon-konon nak secret-secret ni. Kang ada yang nak kena bakar atas kuali kot.” Keras ugutan yang dibuat oleh Anis. Geram betul bila soalan dia tak dijawab.


            Rilex ah beb. Kau jangan nak emo pulak.” Najwa menyegih. Sentap jugak dia bila Anis naik angin. Kang betul ada yang kena bakar.


            “Ingat kau sorang je yang tempered?” Dia menyambung lagi. Masih dengan riak muka serius. “Hah... apa dia?”


            “Aku tengah main game dengan budak bengong tu.”


            “Dah bengong pulak? Sejak bila tukar?” Celah Anis. Kening kiri terangkat.


            Najwa angkat kening sebelah. “Sejak-sejak aku tak boleh nak biasakan diri lagi panggil dia macam selalu.”


            “Okey... but why?”


            Tarik nafas. Nampaknya memang wajib la kena cerita dekat Anis. Kang ada yang mati tertekan dengan banyak soalan. Satu persatu kisah tentang ‘pertandingan’ dia dengan Razin dicerita pada Anis. Gadis itu mendengar sambil sekali sekala buat muka teruja.


            “Korang ni memang la...” Komen Anis lepas lima minit berlalu mendengar cerita Najwa. Dia menggeleng dua kali. “Tak habis-habis cari pasal sesama sendiri. Tak dia yang mula, kau yang buat hal. Kalau bukan kau, dia pulak yang cari pasal. Aku ingatkan korang dah berdamai. Rupanya tak jugak. Sabar je la aku dengan korang ni.” Terkumat-kamit mulut Anis membebelkan si Najwa dengan Razin. Nak kata budak, dah besar gedabak. Nak kata besar, tapi tak matang. Nak suruh matang, tengok gaya macam bukan sekarang jek. Dah tu nak buat apa lagi?


            Pardon me? Kau cakap apa tadi? Berdamai? Oh pehliss ah. Antara aku dengan dia tak akan ada istilah berdamai tahu?” Jelas ada tegas di situ.


            “Sampai bila?”


            “Kalau perlu... sampai bila-bila.” Tangan yang terhenti berkerja digerak kembali. Dua biji tomato dicapai dan dihiris dengan berhati-hati. Benci-benci pun, teknik yang betul yang diajar Razin untuk menghiris tomato, kini dipraktikkan. Awalnya dia kekok juga tapi lama-lama dia rasa macam dah serasi dengan pisau. Walaupun tak secekap lelaki itu, kira okey la tu.


            “Pelik la korang ni. Before ni gaduh gila. Tapi tadi dah macam boleh berdiri dekat-dekat. Sekarang ni dah gaduh balik pulak. Eeii!! Serabut betul aku dengan kisah Wawa-Razin ni.”


            “Kau nak serabut apehal pulak, Anis? Yang gaduhnya tu aku dengan orang gi... eh! Nasib baik tak sebut.” Laju Najwa tekup bibir bila hampir-hampir ayat berpuaka nak terkeluar. Laju dia pandang kiri kanan. Dua saat lepas tu dia hela nafas lega. Razin memang tak ada dekat-dekat situ.


            “Alaa... dia tak ada dekat sini kot. Kau nak sebut pun line clear. Aku memang lah takkan bagitau dia. Kata sahabat sampai syurga, kan?” Dorong Anis dengan senyum jahat dia. Bahu dia dilaga ke bahu Najwa.


            Mata Najwa bersinar. Muka pun bercahaya tetiba. “Haah la wei. Kalau aku kutuk dia pun bukan dia boleh dengar.” Giliran dia pula melaga bahu ke bahu Anis. “Eh, tapi bukan ke kau larang aku panggil dia orang gila?”


            Sesaat, Anis tayang gigi. “Haah la... Tak baik la Wa. Aku pun dah jadi kejam macam kau.” Bahu Najwa ditampar.


            “Sebab tu la orang tua-tua cakap, kena pandai pilih kawan.”


            Anis ketawa. “Kutuk diri sendiri ke hapa sebenarnya ni?”


            Najwa ketawa sama. “Aku jenis yang sedar diri tahu? Tapi jahat-jahat aku, jahat lagi orang gila tu....”


            Hoorayyyy!!!!”


            “Terbalik lembu Abu!” Sergahan yang datang dari belakang tanpa amaran tu, buatkan Anis melatah lancar.


            Mata terjegil luas dengan bibir yang ternganga. “Oh no!” Najwa tepuk dahi sebelum mencapai salad segar lalu menutup muka. I. Am. Dead!


            “1...0??? Oh yes!” Razin jengul muka antara Anis dan Najwa. Riak paling bahagia dalam dunia dia tunjuk ketara jelas. “I’m the winner! Yesss!!!” Jerit dia kuat. “Nak mengutuk tak tengok kiri kanan. Lagi pulak ni la balasan orang tak jujur tahu?” Sambung dia lagi sambil buat shuffle untuk kali yang keduanya. “Zindegi ek safar hai suhanaaaa...”Kuat dia melaung macam dalam dunia ni hanya wujud dia, Najwa dan Anis sahaja.


            “Anisss!!! Semua salah kau!!!” Disambut dengan jeritan Najwa yang muka dah macam telan sepuluh biji buah getah secara serentak. Memang dah tak puas hati dengan kelancangan bibir sendiri, kaki dihentak berkali-kali. Buat kali pertama, dia rasa nak tikam dahi sendiri bertubi-tubi.


            Anis disebelah ketara cuak. Dengan bibir yang terketar-ketar dia cuba menutur, “Aa..ku mm..min..tak sss...sorr.. sorry, Wa.” Iklas dari hati. Dia sedar, sikit atau banyak, salah dia tetap ada. Siapa suruh pergi kasi dorongan yang tak bertauliah dekat sahabat-sampai-syurga dia tu?


            Razin yang setia dengan lagu Zindegi blablabla dia tu, menghampiri Najwa yang juga masih sedang meratapi kebodohan diri sendiri di hujung booth. “Kau kalah. Maka, perjanjian kita berpihak pada aku. Dan soalan aku, boleh tak kau terima hakikat ni dengan hati yang terbuka?”


            “Aku. Benci. Kau!!!”


            Eh, bukan jawapan yang aku cari tu.”


            “Macam mana kau boleh ada dekat sini?” Anis yang menikus di tepi, bertanya. “Bukan tadi nak solat ke?”


            “Patut la TUHAN gerakkan hati aku untuk...” Beg kanvas dari bawah booth dicapai sebelum zip dibuka. Sehelai kain pelikat ditarik keluar. “... patah balik ambik kain pelikat ni.” Senyum lebar buat lima saat. Sambil melirik ke arah Najwa dia menokok, “Rupanya TUHAN nak tunjuk ada makhluk tak jujur di sini.”


            “Oh...macam tu...” Terangguk-angguk Anis dengan penjelasan dari Razin.


            “Anis jom?”


            “Apa?”


            “Ikut aku nyanyi... Arey o leiyo leiyo... oleiyo leiyo...Oleiyo leiyo...”


            “Ey diam ah kau!” Jerkah Najwa bila Razin dengan gigihnya sambung nyanyi balik kesinambungan lagu Zindegi blablabla tadi tu.


            Pecah tawa. Ketawa yang bahagia tahap tak terkira. “Promise is promise.” Tambah dia lagi seraya merenung Najwa. “Aku pergi solat kejap. Tolong jaga booth.” Nasihat itu terarah kepada Anis. Dia mula menapak. “Ah, do keep remembering about our tiga perjanjian.”


            “I can’t hear you! I can’t hear you!!!” Laju Najwa tutup telinga dengan tangan sambil menjerit ayat yang sama berulang kali.


***


“HELLO... Am I talking with deaf people?”


Tersentak. Najwa dah balik ke dunia realiti. “You may assume to.” Jawapan yang diutara pakej bersama jelingan. Jelingan yang maha tajam.


            “Oh, kita ada drakula yang pekak di sini. I’m feeling very awesome here. Are you going to join me, miss? To feel awesome together?”


            “Ha.ha.ha. Kelakar sangat.” Gurauan Razin dibalas dengan muka ketat. Dia pusing belakang untuk hilangkan rasa menyampah bila pandang muka bahagia Razin. Rasa marah dan bengang pada diri sendiri makin bertambah. Lagi-lagi bila dia terpaksa menunaikan permintaan Razin yang pertama ini. Semalam waktu dia bersantai menonton DVD Madagascar 3 dengan Izzat, gelak ketawa yang hampir nak pecah perut terus lesap bila sebaris sms keramat diterima dari Razin. Sms yang berbunyi...



            Pergi SunMid dgn aku esok. No excuses!



            Dia terkedu barang lima saat sebelum bertindak membalas sms Razin. Awek dengan musuh pun dah tak boleh nak beza? Omel dia sendiri. Sangka dia, kasanova kelas atasan itu salah hantar mesej.



            Kau salah sent.



            Beberapa saat kemudian...



            Izzati Najwa, I texted it to u!



            Kali ni masa terkedu Najwa jadi lebih lama.



+Kau. Sewel atau sakit jiwa?Bff sangat ke kita yg nak kena pergi bercanda dkt SunMid bagai?



-Sewel, tak. Sakit jiwa pun tak. Kita Bff??? Lagi2 la tak! Are you forgetting something? Something about our 3 permintaan?



            Tepuk dahi. Ah, no! Pandangan pelik dari Izzat disebelah buatkan dia terus lari masuk dalam bilik.



            +Tp takkan sampai perlu keluar bagai?


-That’s my order. My 1st order.


+No! I’m not going out with u! Never!



-Oh, ok. But, I wanna ask u something. Setuju tak kalau permintaan pertama aku adalah nak tambahkan permintaan kpd 10. Dan permintaan kedua pulak, aku nak tambahkan permintaan kpd 20. Dan yang ketiga, aku tambahkan sebanyak 30. Total semua, permintaan aku jadi 63. Deal?




Balasan SMS terbaru itu berjaya buatkan Najwa rasa macam berada dalam periuk kukus yang tahap kepanasan sangat melampau. Ketap gigi kuat cuba menahan bengang yang menggunung.




+Ok fine! Esok aku jumpa kau dkt sana. Bdk bengong! Kau mmg nk kena dgn aku!


-Good girl. Esok, tepat 10 pg I’ll pick u up. Text me ur address, please.



Dah nak alamat bagai pulak. Dia ni memang la...



+Am I lost my mind? Mati hidup balik pun kau takkan tau alamat rumah aku! I’m going there myself.


-As u wish. See u tomorrow. Tak sabar pulak aku nak tunggu esok. Do dress well. Hahaha..




Dia tenung pesanan terakhir itu dengan muka sebal. Tak diambil peduli dan tak dibalas. Dah malas nak melayan kasanova sewel tak bersempadan tu. Sesungguhnya rasa meluat, benci dan menyampah pada Razin Darwisyh sangatlah besar. Skrin lebar pada gajet ditangan disentuh pada simbol ‘contact’. Sebaris nama ‘Org Gila’ dicari dan ditemui. Perkataan itu dipadam dan diganti dengan perkataan yang baru. Aku memang dah tak boleh panggil kau orang gila, tapi ada banyak lagi gelaran yang aku boleh ‘kurniakan’ untuk kau. Laju jari dia bergerak. Lima saat kemudian... okey, saved!


“Kau betul nak buat aku bercakap dengan orang pekak ke?”


Khayalan terhenti. Razin kini berdiri betul-betul depan muka dia. “Kau bukan tak tau yang aku memang tak suka tengok muka kau?” Bersama soalan, dia pusing melarikan pandangan mata dari muka Razin.


But unfortunately, kau memang datang sini untuk keluar dengan aku. Nak tak nak kau memang perlu hadap muka aku yang kacak lagi mempersona ni.” Razin tunjuk lagi muka dia depan mata Najwa. “Cukup. Tapayah nak main pusing-pusing badan dekat tengah-tengah khalayak nih.” Arah Razin seraya menarik tali beg Najwa, menghalang gadis itu dari menoleh tubuh lagi ke arah bertentangan. “Which part of ‘kau memang kena hadap muka aku’ yang kau tak faham? Kau tak penat ke setia pusing sejak tadi? Tak pening ke? Aku yang tengok pun dah pening. Kalau kau nak main pusing-pusing sangat, ice skating hall kat bawah kan ada? Kalau kau on, aku boleh tolong teman dan bayarkan sekali. What say you?”


Tali beg yang masih dipegang Razin, direntap kasar. “Empat jam dekat sini dengan kau pun dah boleh buat aku hilang akal, nak pulak ajak aku skate? In your dream! Aku nak balik! Bentak Najwa seraya mengatur langkah meninggalkan Razin dengan muka terpinga.


“Permintaan pertama aku belum cukup pakej, kalau kau nak tau la kan.” Langkah Najwa disaingi. Selaju mana pun Najwa berjalan, dia masih dapat kejar. Dah sah-sah lah kaki dia lagi panjang dari kaki budak perempuan tu kan.


Terhenti di situ secara automatik. Tegak tubuh Najwa berdiri menghadap Razin. Jari telunjuk tepat ke muka lelaki itu bersama renungan membunuh. “Kau sengaja cari pasal dengan aku! Perjanjian kita hanya tiga permintaan...”


“Empat untuk aku yang dah menang.” Sempat pulak Razin menyelit.


Whatever!” Pejam mata dua saat. Cuba kawal gelodak bara di dada. “Empat!? Tapi sejak tadi kau tak rasa permintaan kau dah melebih-lebih? Kau ajak aku datang sini... satu. Masuk kedai baju... dua. Kedai jam tangan... tiga. Terpaksa ikut kau tengok wayang yang cerita ntahapahapa tadi... empat. Dan sekarang kau nak ungkit pasal permintaan?”


Soalan datang bersama renungan tak puas hati. Razin tak terus membalas. Dia hanya ketawa sambil berpeluk tubuh. Mata tepat ke mata gadis yang tengah sangat berang dengan dia ketika ini. “Eh, aku belum bagitau kau ke yang permintaan pertama aku ni berbentuk pakej?”


“Pardon me?” Mata bulat hampir nak terkeluar.


Yes. Aku ajak kau keluar hari ni untuk satu hari, layan apa yang aku nak, buat apa yang aku suruh...semua tu dipanggil permintaan pertama punya pakej. Dan segala benda hari ni tak termasuk dalam permintaan ke dua dan ke tiga. Pasal aku boleh panggil kau drakula sampai habis nyawa tu, dikira lain. Kan total semua, empat? Yang tu dikira fixed. Permintaan ke empat namanya tu. Lain cerita punya. Yang aku excited dan heaven sangat ni pasal tiga lagi permintaan.” Diam sekejap. Telan liur bila tekak dah terasa kering. “Ya, memang permintaan pertama, kau keluar SunMid dengan aku hari ni. Dah keluar tu takkan kita nak hadap muka kau-aku dari pagi sampai petang dekat pintu masuk mall ni kot? Haruslah ada aktiviti-aktiviti sampingan yang perlu kau ikut hari ni. Tu pun nak kena terangkan jugak ke, Cik Izzati Najwa?”


Ketat. Kelat. Kedut. Masam. Jenis-jenis riak yang bercampur dan terpampang diwajah Najwa. Dia memang betul gila tak puas hati dengan permainan yang dimainkan si Razin. “Kau... kau...” Tersekat-sekat suara hampir tak terkeluar. Susah betul dia nak menutur bila diri dah dipenuhi dengan bengang yang maha dahsyat.


“Aku apa, Izzati Najwa?”


“Kau... Kau adalah lelaki yang sangat annoyed!”


Razin tayang senyum mengejek. “Kau baru tau?”


“Meluat giler kau ni!”


“Ayat lain?”


“Kau buat aku rasa menyampah yang teramat sangat!”


“Ayat yang lagi best?”


“Aku. Benci. Kau!”


“Oh, so glad to hear those complements. Thank you.”


“Tepi ah!” Kaki Razin yang tengah berdiri tegak depan dia, disepak kasar. Lalu dia menapak laju bergerak dari situ.


“Sakit ah! Kau main kasar!”


Razin yang menyeringai kesakitan langsung tak dipeduli.

*********************************************************************
p/s :- here new TOUCHOLIC... hope hepy reading and do enjoy with Akif Reyza n Orked Dahlia dlm 'Orang Rumah Sebelah'.  Hanya lah 1 e-novel pendek sahaja.. InsyaAllah...

toucholic

toucholic

Hot N Cold

Hot N Cold
Apa yang terjadi bila air panas bertemu dengan ais cube?

sweet sours

sweet sours
friendship is a sweet relationship

Bila Amar Dah Suka Dia

Bila Amar Dah Suka Dia
Inilah jadinya bila Amar dah jatuh chenta